Bintang Newcastle Sandro Tonali Pemain Terbaru Premier League Disiasat Terlibat Pertaruhan

Bintang Newcastle United Sandro Tonali dan pemain tengah Aston Villa meninggalkan kem latihan skuad kebangsaan Itali selepas kedua-duanya disiasat kerana terlibat di dalam pertaruhan bola sepak.

Kedua-dua pemain dipilih untuk menyertai skuad Itali untuk pusingan kelayakan Euro 2024 menentang England. Namun kini penglibatan kedua-dua pemain untuk perlawanan tersebut menjadi samar berikutan perkembangan terbaru ini.

Pada Khamis wartawan bola sepak terkenal Fabrizio Romano mendedahkan: “TERKINI: Nicolo Zaniolo dan Sandro Tonali kini berhadapan siasatan pihak berkuasa.

“Ini selepas kedua-duanya didakwa terlibat di dalam pertaruhan haram.

“Pemain Aston Villa dan Newcastle itu kini telah meninggalkan kem Itali untuk disiasat polis.”

Laporan media Itali RAI Sport berkata Tonali dan Zaniolo ditemani oleh wakil skuad Itali Gigi Buffon untuk bertemu dengan pegawai penyiasat berhubung dakwaan tersebut.

Zaniola berhadapan dakwaan melakukan pertaruhan untuk perlawanan membabitkan Roma di pertandingan Copa Italia ketika dirinya masih bersama pasukan dan berada di dalam skuad hari perlawanan.

Bagaimanapun sejauh mana penglibatan Tonali masih tidak didedahkan.

Satu kenyataan daripada Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) berkata: “Pihak persekutuan mengesahkan pejabat pendakwaraya di Turin telah memaklumkan mengenai siasatan terhadap dua pemain Sandro Tonali dan Nicolo Zaniolo yang kini bersama pasukan di Pusat Tekniikal Persekutian Coverciano (kem latihan skuad Itali).

“Tanpa mengambil kira sejauh mana tindakan mereka dan berdasarkan situasi terkini kedua-dua pemain kini dikecualikan daripada komitmen untuk perlawanan yang dijadualkan.

“Ia bertujuan untuk melindungi [hak] pemain dan turut membenarkan mereka kembali ke kelab masing-masing.”

Kedua-dua pemain berhijrah dari Serie A ke Premier Leagur pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Tonali meninggalkan AC Milan untuk menyertai Newcastle United, manakala Zaniola menyertai Aston Villa kendalian Unai Emery daripada Roma.

Dan sejak berhijrah ke St. James’ Park, Tonali menjadi antara tunjang utama skuad kendalian Eddie Howe dan cemerlang membantu pasukan itu di Premier League dan UEFA Champions League.

Perkembangan terbaru ini sudah pasti akan meresahkan Howe dan penyokong The Magpies.

Sebelum ini penyerang sensasi Brentford Ivan Toney berdepan 262 pertuduhan selepas tambahan 30 lagi pertuduhan baharu. Namun hanya 232 sahaja yang disahkan. Dengan selebihnya digugurkan.

Toney mengaku melakukan kesemua 232 pelanggaran perjudian atas talian melibatkan pertaruhan.

Toney melakukan kesalahan itu dari tahun 2017 sehingga 2021. Oleh sebab itu Toney berdepan penggantungan kerana kesalahan perjudian.

Digantung selama 18 bulan, dia turut didenda £50,000 dan amaran agar tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

BACA:  Gianni Vio - Jurulatih Pasukan Itali Yang Mencipta 4830 Set-Piece