David De Gea Sedia Terima Panggilan Kecemasan Newcastle United

Bekas penjaga gol Manchester United David de Gea terbuka dengan idea untuk menyertai Manchester United sebagai pengganti Nick Pope yang mengalami kecederaan, seperti dilaporkan ESPN.

Pope mengalami kecederaan serius terkehek di bagu pada babak kedua perlawanan dalam kemenangan 1-0 ke atas United pada Sabtu lalu.

Kecederaan tersebut menyebabkan penjaga gol antarabangsa England itu terpaksa menerima rawatan dan berehat selama lima bulan, dan sumber kepada ESPN mendedahkan De Gea sedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Pope sekiranya tawaran tiba daripada kelab Tyneside itu.

Penjaga gol dari Sepanyol itu beraksi untuk United selama 12 tahun dan melakukan 545 penampilan untuk Red Devils. De Gea adalah pemain yang merupakan sebahagian anggota skuad United yang menjuarai Premier League pada musim 2012-13, iaitu musim terakhir pasukan itu bergelar juara liga.

Kontrak De Gea di Old Trafford tidak disambung pada musim panas lalu dan kekosongan tersebut kemudiannya diisi oleh Andre Onana yang dibawa masuk oleh Erik ten Hag dengan nilai £43 juta dari Inter Milan.

Onana bagaimanapun melalui permulaan musim yang buruk setakat ini dengan beberapa siri kesilapan berprofil tinggi sehingga meletakkan United di kedudukan yang sukar.

Pada perlawanan hujung minggu lalu, Pope digantikan oleh Martin Dubravka untuk baki empat minit perlawanan. Eddie Howe turut memiliki Loris Karius dan Mark Gillespie sebagai penjaga gol di dalam skuad The Magpies pada ketika ini.

Sejak meninggalkan United, De Gea kekal menjadi ejen bebas sehingga ke hari ini dan turut dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Old Trafford.

Sumber kepada ESPN turut mendedahkan De Gea sentiasa menjalani latihan secara bersendirian untuk memastikan dirinya sentiasa berada di tahap terbaik sebagai persediaan untuk kembali beraksi sebaik sahaja tawaran yang tepat tiba.

BACA:  Badi Pemain Argentina Bersama Manchester United