Manchester United dan Arsenal sepakat bahawasanya pertandingan Piala Kerbau tidak penting dan bukan keutamaan pada musim ini selepas kedua-dua pasukan tersingkir daripada pertandingan tersebut pada awal pagi tadi.
United yang merupakan juara bertahan tewas 3-0 kepada Newcastle United di Old Trafford – arena yang kini bukan lagi tempat memasang impian seperti Piala Kerbau.
Ibarat ulangan final pada musim lalu, Newcastle menjaringkan dua gol pada babak pertama menerusi Miguel Almiron dan Lewis Hall.
Joe Wilcock kemudiannya menambah satu lagi gol selepas sejam perlawanan berlangsung untuk memastikan skuad kendalian Erik ten Hag melengkapkan kekalahan kelapan di semua pertandingan pda musim ini.
As things stand, the holders are heading out 👀#EFL | #CarabaoCup pic.twitter.com/vJq1AgGPnd
— Carabao Cup (@Carabao_Cup) November 1, 2023
Arsenal turut tersingkir daripada pertandingan ini selepas tewas 1-3 kepada West Ham, tatkala kepulangan Declan Rice ke Stadium London buat kali pertama sejak perpindahan ke Emirates pada musim panas lalu menjadi topik perbualan utama kedai kopi di Kota London.
Gol sendiri awal perlawanan Ben White meletakkan The Hammers di hadapan, sebelum sentuhan penyudah Mohammed Kudus dan Jarod Bowen selepas waktu rehat memberikan pendahulan selesa kepada pasukan tuan rumah.
Arsenal cuba bangkit melalui jaringan Martin Odegaard namun nyata jaringan minit akhir perlawanan itu sekadar berbentuk sagu hati buat Rice yang pulang melawat rumah lamanya.
Liverpool bagaimanapun terus memandang serius walaupun pertandingan ini dipandang sinis penyokong mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas Bournemouth.
Tonight’s full-time scores!#EFL | #CarabaoCup pic.twitter.com/7hgfMhMl9s
— Carabao Cup (@Carabao_Cup) November 1, 2023
Cody Gakpo memberikan pendahuluan untuk Liverpool sebelum Justin Kluivert berjaya menyamakan kedudukan buat Bournemouth pada babak kedua perlawanan.
Nunez yang dibawa masuk sebagai pemain gantian kemudiannya menjaringkan gol yang begitu menakjubkan untuk gol kemenangan The Reds.