Raphael Varane menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan untuk membantu Manchester United menewaskan Wolves yang menampilkan permainan penuh bersemangat di Old Trafford pada awal pagi tadu.
Ia adalah perlawanan kompetitif pertama untuk Wolves di bawah pengurus Gary O’Neil, dan jelas pasukan pelawat itu kurang bernasib baik untuk pulang tanpa sebarang mata dalam perlawanan ini.
Sepanjang 45 minit pertama perlawanan tidak banyak peluang jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan yang menampilkan corak permainan berhati-hati.
Namun demikian Wolves hampir membuka tirai jaringan melalui percubaan Pablo Sarabia selepas menerima hantaran Matheus Cunva hasil satu serangan balas pantas.
Raphael Varane’s late header is enough for Man Utd to take all three points in their #PL season opener 👊#MUNWOL pic.twitter.com/1Q6VdMBr04
— Premier League (@premierleague) August 14, 2023
Awal babak kedua perlawanan kedua-dua pasukan mempunyai peluang keemasan untuk menghasilkan jaringan pertama perlawanan.
Empat minit selepas perlawanan dimulakan semula, Cunha yang sentiasa menjadi ancaman kepada kubu United sepanjang 45 minit pertama mensia-siakan peluang terhidang apabila percubaan daripada jarak dekat sekadar mengegarkan tiang gol.
Selepas itu cubaan lambung Antony untuk United berjaya diselamatkan oleh Craig Dawson di atas garisan gol.
Wolves terus melakukan beberapa ancaman bahaya selepas itu namum acap kali dikecewakan dengan sentuhan penyudah tumpul.
Man Utd have now won their opening game of a #PL season 21 times, more than any other team 📈#MUNWOL pic.twitter.com/4sumwzC4qQ
— Premier League (@premierleague) August 14, 2023
Secara statistik Wolves menghasilkan 23 percubaan dalam perlawanan ini menjadikan mereka sebagai pasukan kedua dengan percubaan terbanyak di Old Trafford sejak musim 2003/04.
Enam daripada percubaan tersebut menepati sasaran. Ini menjadikan Wolves sebagai pasukan dengan percubaan tepat terbanyak tetapi gagal menjaringkan gol di Old Trafford sejak 4 musim lalu.
Varane header vs Wolves
Garnacho Wan Bissaka Antony Al Nassr Mount Manchester United CasemiroOnanaGreenwood #14AugustBlackDay #ECOWASIsWorking Maguire Sancho Penalty Superman #BBNaijaAllStar #MUFC #MUNWOL #poupettekenza #Pakistan Ten Hag old Trafford Rashford Bruno Fernandes pic.twitter.com/jL97doNmt7
— One Wicked Parrot 🦜💙 (@OneNaijaparrot) August 14, 2023
Kegagalan Wolves menghasilkan jaringan akhirnya dihukum United pada minit ke-76 perlawanan.
Bermula dengan gerakan dari bawah yang dijana Christian Eriksen, hantaran lambung bijak oleh Bruno Fernandes kemudiannya berjaya membebaskan Aaron Wang-Bissaka di sebelah kanan kotak penalti.
Pemain bek sayap itu kemudiannya melakukan hantaran lambung yang berjaya ditanduk masuk oleh Raphael Varane.
Jaringan tersebut adalah yang pertama buat Varane daripada 26 perlawanan Premier League sebelum ini.
Aaron Wan-Bissaka has now assisted 13 Premier League goals, that’s more than John Terry & Dominic Calvert-Lewin.
Great pass for Varane. 💫 pic.twitter.com/GjRhnZycUp
— Statman Dave (@StatmanDave) August 14, 2023
Kali terakhir bekas pemain pertahanan tengah Real Madrid itu menjaringkan gol adalah ketika menentang Brentford pada Mei 2022.
Wolves enggan berputus asa dan terus memberikan tekanan kepada United selepas itu. Namun demikian Andre Onana tangkas menyelamatkan keadaan teritama daripada pemain gantian, Fabio Silva.
Kemudian berlaku insiden pertembungan di antara Onana dengan Sasa Kalajdzic yang mendorong Wolves untuk mendapatkan penalti. Permintaan itu bagaimanapun dinafikan oleh pengadil perlawanan Simon Hooper.
Clean sheet, three points and a win at Old Trafford
A Premier League debut to remember for Andre Onana 👏🧱 pic.twitter.com/dcS3lXfvLg
— ESPN FC (@ESPNFC) August 14, 2023
Wolves mungkin merupakan pasukan pertama yang gagal menjaringkan sebarang gol selepas menghasilkan enam percubaan tepat ke arah gawang United di dalam tempoh 4 tahun.
Namun perkara yang lebih melegakan Erik ten Hag dan penyokong United adalah prestasi Onana yang tampil sebagai penjaga gol ke-11 United untuk tidak dibolosi di Premier League ketika melakukan debut sejak Joel Pereira pada Mei 2017.
Saksikan highlight perlawanan melalui pautan di bawah: