Penyerang baru Chelsea, Gonzalo Higuain berkata Maurizio Sarri mempunyai ramuan tersendiri untuk mendapatkan persembahan terbaik daripadanya, sama seperti yang berlaku di Napoli beberapa tahun yang lalu.
Higuain menyertai The Blues dari Juventus secara pinjaman sehingga hujung musim nanti dengan pilihan untuk menyambung tempoh pinjamn bagi musim hadapan.
Higuain tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringannya bersama Chelsea apabila menjaringkan 2 gol ketika pasukan tersebut membenam cabaran Huddersfield 5-0 di tempat sendiri minggu lalu.
Penyerang antabangsan Argentina itu menikmati tempoh terbaik sepanjang kariernya ketika bermain di bawah Sarri di Napoli dimana beliau berjaya menjaringkan 38 gol dalam musim 2015/2016.
Dalam satu temu buat ekslusif bersama Sky Sports, Higuain dalam nada yang yakin berkata Sarri mampu mengangkat kembali prestasinya seperti di Napoli dulu.
“Sarri adalah jurulatih yang berjaya mendapatkan yang terbaik daripada saya. Saya sangat mengenali beliau, dan beliau juga sangat mengenali saya.”
“Saya berharap mampu mencapai tahap seperti sebelum ini, itu matlamat utama saya. Sarri adalah individu yang mampu membantu saya, tahu bagaimana saya bermain dan bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik daripada saya.”
“Saya sangat gembira untuk berada di Chelsea. Chelsea adalah kelab yang menakjubkan, mempunyai stadium yang hebat dan ini adalah pengalaman yang mengujakan. Saya harap dengan sedikit masa lagi, kelab ini akan dapat mencapai sasaran.”
Sebelum berpindah ke Stamford Bridge, Higuain bermain untuk AC Milan secara pinjaman dimana beliau bergelut untuk mempamerkan prestasi sebenarnya. Higuain hanya mampu menjaringkan 8 gol dari 22 perlawanan sepanjang mewakili kelab tersebut.
Melihat kepada prestasi tidak menentu Higuain di Milan, sesetengah pihak mempersoalkan tindakan Sarri membawa masuk penyerang yang sudah berumur dalam skuad Chelsea. Higuain berkata beliau tidak mempunyai sebarang perkara untuk dibuktikan kepada pengkritik.
“Saya adalah seorang yang sentiasa cuba yang terbaik dan mencari jalan untuk bertambah baik. Selepas Napoli, saya pergi ke Juventus dan berjaya memenangi dua Serie A di sana, 1 piala dan berjaya mara ke final Liga Juara-Juara Eropah.”
“Memang betul saya melalui beberapa bulan yang agak mencabar di Milan tetapi saya tidak rasa tahap permainan saya menurun. Selepas mencipta rekod bersama Napoli, agak susah sebenarnya untuk mengulangi pencapaian tersebut.”
“Selepas 6 tahun di Itali, saya rasa saya sudah banyak memenangi piala di sana. Sudah tentu ia agak mencabar tetapi apabila saya mempunyai peluang untuk berpindah ke England, saya tidak mampu melepaskannya.”
“Saya tidak ragu-ragu walaupun satu saat untuk bermain di bawah Sarri di kelab sehebat Chelsea. Saya bangga untuk berada di sini dan berharap mampu menunjukkan persembahan terbaik saya.”