Kemampuan, kekuatan, dan corak permainan agresif ditampilkan Rasmus Hojlund membuatkan pemain itu seolah-olah seperti Erling Haaland baharu yang masih di dalam proses pembuatan, ujar Gary Neville.
Kemenangan tipis 2-1 United ke atas Luton Town pada hujung minggu lalu berjaya mengurangkan defisit mata dalam usaha skuad kendalian Erik ten Hag merebut slot ke pertandingan Champions League pada musim hadapan.
Kemenangan tersebut dianggap penting setelah Tottenham yang berada di kedudukan kelima turut tewas kepada Wolves pada Sabtu lalu.
United kini telah memenangi semua empat perlawanan terakhir mereka dan hanya dibezakan dengan lima mata berbanding Aston Villa yang menduduki tempat keempat.
Gary Neville: “Hojlund looked like a Haaland in the making – that power, that strength and aggression in his running. I've always like that about a Manchester United centre-forward.” #MUFC pic.twitter.com/yy9SpO4Vt9
— MUFC Scoop (@MUFCScoop) February 19, 2024
Kemenangan pada hujung minggu lalu dibantu oleh prestasi cemerlang berterusan penyerang muda dari Denmark, Hojlund selepas pemain itu menjaringkan dua gol dalam 7 minit pertama perlawanan.
Penyerang berusia 21 tahun itu kini tampil sebagai penjaring termuda di Premier League yang berjaya mencetak gol dalam enam perlawanan berturut-turut.
Bercakap dalam sebuah podcast, Neville yang juga bekas pemain pertahanan United berkongsi pendapatnya mengenai karakter dimiliki Hojlund yang dipercayainya mirip kualiti yang dimiliki Haaland.
“Hojlund kelihatan seperti Haaland yang di dalam proses pembuatan – kekuasaan itu, kekuatan dan larian agresif dimilikinya. Saya sentiasa sukakan kualiti sedemikian untuk seorang penyerang di Manchester United,” katanya.
Sepakat dengan pendapat legenda Setan Merah ini, Sobat Bolacom?
𝙅𝙤𝙞𝙣 𝙒𝘼 𝘾𝙝𝙖𝙣𝙣𝙚𝙡 𝘽𝙤𝙡𝙖.𝙘𝙤𝙢 → https://t.co/CnJBg7S3bP 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙠𝙡𝙞𝙠 𝙡𝙞𝙣𝙠 𝙙𝙞 𝙗𝙞𝙤 ☝🏼#BolacomID #BLCBM #Haaland #Hojlund #Neville pic.twitter.com/sI5OyoIgVt
— BOLA.COM (@bolacomID) February 20, 2024
Selain daripada Hojlund, Neville turut meluahkan rasa kagum terhadap kemampuan pasukan itu mempertahankan kelebihan yang mereka miliki selepas asakan bertali arus daripada pasukan tuan rumah untuk memburu gol kemenangan.
“Babak kedua lebih baik berbanding babak pertama. Ia satu persembahan terpuji. Evans dan Varane tampak kompos dan bahagian tengah berjaya mengawal keadaan. Mereka ada empat peluang besar – tahniahlah untuk Thomas Kaminski (kepper Luton). Dia beraksi cemerlang.
“Tetapi mereka gagal membunuh perlawanan. United terpaksa bertahan dan mereka melakukannya dengan baik tatkala Luton memperolehi lima sepakan sudut dalam tempoh beberapa minit terakhir perlawanan.
“Evans berjaya melakukan tiga clerance. Di stadium yang agak lama ia seperti perlawanan Piala FA – dan ia adalah ujian untuk United bertahan ancaman set-pieces. Mereka lulus ujian itu pada babak kedua.”