Ibrahima Konate Akui Kecewa Dengan Prestasi Bersama Liverpool Musim Lalu

Pemain pertahanan tengah Liverpool Ibrahima Konate mengakui kecewa dengan prestasi dirinya bersama Liverpool sejak menyertai kelab terhebat Eropah dan di England itu pada musim panas 2021.

Memasuki tahun ketiga kontraknya bersama kelab berpengkalan di Merseyside itu, Konate mengakui tiba masanya dia meningkatkan prestasi dan menampilkan apa yang diharapkan daripadanya.

Kekecewaan Konate mudah difahami kerana sejak perpindahan bernilai £36 juta dari RB Leipzig ke Anfield dua musim lalu kariernya lebih banyak dibayangi dengan isu kecederaan.

Walhal ketika ketibaannya di kelab itu, Konate dianggap sebagai pemain genius dan berpotensi tinggi untuk membina gandingan bersama pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk untuk menjadi antara benteng pertahanan paling ampuh di dunia.

Sekurang-kurangnya usia masih memihak kepada Konate yang turut pernah diintai Manchester United sebelum dipinang oleh Jurgen Klopp.

Pada usia 24 tahun dan mempunyai baki tiga tahun kontrak bersama Liverpool, Konate berharap musim 2023/34 akan menjadi tahun yang penuh keberhasilan buat dirinya.

“Saya amat gembira masih berada di sini dan saya mahu memenangi banyak trofi bersama kelab ini kerana Liverpool adalah kelab yang hebat dan kaya dengan sejarah,” kata Konate kepada media Liverpool.

“Saya mahu memainkan peranan besar untuk kelab memenangi pelbagai pertandingan. Saya rasa musim ini, iaitu musim ketiga [di Anfiel] saya perlu meningkatkan prestasi diri dan menampilkan personaliti berbeza di atas dan luar padang.

“Saya mempunyai banyak objektif untuk dicapai – mencipta banyak clean sheets, membantu pasukan, menjaringkan beberapa gol, dan kemudiannya menjulang sebanyak mungkin trofi.

Konate dijangka akan beroperasi dengan peranan sedikit berbeza daripada sebelumnya apabila musim 2023/24 bermula nanti.

Perubahan secara taktikal melibatkan peranan pemain bukan sesuatu yang asing di Liverpool. Ini kerana semua pemain yang menyertai Liverpool adalah genius.

Pada musim lalu Trent Alexander-Arnold beraksi sebagai ‘inverted full-back’ dan menampilkan magis luar biasa di bahagian tengah.

Perkara sama juga dijangka akan dilakukan terhadap Konate oleh Klopp pada musim akan datang.

“Mungkin ia akan menjadikan saya pemain yang lebih baik kerana harus melakukan lebih lagi. Saya juga akan memiliki lebih banyak ruang untuk melakukan tugas bertahan.

“Di sini saya mempunyai pasukan yang mantap untuk membantu saya berbuat demikian, dan kita lihat sahaja apa yang akan mampu kita capai pada musim akan datang,”tambahnya lagi.

BACA:  Mohamed Salah Tolak Tawaran Kontrak Baru Dari Liverpool