Penyokong Liverpool Terkejut Dapat Tahu Curtis Jones Sebenarnya Peminat The Gunners

Penyokong Liverpool terkejut mendapat tahu bintang muda pasukan mereka Curtis Jones adalah peminat tegar salah sebuah kelab seteru Premier League mereka.

Pemain berusia 22 tahun itu membantu The Reds mencipta kemenangan 4-2 ke atas Newcastle pada Isnin lalu untuk skuad kendalian Jurgen Klopp selesa dengan kelebihan 3 mata di puncak liga.

Dua jaringan daripada Mohamed Salah yang kini bersama negaranya di AFCON menjaringkan dua gol untuk skuad kendalian Klopp.

Baru-baru ini penyokong Liverpool memuji mentaliti hebat pasukan mereka selepas melihat keraian pemain-pemain selepas kemenangan menentang Newcastle.

Walaupun demikian Curtis Jones mungkin tidak mendapat sokongan yang sepatutnya dia terima selepas didedahkan merupakan penyokong tegar Arsenal.

Menurut The Athletic Curtis Jones membesar di sebuah rumah yang terletak di sebuah estet berhampiran bandar Liverpool.

Jones dikatakan pernah menyatakan minat untuk menyertai akademi Arsenal kerana dirinya adalah penyokong kelan itu.

Perkara itu mengejutkan ramai penyokong Liverpool. Apatah lagi Jones adalah anak jati Liverpool.

“Bagaimana seorang scouser boleh menjadi penyokong Arsenal?” persoal salah seorang penyokong melalui X.

Berikutan perkhabaran tersebut timbul spekulasi Arsenal berkemungkinan akan membida untuk mendapatkan Jones pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

“Adakah anda mahukan Curtis Jones musim panas akan datanf?” tanya AFTV kepada pengikutnya melalui X.

Seperti dijangkakan khabar angin itu menimbulkan pertikaian di kalangan penyokong Arsenal dan Liverpool di media sosial.

BACA:  Pengurus Porto Berang, Dakwa Arteta Melampau Menghina Sehingga Libatkan Keluarga