Ibrahimovic: Pogba Berjaya Tutup Mulut Pengkritik

Bekas penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic berkata Paul Pogba telah menutup mulut pengkritik selepas berjaya membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 di Russia.

Ibrahimovic yang kini bermain di Major League Soccer bersama LA Galaxy bermain bersama Pogba buat seketika di Old Trafford sebelum Ibrahimovic mengambil keputusan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat awal tahun ini.

Pogba berada di kemuncak prestasi sepanjang kempen Piala Dunia. Mampukah beliau menunjukkan tahap permainan yang sama apabila beraksi bersama Manchester United ? Atau mungkinkah beliau akan dijual Mourinho ?

Sejak kembali menyertai Red Devils pada tahun 2016, Pogba sering menerima kritikan daripada pelbagai pihak keranan gagal membantu United memenangi Liga Perdana Inggeris walaupun dibeli pada harga rekod dunia ketika itu.

Musim 2017/2018 menyaksikan Jose Mourinho bertindak meletakkan beliau di bangku simpanan dalam beberapa perlawanan penting berikutan prestasi yang tidak konsisten.

Walau bagaimanapun, Pogba berjaya membuktikan kemampuan sebenar beliau ketika bersama skuad Perancis dalam kempen Piala Dunia 2018 dan beliau berada di tahap tertinggi ketika Perancis menewaskan Croatia dalam perlawanan akhir dengan Pogba turut menyumbang satu gol.

IN YOUR FACE HATERS ! Ibrahimovic gesa Pogba jawab kritikan terhadapnya dengan mempamerkan persembahan cemerlang di atas padang, bukan guna mulut.

Ibrahimovic yang bermain bersama Pogba hampir dua musim mendakwa Pogba tidak perlu menjawab kritikan yang dilemparkan terhadapnya dengan  mulut, tetapi melalui persembahan beliau di atas padang.

“Saya bermain dengan Pogba selama dua tahun dan orang di luar sana suka menyatakan pendapat mereka mengenai Pogba, walaupun mereka berhak berbuat demikian.”

“Mereka boleh membuat penilaian terhadap Pogba tetapi kejayaan yang diraih Pogba menjawab segalanya.”

“Pogba tidak perlu menjawab kritikan dengan mulut, beliau hanya perlu menjawabnya dengan menggunkan kaki dan melakukan perkara yang beliau gemari. Ia merupakan sesuatu yang Pogba harus lakukan dan ia juga cara kesukaan saya apabila menerima kritikan.”

“Pogba masih lagi muda. Beliau telah menangi Piala Dunia , bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bersama Juventus, final Europa League dan juga final Euro bersama Perancis. Beliau juga berjaya memenangi banyak trofi ketika bersama Juventus.”

“Apa lagi yang perlu diperkatakan mengenai Pogba ? Saya nasihatkan beliau supaya menikmati bola sepak dan saya percaya beliau akan menjadi pemain yang lebih baik selepas ini.”

Umum sedia maklum mengenai kualiti yang dimiliki Pogba di atas padang tetapi bukan itu sahaja yang menjadikan beliau pemain yang hebat. Selain skill teknikal yang tinggi, Pogba juga mempunyai kemampuan menaikkan motivasi rakannya yang lain dengan kepetahan beliau berkata-kata, persis Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

Antara detik yang paling diingati adalah ketika Pogba memberikan ucapan dalam bilik persalinan sebelum mereka turun menentang Argentina yang diketuai oleh pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali, Lionel Messi. Tonton video di bawah untuk lihat bagaimana Pogba menaikkan semangat rakan-rakannya.

Memang meremang bulu roma walaupun tak paham apa-apa.

BACA:  Lima Pemain Manchester United Yang Paling Berprestasi Musim Ini