Lima Pemain Yang Ada Gaya Permainan Ala Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo jelas sekali merupakan antara pemain terhebat sepanjang zaman yang pernah menghiasi dunia bola sepak di era modern ini.

Sepanjang karier profesionalnya, Cristiano Ronaldo pernah lima kali memenangi anugerah Ballon D’or dan beliau juga telah melalui karier yang sungguh luar biasa dasyat di peringkat kelab dan negara.

Bintang handalan Portugal itu turut menjadi pemegang rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman di pentas bola sepak antarabangsa, dan beliau turut cemerlang memegang beberapa lagi rekod individu yang lain.

Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu cukup dikenali sebagai seorang pemain penyerang yang sangat versatile dan turut mempunyai kualiti penyudah yang sungguh luar biasa mengagumkan.

Di usia 36 tahun, Cristiano Ronaldo masih tetap mamu untuk bersaing di peringkat tertinggi dan masih lagi dianggap sebagai antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Antara sebab mengapa beliau masih kekal menjadi pemain terbaik sehingga ke hari ini adalah kerana kerja keras dan usaha gigih yang beliau letakkan sepanjang kariernya.

Ronaldo dikenali sebagai seorang yang sangat bekerja keras dalam mengekalkan tahap persembahannya supaya sentiasa berada di tahap yang terbaik.

Beliau pada awal kariernya bermain di posisi sayap dan mengamalkan corak permainan klasik menggunakan skill dan kelincahan beliau untuk memberi masalah kepada pemain lawan.

Satu hal yang menarik tentang Ronaldo, beliau sebenarnya mampu untuk melepaskan rembatan padu dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya.

Ketika usianya sudah semakin lanjut, Ronaldo tidak lagi bermain seperti dulu dengan beliau kini lebih kerap bermain di posisi centre foward.

Walau bagaimanapun, dengan beliau sudah mula bermain dengan lebih tenang, dunia bola sepak hari ini memperlihatkan bagaimana ramainya pemain-pemain muda yang mempunyai corak permainan hampir sama dengan Ronaldo.

Jelas sekali ia kerana kebanyakkan dari mereka membesar dengan menonton aksi dari Ronaldo dan tidak hairanlah persembahan mereka juga dipengaruhi oleh bintang Portugal itu.

Berikut merupakan senarai lima pemain yang mempunyai corak permainan yang dianggap hampir sama dengan gaya permainan Cristiano Ronaldo.

Berikut merupakan senarai lima pemain yang mempunyai cara permainan yang hampir sama dengan Cristiano Ronaldo.

1) Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)

Bintang Paris Saint Germain, Kylian Mbappe tidak diragukan lagi sememangnya antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Beliau dianggap sebagai calon pengganti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dengan Kylian Mbappe sudah menjadi pemain elite sejak di usia 19 tahun lagi.

Beliau telah berjaya memenangi gelaran Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Perancis dan turut menjadi pemain muda paling mahal dalam sejarah selepas ditandatangani oleh PSG dengan nilai €180 juta dari AS Monaco.

Mbappe sendiri ketika ditemu bual oleh Marca pada tahun 2017, beliau secara terbuka mengakui yang Cristiano Ronaldo merupakan idola beliau sejak kecil lagi.

Hal itu menjadikan corak permainan beliau dilihat hampir sama seperti Cristiano Ronaldo dengan bintang Perancis itu mempunyai kemampuan gelecekan, kelajuan dan penyudah yang tajam.

Dek kerana kemampuannya itu beliau secara tidak langsung telah menjadi antara pemain yang paling digeruni oleh pemain pertahanan pasukan lawan.

Beliau juga mempunyai kemampuan dalam mencari ruang, dan dengan kepantasan yang beliau miliki, agak mudah untuk Mbappe menewaskan pemain pertahanan lawan.

Beliau sememangnya seorang penyerang yang klinikal sama seperti idolanya Cristiano Ronaldo dan turut mempunyai kemampuan lengkap untuk menjadi pemain terhebat dunia.

2) Marcus Rashford (Manchester United)

Walau sukar untuk diterima, namun hakikatnya Marcus Rashford sebenarnya antara pemain penyerang terbaik dalam dunia bola sepak hari ini.

Beliau merupakan pemain sayap yang mempunyai kepantasan yang sungguh menakjubkan, dengan aksi persembahan beliau juga semakin meningkat dan makin matang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Baru berusia 23 tahun, pemain muda Manchester United itu jelas sekali mempunyai masa hadapan yang sangat cerah dalam dunia bola sepak.

Beliau tidak diragukan lagi sememangnya antara produk akademi terbaik yang pernah dihasilkan oleh Manchester United sejak kebelakangan ini.

Corak permainan Rashford terbukti dipengaruhi oleh gaya permainan idolanya sendiri, Cristiano Ronaldo dengan bintang England itu mempunyai kemampuan yang dasyat bila berdepan situasi satu lawan satu.

Beliau juga mempunyai kualiti penyudah yang hampir sama dengan Ronaldo, dengan teknik ‘knuckleball’ beliau terbukti sangat hebat.

Teknik dan skill yang dimiliki oleh Rashford tidak dinafikan lagi sememangnya sangat sukar untuk dibaca oleh penjaga gol pasukan lawan.

Pemain berusia 23 tahun itu juga mempunyai kemampuan yang luar biasa ketika beliau membuat larian dari belakang pemain pertahanan lawan.

Walau bagaimanapun, Marcus Rashford sejak beberapa musim kebelakangan ini jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dan kerap dikritik oleh pelbagai pihak atas hal tersebut.

3) Son Hueng-Min (Tottenham Hotspur)

Pemain penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung Min telah menjadi nadi penting untuk skuad sejak beliau ditandatangani pada tahun 2015 lalu dari Bayer Leverkusen.

Nilai €30 juta yang Spurs bayar untuk mendapatkan khidmatnya jelas sangat berbaloi, dengan pemain kebangsaan Korea Selatan itu ketika ini dianggap antara pemain penyerang terhebat dalam saingan Premier League.

Beliau juga berjaya membina gandingan hebat bersama pemain penyerang kebangsaan England, Harry Kane untuk membantu Spurs kekal di kelompok teratas dalam saingan Premier League.

Beliau mempunyai kepantasan yang menakjubkan dan juga turut memiliki kemampuan menggelecek yang sungguh mengagumkan.

Son merupakan pemain yang paling sukar untuk dikawal oleh pemain pertahanan lawan, dengan kemampuan teknikal serta larian pantas yang sering beliau lakukan.

Beliau juga boleh bermain di mana saja bahagian di posisi serangan, dan antara yang terbaik adalah bermain di posisi sayap kiri, dengan berperanan sebagai inverted winger.

Son juga mempunyai kemampuan tenaga yang dasyat dengan beliau dianggap antara pemain yang tak kenal erti penat dek kerana sumbangan beliau di bahagian serangan dan juga pertahanan.

Cara permainan Son agak sama seperti Cristiano Ronaldo ketika awal kariernya bersama Manchester United dan ketika kemuncak kariernya bersama Real Madrid.

Son Heung-min jelas sekali merupakan antara penyumbang gol terbanyak Tottenham Hotspur dengan gandingan beliau bersama Harry Kane menjadi mimpi ngeri pemain pertahanan lawan.

4) Memphis Depay (Barcelona)

Sama seperti Cristiano Ronaldo, Memphis Depay juga pernah memakai jersi nombor tujuh ketika kariernya di Old Trafford sebelum ini.

Walau bagaimanapun, karier bintang Belanda itu bersama Manchester United tidak kekal lama, dengan persembahan hambar yang beliau tunjukkan menyebabkan beliau dilepaskan.

Beliau berjaya menstabilkan dirinya sebagai salah seorang pemain penyerang berkualiti tinggi ketika kariernya bersama Olympique Lyon.

Depay lebih di samakan dengan Ronaldo ketika remaja, bermain di posisi sayap dan membuat larian terus untuk masuk ke kawasan lawan dengan kemampuan menggeleceknya yang digeruni pemain lawan.

Beliau mempunyai kekuatan rembatan dengan menggunakan kaki kanannya dan tidak dinafikan kemampuan beliau itu sedikit lebih baik berbanding Ronaldo sendiri.

Depay juga dianggap sebagai pakar bola mati, dengan beliau turut mempunyai kepantasan ketika membawa bola dan kini berkembang menjadi pemain penyerang yang sangat bijak.

Cara permainan beliau sering disamakan dengan Cristiano Ronaldo, dengan kedua-dua mereka terkenal memiliki kemampuan teknikal dan kemampuan fizikal yang mengagumkan.

Ketika kariernya bersama Olympique Lyon pada tahun 2017 hingga 2021, Depay berjaya menjaringkan 76 gol dan turut mencatatkan 55 assists dari 178 penampilan dalam semua pertandingan.

5) Joao Felix (Atletico Madrid)

Atletico Madrid menandatangani Joao Felix dari Benfica pada musim panas 2019 dengan yuran perpindahan bernilai €126 juta.

Pemain muda itu pada awalnya dianggap sebagai bakat muda terhebat yang dihasilkan oleh Portugal selepas Cristiano Ronaldo.

Felix merupakan antara pemain penyerang yang memiliki skill dan kemahiran teknikal yang tidak menggambarkan usianya.

Sama seperti Ronaldo, pemain muda dari negaranya itu merupakan pemain penyerang yang cukup versatile dan boleh bermain di mana-mana sahaja bahagian di posisi serangan.

Beliau kebiasaannya bermain sebagai second striker ketika beraksi bersama Atletico Madrid di bawah kendalian Diego Simeon.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh Felix adalah kepantasan, kreativiti, vision dan kebolehan untuk menggelecek pemain pertahanan lawan.

Cara permainan beliau sering disamakan dengan gaya permainan Cristiano Ronaldo dan beliau juga dianggap calon pengganti legenda Portugal itu di masa hadapan.

Dengan usianya pada ketika ini baru berusia 21 tahun, perjalanan beliau juga sebenarnya masih panjang dan masih banyak yang boleh beliau pelajari.

Setelah agak sepi sebelum ini, Felix pada musim ini sepertinya sudah berjaya menemui sentuhan terbaiknya di Wanda Metropolitano.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Sir Alex Ferguson Bakal Kembali Menjadi Pengurus Manchester United !