Ibu kepada anak Harry Maguire, Zoe mengkritik mereka yang sentiasa melakukan komen jelik dan cemuhan terhadap anaknya, dan menyifatkan mereka yang tidak henti-henti berbuat demikian sebagai tiada kemaluan.
Pemain pertahanan berusia 30 tahun itu dicemuh ketika membantu England menewaskan Scotland 3-1 dalam perlawanan persahabatan di Hampden Park pada Selasa lalu.
Cemahan dan cercaan jelas kedengaran daripada tempat duduk penyokong sebaik sahaja Maguire memasuki padang pada permulaan babak kedua sebagai pemain gantian.
Pemilihan Maguire oleh pengurus pasukan Gareth Southgate turut dipertikaikan oleh pundit, sebelum pemain pertahanan tengah itu menjaringkan gol sendiri pada minit ke-67 perlawanan.
Bukan sahaja ketika tugasan bersama England. Kelibat Maguire turut menjadi sasaran jenaka penyokong sendiri dan lawan, termasuk ketika pra musim di Amerika Syarikat.
Melalui satu hantaran di Instagram, Zoe menulis: “Sebagai seorang ibu tahap cemuhan dan serangan negatif terhadap anak saya melalui komen oleh segelintir penyokong, pundit, dan media adalah memalukan dan tidak boleh diterima dalam apa cara kehidupan sekali pun.
Harry Maguire’s mom statement.
“As a mum, seeing the level of negative and abusive comments in which is receiving from some fans, pundits and the media is disgraceful and totally unacceptable to any walk of life never mind someone who works his socks off for club and country”.… pic.twitter.com/N4Omejo6VZ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 14, 2023
“Apatah lagi ia ditujukan kepada seseorang yang bekerja keras untuk negaranya.
“Saya berada di sana di tempat duduk penyokong [di Hampden Park] seperti biasa. Ia perbuatan yang langsung tidak boleh diterima.
“Saya faham di dalam bola sepak ada masa naik dan turun, positif dan negatif tetapi apa yang diterima Harry melangkaui perkara berkaitan bola sepak.
“Untuk saya sebagai seorang ibu dan melihat perkara yang dilaluinya, ia adalah tidak ok.
“Saya juga benci untuk melihat mana-mana ibu bapa atau pemain melalui pengalaman yang sama pada masa depan, terutama pemain muda yang sedang berusaha meningkat naik.
“Seperti biasa Harry bermain dengan jiwa yang besar [di Hampden], dia melakukan tugas dengan baik dan mempunyai kekuatan mental yang kuat serta boleh menangani [kritikan dan cemuhan].
Harry Maguire: "I can deal with criticism. The first four weeks were hard because it was one game a week and the manager didn’t select me but we have lots of games coming up now". 🔴🏴 #MUFC
"I am sure I will play lots of games", told Express. pic.twitter.com/PsG7zJRn9o
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 14, 2023
“Dan yang lain [tukang ejek dan cemuh] mungkin tidak akan mampu berbuat demikian. Saya berharap perkara serupa tidak berlaku kepada orang lain.
Selepas kemenangan ke atas Scotland, pengurus England Gareth Southgate turut menyelar layanan yang diterima oleh Maguire dan menyifatkannya sebagai satu jenaka.
Maguire pula terus steady dan berkata dirinya cukup kental berhadapan cemuhan sedemikian.