Ikhsan Fandi Cipta Sejarah Jaringkan Lima Gol Dalam Tempoh 45 Minit Untuk BG Pathum United

Ikhsan Fandi Ahmad berjaya menjaringkan lima gol ketika membantu BG Pathum United menewaskan Prachuap FC 7-2 malam semalam.

Ikhsan Fandi Ahmad bersama abangnya Irfan Fandi Ahmad turun beraksi untuk BG Pathum United bertemu Prachuap FC dalam aksi saingan Thai League 1.

Anak kepada legenda bola sepak Singapura itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan malam semalam.

Beliau berjaya menjaringkan lima gol dalam perlawanan tersebut dengan kesemua lima gol itu berjaya dihasilkan pada aksi babak pertama sahaja.

Beliau telah dikeluarkan pada aksi babak kedua dan andai beliau masih berada di padang, tak mustahil jumlah gol yang berjaya beliau hasilkan akan lebih banyak dari itu.

Willen Mota terlebih dahulu berjaya membuka tirai jaringan untuk Prachuap FC pada minit ke-12 permainan menerusi sudut sepakan penalti.

Lapan minit selepas itu, Ikhsan Fandi mula menunjukkan belang beliau dengan meledak gol penyamaan untuk BG Pathum United mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Pemain yang dianggap sebagai Erling Haaland Asean itu kemudiannya meledak empat lagi gol pada minit ke-26, 29, 32 dan 40 permainan untuk BG Pathum United mendahului permainan 5-1.

Lima gol hanya pada aksi babak pertama dan tidak ada gol hasil sepakan penalti, ia sudah cukup untuk membuktikan yang beliau merupakan pemain yang sungguh luar biasa.

Baik ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Singapura mahupun ketika beraksi bersama kelab, Ikhsan Fandi jelas sekali sentiasa mempamerkan aksi persembahan terbaiknya.

Beliau membuktikan yang dirinya antara pemain paling bernilai di rantau Asia Tenggara ini dan harus diakui kualiti yang beliau miliki sungguh menakjubkan.

Pemain berusia 22 tahun itu berjaya menjaringkan sembilan gol untuk BG Pathum United sejak dari awal beliau ditandatangani pada Januari lalu

Kecemerlangan dan kehebatan beliau berjaya membawa Pathum United untuk berada di kedudukan kedua dalam carta saingan Thai League 1 pada ketika ini.

Mereka ketika ini hanya lima mata sahaja dipisahkan dari Buriram yang sedang mendahului carta saingan liga.

Ketika aksi bertemu Malaysia dalam aksi saingan Tri Nation di Singapura baru-baru ini, Ikhsan Fandi berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut.

Selepas tamat perlawanan, Shukor Adan tampil menjelaskan tentang perbezaan pemain Malaysia dan Singapura yang bermain di luar negara.

Perbezaan pemain Malaysia dan Singapura yang bermain di luar negara

Jika diihat kepada aksi Ikhsan Fandi, dia ternyata mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan kepantasan dan sering menjadi ancaman kepada pasukan Malaysia.

Ikhsan yang kini beraksi buat pasukan BG Pathum United di Liga Thailand bersama abangnya, Irfan, pernah beraksi di benua eropah bersama pasukan FK Jerv di Norway.

Sepanjang beraksi bersama pasukan di luar Singapura, Ikhsan dan Irfan adalah watak utama di dalam pasukan masing-masing. Pada musim ini, Ikhsan telah menjaringkan 14 gol dalam 16 perlawanan buat BG Pathum dan ini adalah beza antara pemain Malaysia dan negara lain yang bermain di luar, menurut Shukor Adan.

Dalam perbincangan selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura, Shukor ditanya tentang pemain Malaysia yang kini beraksi di Liga Belgium, Luqman Hakim.

“Dalam tiga tahun, berapa kali dia start game?”

Shukor menjawab soalan yang diajukan oleh Faiz Gurun.

“Itu yang saya selalu tertanya-tanya adakah di liga sana dia bermain dalam first eleven dan terbaru kita dengar dia bermain dalam pasukan kedua -adakah dia bermain dalam first eleven?

“Memang pemain itu bermain di luar dan balik ke sini – ada dua perkara berbeza

“Pemain Singapura bermain di luar adalah pemain regular dan first eleven. Balik ke sini nampak kebolehan mereka dan Luqman dah hampir tiga tahun. Untuk saya tiga tahun, sepatutnya dalam umur 22 atau 23 bukan duduk di bangku simpanan.

“Walaupun kita dapat jejak di luar, mula-mula kita menunggu dan menunggu, tapi kalau dah masuk tahun ketiga, itu bukan menunggu dah,”

Ujar Shukor dengan tenang seperti biasa.

Rakan se-pundit, Shahrom Kalam turut memberikan komen ikhlasnya tentang situasi permainan Luqman Hakim.

“Ya, dia usaha, dia kerja. Kita nampak dia buat challenge run dan dia lakukan pressing tapi decision making (keupayaan untuk membuat keputusan) punya bahagian mungkin ada sedikit kekurangan.”

“Saya rasa dia perlukan lebih banyak perlawanan,”

Jawab bekas pemain pertahanan Perak tersebut.

Walaubagaimanapun, kedua-dua Shukor dan Shahrom bersetuju bahawa Luqman menjadi mangsa harapan yang terlalu tinggi daripada rakyat Malaysia dan pada masa yang sama, mereka memuji pemain muda tersebut sebagai pemain yang mempunyai mentaliti dan jiwa yang kuat, tidak seperti pemain-pemain Malaysia lain yang pernah beraksi di luar negara.

“Luqman ni, yang saya tanya kawan-kawan, dia mempunyai mentaliti yang bagus, orang yang kuat dan dia dalah satu pemain muda yang pergi ke luar dan tidak homesick dan orang yang bekerja yang nak majukan diri. Kalau tidak, dia tidak akan duduk di sana lama-lama.”

“Cuma peluang dia, adakah dia sesuai dengan taktikal jurulatih atau tidak, kita tak tahu,” ulas Shukor panjang lebar.

“Saya rasa dia di sana, biar dia berkembang,”

Tambah Shahrom Kalam selepas Faiz Gurun membandingkan bagaimana layanan peminat bola sepak Indonesia terhadap Egy Maulana yang tidak bersinar di Liga Bosnia & Herzegovina.

“Kita jangan teralu mempunyai harapan tinggi untuk dia. Dia perlukan masa dan kita bagi dia masa.”

BACA:  Ikhsan Fandi Kempunan Untuk Menari Di Depan Harimau Malaya