Ikhsan Fandi Kempunan Untuk Menari Di Depan Harimau Malaya

Pemain penyerang Singapura, Ikhsan Fendi ternyata kempunan dan kecewa kerana harapannya untuk menari di depan Harimau Malaya tidak kesampain selepas Singapura terciduk.

Malaysia menamatkan saingan Singapura dalam kempen Piala AFF Mitsubishi Elektrik 2022 di peringkat kumpulan B dengan menundukkan pasukan Kota Singa itu 4-1 untuk ke separuh akhir.

Tidak mampu beraksi untuk membantu negaranya dan sekadar menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton, pasti membuatkan Ikhsan Fandi sedikit terkilan selepas begitu yakin Singapura akan memperolehi kemenangan di dalam perlawanan pada malam tadi.

Penyerang utama The Lions yang juga merupakan anak kepada bekas pemain legenda Fandi Ahmad itu mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan apabila melaungkan keyakinan melampau pasukan negaranya akan menewaskan Malaysia dengan mudah apabila melakukan memuat naik story di media sosial.

Ikhsan Fandi merancang untuk menari di depan Harimau Malaya dan ekornya namun hajat awal itu tidak kesampaian kerana cedera.

“Sudah merancang untuk menari di hadapan mereka sekali lagi! Tuhan punyai perancangan lain @ILHANFA. Kita akan lalui ini bersama,” ujar beliau sebelum perlawanan.”

Nada keyakinan uitu mungkin datang selepas Singapura menewaskan Malaysia 2-1 di kejohanan FAS Tri-Nations pada Mac lalu yang memberi kekalahan pertama kepada Kim Pan Gon.

Ikhsan Fandi dengan mudah merobek pertahanan Harimau Malaya dengan gerakan solo sebelum melepaskan rembatan padu untuk gol kemenangan Singapura dalam perlawanan itu dan dia meraikan dengan tarian.

Mesej tersebut sebenarnya merupakan kata dorongan kepada adiknya, Ilhan Fandi. Walaupun sudah memasang niat meraikan kemenangan kepada Malaysia, Ikhsan sebenarnya terpaksa melupakan perlawanan tersebut kerana kecederaan yang dialaminya ketika menentang Laos di peringkat awal kejohanan.

Ilhan Fandi adalah tunjang di bahagian benteng pasukan kendalian Takayuki Nishigaya sepanjang kejohanan ini bermula.

Bagaimanapun mesej tersebut turut tidak disambut dengan baik oleh penyokong Malaysia yang dituduh melihatnya dari konteks lain – iaitu nada keyakinan yang berlebihan.

Sudah pastinya penyokong Harimau Malaya akan melihat dari satu konteks sahaja iaitu pasukan lawan merendah-rendahkan pasukan sendiri dan slot separuh akhir pula menjadi rebutan.

Akur dengan keputusan perlawanan dan kehebatan Harimau Malaya yang menang besar pada malam tadi, Ikhsan kemudiannya mengucapkan tahniah kepada pasukan negara.

Ini tidak bererti pemain itu akan berdiajm diri selepas ini dan nekad untuk ‘terus menari’ sebaik pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

“Tahniah Malaysia. Sayang anda semua tetapi saya akan teruskan menari [selepas ini],” ujar beliau ringkas selain angka 2024 sebagai indikasi kejohanan Piala AFF yang seterusnya bakal diadakan.

Dua jaringan padu dari Stuart Wilkin selepas gol pembukaan dari Darren Lok serta jaringan penutup Sergio Aguero telah membawa Harimau Malaya ke separuh akhir Piala AFF 2022 membenam Singapura untuk bertemu Thailand.

Darren Lok berjaya memecahkan kebuntuan dengan satu sundulan tajam menewaskan Hassan Sunny selepas pantas menyambar hantaran Safawi Rasid yang berjaya memotong hantaran pemain Singapura.

Stuart John Wilkin menggandakan kedudukan pada minit ke-51. Stuart John Wilkin pantas melakukan satu rembatan leret dari jauh yang ditepis ke dalam gol oleh Hassan Sunny.

Malaysia terus menekan walaupun sudah mendahului dua gol tiga minit kemudian gol ketiga hadir pula juga melalui Stuart John Wilkin.

Safawi Rasid telah menolak bola kepada Stuart John Wilkin yang telah melakukan satu putaran 360 darjah untuk melepaskan rembatan padu untuk Malaysia mendahului 3-0.

Sergio Aguero telah membunuh perlawanan dengan gol keempat pada minit ke-88 dan mengesahkan tempat Malaysia ke separuh akhir bertemu Thailand.

BACA:  Ikhsan Fandi Cipta Sejarah Jaringkan Lima Gol Dalam Tempoh 45 Minit Untuk BG Pathum United