Tidak ramai yang menyedari Arsenal terpaksa menukar nama stadium milik mereka menjelang perlawanan penting Champions League menentang Porto pada awal pagi tadi.
Arsenal menuju perlawanan tersebut ketinggalan 1-0 secara agregat selepas perlawanan pertama di Portugal. Leandro Trossard berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada perlawanan pagi tadi untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebelum skuad kendalian Mikel Arteta melayakkan diri ke suku akhir melalui penentuan sepakan penalti.
Tetapi tahukah anda Stadium Emirates telah ditukar nama menjadi Stadium Arsenal khusus untuk perlawanan ini?
E̶m̶i̶r̶a̶t̶e̶s̶ S̶t̶a̶d̶i̶u̶m̶ Arsenal Stadium 🏟️
Find out why 👉 https://t.co/HismmvkDig pic.twitter.com/6uaItKvSFJ
— Mail Sport (@MailSport) March 12, 2024
Ini disebabkan UEFA tidak membenarkan nama penaja menjadi sebahagian daripada pasukan di atas peraturan khas penajaan pertandingan.
Perkara sama turut dilalui Manchester City apabila nama Etihad ditukar menjadi Stadium Manchester.
Ada banyak kejadian sebelum ini berkaitan peraturan sama menyebabkan kelab melakukan perubahan nama. Sebagai contoh Red Bull Salzburg hanya dibenarkan bertanding di pertandingan Eropah dengan nama FC Salzburg. Malah logo kelab turut perlu diubah bersesuaian dengan peraturan tersebut.
Anyone notice how UEFA rename The Emirates Stadium in match days to Arsenal Stadium ?
This is because of a little-known UEFA rule. UEFA does not recognise stadium sponsors under their specific rules regarding sponsorships. #arsenal #afc pic.twitter.com/wbzBELyAN2
— ACL Soccer (@ACL_Soccer) March 12, 2024
UEFA turut mempunyai peraturan lain berkenaan pemilikan kelab, di mana hanya sebuah kelab di bawah pemilikan yang sama bertanding di Eropah dalam satu satu musim.
Peraturan ini berkemungkinan akan menjejaskan kedua-dua kelab Manchester.
Ini kerana Girona (pemilikan sama dengan City) dan Nice (pemilikan sama dengan United) turut berpotensi melayakkan diri ke Champions League pada musim hadapan.