Premier League 2020/21: Arsenal 2-1 West Ham United

Arsenal yang lemah dan lembik tidak berdepan masalah untuk meneruskan rentak kemenangan seratus peratus setakat dua perlawanan musim ini apabila berjaya menewaskan West Ham United 2-1.

West Ham United pula masih gagal untuk mengutip mata selepas dua perlawanan.

Alexandre Lacazette meletakkan Arsenal di depan melalui satu sundulan tajam separa terbang hasil umpanan Pierre Emerick Aubameyang.

Gol tersebut merupakan jaringan yang ke-50 Lacazette bersama Arsenal dalam semua kejohanan.

Dengan jaringan tersebut, Lacazette telah muncul menjadi pemain Perancis ke-4 menjaringkan 50 gol dan lebih untuk Arsenal.

1. Thierry Henry – 228 gol
2. Olivier Giroud – 105 gol
3. Robert Pires – 84 gol
4. Alexandre Lacazette – 50 gol

Namun West Ham United bukan kaleng-kaleng pasukan dan mudah menyerah untuk mempertahankan maruahnya di kota London apabila kembali mengimbangi perlawanan.

Michail Antonio telah menjaringkan gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama dengan satu tolakan jarak dekat.

Sejak Premier League kembali bersambung pada bulan jun tiada pemain yang menjaringkan gol lebih banyak dariapada Michail Antonio dengan 9 gol. Sama dengan Raheem Sterling.

Arsenal beroleh gol kemenangan melalui Edward Nketiah yang masuk dari bangku simpanan menggantikan Alexandre Lacazette pada minit ke-77.

Pada minit ke-85, selepas lapan minit di padang Edward Nketiah memastikan tiga mata penuh milik Arsenal dengan jaringan kemenangan.

Hantaran Daniel Ceballos mudah ditolak masuk Nketiah ketika gawang sudah terbuka luas.

ARSENAL (3-4-3): Leno 6; Holding, 6 Gabriel 6, Kolasinac 5.5; Bellerin, 6 Ceballos 7, Xhaka 7, Saka 7.5 (Luiz 89); Willian 7 (Pepe 64), Lacazette 7 (Nketiah 77 7.5), Aubameyang 8

Subs not used: Macey, Maitland-Niles, Elneny, Willock

WEST HAM (3-4-3): Fabianski 6; Diop, 7 Ogbonna 7, Creswell 7; Fredericks 7.5 Rice 7, Soucek 7.5, Masuaka 7.5 (Anderson 85); Bowen 8 (Yarmolenko 83), Antonio 7.5, Fornals 7 (Haller 87)

Subs not used: Balbuena, Lanzini, Johnson, Randolph

BACA:  Oxlade Balas Balik Kritikan Pedas Gary Neville & Thierry Henry Terhadapnya