Oxlade Balas Balik Kritikan Pedas Gary Neville & Thierry Henry Terhadapnya

Pemain tengah Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain membalas kembali kritikan pedas yang ditujukan kepadanya dari Gary Neville dan Thierry Henry berikutan perpindahan bernilai £35juta beliau ke Liverpool musim panas lalu.

Sebelum berpindah ke Liverpool, Oxlade enggan memperbaharui kontrak bersama Arsenal walaupun ditawarkan nilai kontrak yang sangat lumayan. Selepas 6 tahun bersama The Gunners, pemain berusia 24 tahun ini mahu mencuba cabaran lain dan bertukar angin mencari kelab baru.

Kritikan Neville dan Henry tidak berasas

Persoalan telah diajukan kepada Oxlade berikutan tindakan beliau untuk tidak memperbaharui kontrak di Emirates dan menerima tawaran Liverpool walaupun pada masa yang sama turut menerima tawaran dar Chelsea. Oxlade bergelut dengan prestasi ketika baru mula-mula menyertai Liverpool dan sering memanaskan bangku simpanan ketika itu.

Walaubagaimanapun, Oxlade telah membuktikan tindakan Liverpool membelanjakan wang yang besar untuk mendapatkan beliau adalah satu tindakan yang berbaloi dimana Oxlade berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Philippe Coutinho dengan begitu cemerlang.

Prestasi semasanya telah berjaya menutup mulut pengkritik bolasepak yang lantak mengkritik beliau pada masa lepas. Dua penganalisa bolasepak di Skysports, Gary Neville dan Thierry Henry antara mereka yang lantang membidas tindakan Oxlade menyertai Liverpool pada ketika itu.

Henry tikam belakang Oxlade. Aduh

Legenda Arsenal, Thierry Henry berkata beliau telah lama memerhatikan permainan Oxlade dan beliau masih lagi tidak tahu apa kekuatan sebenar pemain tersebut.

Sejurus Arsenal  menerima £35juta dari penjualan Oxlade, Gary Neville berkata Arsenal telah melakukan urusniaga yang sangat baik apabila menjual pemain yang hanya berbaki setahun kontrak pada harga yang sangat tinggi.

Walaubagaimanapun, prestai semasa Oxlade bersama Liverpool telah membuktikan kritikan terhadapnya adalah tidak berasas sama sekali.

“Kritikan terhadap saya mungkin kelihatan agak bodoh. Apabila anda memerhatikan seseorang pemain dengan lama, anda akan tahu apa pemain tersebut mampu lakukan.”

Salah banyak memberikan aspirasi kepada Oxlade untuk bermain lebih baik

“Jika kritikan tersebut ditujukan kepada jumlah gol yang dijaringkan atau keupayaan untuk membuat gol, saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Tetapi apabila ada invidu berkata beliau tidak tahu apa yang saya lakukan, walaupun individu tersebut pernah bekerjasama dengan saya, saya rasa kritikan beliau agak bodoh.”

“Saya berasa tidak selesa apabila menerima kritikan dari mereka atau rakan yang pernah bekerjasama dalam apa jua kapasiti. Mereka boleh mengeluarkan pendapat dan ia tidak akan menjejaskan saya sama sekali.”

“Apa yang penting apabila saya tiba di Liverpool, saya mempunyai pengurus yang mempercayai keupayaan saya dan saya juga percaya dengan apa yang mampu saya lakukan. Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk berpindah dari Arsenal.”

Setakat musim ini, Oxlade telah menjaringkan 4 gol dan mencatatkan 5 assists buat Liverpool dan beliau percaya masih banyak lagi perkara yang mampu beliau sumbangkan kepada pasukan.

BACA:  Tweet Gary Neville mengejek Liverpool Tular!