Kurang 3 minggu lagi Chelsea akan berhadapan Arsenal dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL). Namun Chelsea masih belum memastikan siapakah penyerang utama mereka.
Beberapa hari lalu Chelsea telah menewaskan Arsenal 2-1 dalam perlawanan persahabatan pra musim di Emirates.
Keputusan tersebut tidak terlalu menghairankan kerana Arsenal telah tewas kepada Chelsea dalam kesemua 3 perlawanan kompetitifnya musim lepas. Arsenal tewas 2 kali dalam perlawanan liga dan kalah di final Piala FA.
Pada perlawanan persahabatan tersebut Kai Havertz dan Tammy Abraham muncul penjaring gol pasukan pada setiap babak. Chelsea sepatutnya menang lebih besar jika tidak membazirkan peluang yang dimilikinya.
Ia menjadi sebab mengapa Chelsea memerlukan seorang penyerang baharu yang boleh menyempurnakan setiap peluang yang dimilikinya. Sejak awal pra musim sebahagian besar tumpuan Chelsea sering terarah kepada Erling Haaland.
Skripnya sangat ringkas. Chelsea mahukan Haaland. Borussia Dortmund bertekad mengekalkan Haaland semusim lagi. Chelsea perlu mempertimbangkan pilihan lain. Chelsea berusaha mendapatkan bekas pemainnya, Romelu Lukaku.
Pada minggu lalu cakap-cakap tentang minat Chelsea itu agak sensasi di Itali. Terdapat laporan mengesahkan tawaran telah dibuat dan kontrak telah diusulkan kepada Lukaku.
Tetapi apa yang sebenarnya yang berlaku?
Chelsea telah melakukan 2 tawaran untuk mendapatkan Lukaku, ia menjadi isyarat jelas Chelsea cukup serius mendapatkannya. Tetapi kenapa Chelsea terus berusaha walaupun Lukaku berulangkali mengatakan di mahu kekal di Inter.
Masa depan Lukaku tidak terletak 100% di tangannya
Pada musim lepas Lukaku telah menjaringkan 24 gol untuk membantu Inter menjuarai Serie A.
“Kami berharap dapat melakukan lebih baik dan mencapai lebih banyak dari musim lepas. Saya gembira dapat kembali. Kami berharap dapat terus mengekalkan apa yang kami mulakan dan terus menang. Semua pemain bekerja keras untuk memastikan impian anda menjadi kenyataan.” Romelu Lukaku
“Bagi pihak kami, kami boleh mengatakan ‘ya, Lukaku bukan untuk dijual’. Lukaku merupakan pemain penting dibahagian atas bagi jurulatih Simone Inzaghi.” -Bepper Morata, ketua Eksekutif Inter
Sehingga hari ini Chelsea masih belum berputus asa walaupun terdapat petunjuk jelas pembelian tersebut sukar menjadi kenyataan lebih-lebih lagi Lukaku berkata dia cukup gembira di Inter dimana dia merasakan lebih dihargai berbanding di England.
Pemergiannya Antonio Conte tidak memberi kesan emosi kepada Lukaku dan mungkin Lukaku juga tidak terkesan jika Lautaro Martinez dijual.
Bagaimanapun jika Lukaku ditakdirkan kembali ke EPL, satu-satunya pasukan yang akan disertainya adalah Chelsea.
Chelsea membelinya dari Anderlecht dengan harga £18 juta. Impianya pada ketika itu mahu menjadi seperti Didier Drogba dan pemain dari Ivory Coast itu merupakan idola terbesarnya. Lukaku hanya tampil 15 kali sepanjang 3 musimnya berada di Stamford Brigde.
Dia kemudiannya dipinjamkan ke Everton dan kelab tersebut mahu membelinya. Namun 11 jam sebelum urusan hampir dimuktamadkan Man United berjaya menyailang hanya kerana tawarannya lebih tinggi.
Masalah kewangan dan struktur gaji Inter
Chelsea merasakan mereka mempunyai peluang untuk mendapatkan Lukaku semula, jika tidak mereka tidak akan membuang masa dengan tawaran besar yang akan memecahkan bayaran rekod kelab mereka.
Walaupun Inter telah menjual Achraf Hakimi kepada Paris Saint Germain namun mereka masih lagi mempunyai masalah dari segi kewangan.
Pengurusan Oaktree Capital bersetuju untuk melaburwang sebanyak €275 juta kepada Inter namun mereka hanya memberi 1/5 dari jumlah tersebut.
Bil gaji yang tinggi masih menjadi isu terbesar Inter. Inter disarankan memotong 15% hingga 20% dari jumlah semasa.
Jika Martinez dijual Inter akan mengurangkan bil gaji sekitar €2.5 juta setahun. Inter boleh melakukan penjimatan lebih besar jika mereka menjual Lukaku.
Lukaku menerima gaji hampir 3 kali ganda dari Martinez dan dia juga boleh dijual dengan harga 2 kali ganda dari penyerang Martinez yang dianggarkan sekitar €70 juta.
Lukaku masih mempunyai baki kontrak 3 tahun situasi yang mana dia tidak akan memaksa dirinya kembali ke London. Tetapi ia bergantung kepada Chelsea untuk menyakinkan Inter untuk melepaskan aset berharganya itu.
Terdapat satu sumber di Itali, meramalkan Lukaku akan dijual ke Chelsea dan Inter kemudiannya membeli penyerang Atalanta, Duvan Zapata.
Pada musim lepas Zapata menjaringkan 19 gol dan mencipta 14 bantuan dalam semua pertandingan. Dia dilihat pilihan lebih tapat buat Inter. Zapata lebih murah sesuai dengan situasi kewangan semasa kelab.
Pada awal jendela perpindahan lepas ramai meramalkan Lukaku akan menuju ke Chelsea tetapi Lukaku berpendapat sebaliknya dan situasi terkini mungkin Martinez yang akan keluar.
Selepas Lukaku mengistiharkan ingin kekal di San Siro, Inter mendapat kesulitan untuk meraih wang dari Lukaku (jual). Para penyokong pasti akan marah jika Inter menjual Lukaku.
Bagi penyokong Chelsea, mereka berpecah pendapat mengenai prospek Lukaku kembali ke kelab mereka. Lukaku lebih tua 7 tahun dari Haaland tetapi dia sedang berada di puncak prestasi.
Lukaku menampilkan persembahan cemerlang di EURO 2020 dimana namanya berada dalam team of the tournament. Ia menunjukkan Lukaku telah memenuhi potensinya.
Bagi Haaland pula, tidak ada keraguan dia boleh menyesuaikan diri di EPL dengan cepat. Haaland memiliki catatan 113 gol dalam 252 penampilan di pentas besar eropah.
Bagaimanapun Lukaku lebih tahu bagaimana persekitaran di Chelsea.
Prestasi Werner
Ketika bertemu Arsenal pada Ahad lepas penyokong Chelsea diberi isyarat mengapa pemain seperti Lukaku diperlukan oleh kelab itu.
Pada separuh masa pertama Tuchel menggunakan Timo Werner sebagai penyerang utama dan Havertz berada dibelakangnya.
Kombinasi 2 pemain ini menghasilkan 1 gol tetapi Werner masih tidak menyakinkan apabila gagal menyempurnakan peluang.
Bukan kali pertama -sejak mengambil alih Chelsea Tuchel ditanya tentang Werner adakah prestasi pemain itu akan berterusan. Tuchel hanya berkata ‘saya harap tidak’.
“Werner mencipta bantuan gol. Kami bercakap dan menganalisis (prestasi Werner) musim lalu. Tidak ada apa yang berubah setakat ini.” -Tuchel
“Prestasinya di EURO sangat biasa tetapi ia merupakan masalah keseluruhan pemain Jerman, bukan masalah peribadinya.”
“Selepas itu dia mempunyai beberapa hari cuti dan seperti biasa (selepas kembali) dia menunjukkan kualiti dan kemampuan yang dimilikinya.”
“Dia boleh menjaringkan gol dan dia boleh mencipta peluang. Kami baru sahaja memulakan (sesi latihan pra musim), jadi sekarang bukan masa untuk risau.”
Tuchel masih mempunyai pemain lain untuk berada di barisan hadapan. Havertz telah membuktikan kualitinya ketika membantu Chelsea menjuarai Liga Juara Eropah melalui jaringan tunggalnya dalam perlawanan akhir.
Namun tidak ada jaminan dia boleh menjaringkan lebih 20 gol semusim untuk mencabar Man City merebut kejuaraan EPL.
Selepas cuti hujung musim, kisah Abraham dan Michy Batshuayi masih sama. Chelsea ingin menjual atau meminjamkan mereka keluar.
Jadi jangan terkejut jika Chelsea melakukan tawaran ke-3 kepada Inter bagi mendapatkan Lukaku tidak kira apa pun situasi disana.
Sumber: The Athletic