Insiden Video Rasis: KONAMI Batal Kontrak Griezmann Sebagai Duta, Rakuten Mohon Penjelasan Dari Barcelona

Pada beberapa hari lepas telah tular sebuah video lama (2019) yang memaparkan kelakuan pemain Barcelona, Ousmane Dembele bermain sentimen rasis.

Dalam video yang dirakam sendiri olehnya, dia dilihat mempersendakan wajah orang Jepun. Kejadian itu berlaku di Jepun ketika pasukannya bermain dalam Piala Rakuten.

Dembele merakam video staf di lapangan terbang yang sedang bekerja dan berkata ‘Ini semua wajah-wajah hodoh, hanya untuk kita main PES (Pro Evolution Soccer), adakah mereka tidak malu?’

Dembele dilihat cuba mengajak Antoine Griezmann untuk menyertainya dalam sesi mengutuk namun kelihatan Griezmann memberi reaksi serba salah dan tersepit antara nak pilih kawan atau tidak mahu terlibat.

Permohonan maaf dari Dembele dan Griezmann

Perkara itu mula menarik tumpuan media dan netizen mula marah. Kedua-dua pemain merupakan pemain Barcelona dan Perancis.

Media mula bertanya dan mahukan jawapan dari Barcelona. Keadaan tidak menyebelahi Dembele dan Griezmann kerana peminat masih panas dengan prestasi Perancis di EURO.

Dembele tampil membuat permohonan maaf melalui media sosial.

“Hello, sejak beberapa hari ini sebuah video peribadi saya pada tahun 2019 telah tersebar di media sosial. Kejadian itu berlaku di Japan. Ia mungkin akan berlaku di mana saja di dunia ini dan saya akan tetap gunakan ekspresi (berkata) yang sama.”

“Oleh yang demikian, saya mahu tegaskan yang saya tidak menyasarkan pada mana-mana komuniti. Saya hanya melakukan ekspresi seperti itu ketika bersama sahabat saya tanpa mengira asal usul mereka.”

Kurang 24 jam selepas Dembele memuatnaik permohonan maaf giliran Griezmann melakukan perkara yang sama.

“Saya sentiasa menentang segala jenis diskriminasi.”

“Untuk tempoh beberapa hari kebelakangan ini, ada individu yang cuba memperlihatkan imej saya tidak seperti siapa saya yang sebenarnya.”

“Saya dengan tegas menentang segala tuduhan ke atas saya dan saya mintak maaf jika saya menyinggung hati dan perasaan kawan-kawan saya dari Japan.”

KONAMI batal kontrak Griezmann sebagai duta syarikat

Permohonan maaf tersebut tidak diterima oleh KONAMI, sebuah syarikat permainan dari Jepun yang melantik Griezmann sebagai duta. Griezmann baru sahaja dilantik dan mendapat kontrak dari KONAMI pada 10 Jun lepas.

KONAMI juga mendesak Barcelona menjawab tentang insiden tersebut secara terperinci. Video yang tular itu tidak hanya menyentuh tentang perkauman tetapi juga produk KONAMI iaitu PES.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu, KONAMI mengatakan Konami Digital Entertainment percaya -seperti falsafah dalam sukan, sebarang bentuk diskriminasi tidak dapat diterima.”

“Sebelum ini kami telah melantik Griezmann sebagai duta Yu-Gi-Oh kami namun memandangkan pertitiwa yang berlaku baru-baru ini kami memutuskan untuk membatalkan kontak tersebut.”

“Berkenaan dengan PES kami, kami akan meminta Barcelona sebagai rakan kerjasama menjelaskan secara terperinci kes ini dan (apa) tindakan selanjutnya pada masa depan.”

Rakuten penaja utama Barcelona

Akibat dari tindakan kebudakan dari Dembele, Barcelona mungkin menerima akibat buruk. Selain PES yang merupakan rakan kerjasama, penaja jersi Barcelona juga ditaja oleh syarikat Jepun iaitu Rakuten.

Ketua eksekutif Rakuten, Hiroshi Mikitani secara terbuka mengkritik Dembele dan Griezmann. Malah mereka telah menghubungi Barcelona dan mahu tahu apa komen dari kelab itu.

Pada November 2020 Rakuten telah bersetuju menyambung kontrak sehingga musim 2021/22. Rakuten telah menaja Barcelona sejak musim 2016/17 yang bernilai €55 juta setahun.

Barcelona pada masa ini mempunyai hutang sebanyak €1.3 billion mungkin akan terkesan jika Rakuten menarik balik penajaannya.

Dalam perkembangan lain Barcelona mempunyai perancangan untuk menjual Dembele dan Philippe Coutinho bagai menyelesaikan masalah kewangannya namun nilai Dembele sedikit rendah dari harga pasaran kerana dia mempunyai rekod kecederaan yang panjang.

Sementara itu Griezmann merupakan penerima gaji tertinggi Barcelona dan dia menegaskan mahu kekal bersama Barcelona sehingga kontraknya tamat pada 2014.

Rumusan

Kerana abang rakam lupa padam diri sendiri dan kelab boleh binasa.

BACA:  Legend Match: Liverpool 1-2 Barcelona