Seluruh Kem Barcelona Terkejut Dengan Lawak Aneh Dari Ousmane Dembele

Seluruh kem Barcelona terkejut beruk ketika mendengar gurauan aneh dari Ousmane Dembele selepas beliau menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Dembele bergurau meminta Barcelona memberinya lilitan kapten selepas beliau sah mengikat kontrak baru bersama kelab dan gurauan beliau itu pada awalnya membuatkan semua pihak terkejut.

Ousmane Dembele mengakhir spekulasi berkait masa depan beliau dengan menandatangani kontrak baru bersama Barcelona dengan beliau akan kekal di Nou Camp sehingga 2024 nanti.

Gergasi Catalan itu baru sahaja mengumumkan tentang keputusan pihak kelab melanjutkan kontrak Dembele, namun hal itu tidak diterima dengan baik oleh para peminat.

Ramai yang menganggap pihak kelab telah melakukan kesilapan kerana memberikan kontrak baru kepada pemain yang sentiasa menghabiskan kariernya di bilik rawatan itu.

Laporan terbaru mendakwa yang Dembele ada membuat satu permintaan aneh kepada Barca selepas beliau membuktikan yang dirinya sangat komited bersama kelab.

Media Sepanyol, Mundo Deportivo mendakwa yang bintang berusia 25 tahun itu berjaya membuatkan seluruh kem Barcelona terkejut beruk dengan gurauan aneh beliau.

Beliau bergurau meminta Barcelona memberikan lilitan kapten kepadanya dan ketika beliau mengumumkan hal tersebut, seluruh kem Barca terkejut beruk mendengar hal tersebut.

Ucapan beliau pada awalnya berjalan dengan sangat sempurna dan sebaik beliau mengumumkan hal tersebut, suasana mula berubah dan menjadi suram.

Namun ketika beliau mendedahkan yang beliau hanya bergurau, seluruh kem Barcelona ketawa besar kerana terhibur dengan gurauan tersebut.

Laporan sama turut mendakwa yang Dembele sememangnya gemar bergurau dan kerana itu beliau dianggap antara pemain yang paling disenangi oleh rakan sepasukannya.

Pemain sayap itu pada ketika ini sedang memasukki musim keenam beliau bersama kelab selepas melengkapkan perpindahan meganya dari Borussia Dortmund pada tahun 2017 yang lalu.

Beliau jelas sekali gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan oleh kelab, dengan masalah kecederaan merupakan penghalang utama untuk beliau berjaya di Nou Camp.

Sepanjang muwim lalu, beliau hanya mampu menjaringkan 2 gol sahaja dari 32 penampilan dalam semua pertandingan bersama Barcelona.

Xavi Hernandez antara individu yang sangat menggemari Dembele dan menganggap bintang Perancis itu sebagai pemain terpenting dalam skuadnya.

Dan kerana itulah Xavi mendesak pihak kelab supaya menawarkan kontrak baru kepada pemain kebangsaan Perancis itu.

Walau bagaimanapun, Dembele pada musim hadapan akan mendapat persaingan selepas Barcelona menandatangani Raphinha dari Leeds United.

Para penyokong walau bagaimanapun masih tidak boleh menerima keputusan kelab melanjutkan kontrak Dembele kerana mereka merasakan bintang Perancis itu sebagai pemain yang gagal.

Para penyokong mula marah dengan Dembele selepas beliau menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab pada musim lalu kerana beliau mahu meminta gaji baru yang tidak masuk akal.

Walaupun beliau sekadar menghabiskan masa di bilik rawatan dan langsung tidak menyumbang kepada kelab mengikut harga yang kelab bayar untuk dapatkannya, namun hal itu tak menghalang Dembele dari meminta sesuatu yang mengarut dari kelab.

Dek kerana itulah para peminat membenci beliau dan Dembele turut teruk kena cemuh dengan penyokong sendiri setiap kali beliau beraksi pada musim lalu.

Barcelona sendiri pada ketika ini sangat berharap agar Dembele akan mampu untuk memberikan yang terbaik dan tidak lagi diganggu dengan masalah kecederaan yang berpanjangan.

Tidak pasti sama ada beliau akan masih mendapat tempat atau tidak pada musim baharu nanti, kerana Barcelona pada ketika ini sudah berjaya mendapatkan pemain-pemain berkualiti tinggi di posisi serangan mereka.

Sumber: SPORTbibble

BACA:  Klopp Anggap Kepulangan Coutinho Ke Liverpool Tidak Akan Berlaku