Inter Tak Perlu Goyang Kerana Liverpool Sekarang Tak Sehebat Mereka Beberapa Bulan Lalu

Fabio Capello percaya yang Liverpool tak sama lagi macam mereka beberapa bulan dahulu dan mereka kini hanya bergantung harap kepada Alisson Becker.

Beliau menegaskan yang Liverpool kini terselamat hanya kerana Alisson Becker pamer aksi menakjubkan dalam setiap perlawanan sejak kebelakangan ini.

The Reds pada ketika ini berada di kedudukan kedua dalam saingan Premier League, dan mereka turut berjaya mencatatkan kemenangan dalam enam perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya mara ke perlawanan akhir Carabao Cup, turut cemerlang layak ke pusingan kelima saingan FA Cup dan masih berada di pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

Juara bertahan saingan Serie A, Inter Milan sudah bersedia untuk menyambut kedatangan gergasi Premier League itu dengan Capello fikir Inter tak perlu goyang dengan Liverpool.

“Skuad Liverpool sekarang tak sama macam mereka beberapa bulan lalu.”

Jelas bekas pengurus England, Capello kepada Sky Sports Italia menurut Liverpool Echo.

“Klopp kata ini merupakan skuad terhebat dia? Mungkin dia akan kata seperti itu, tapi apa yang kamu jangka dia akan kata?”

“Penjaga gol Liverpool berjaya menjadi pemain terbaik mereka dalam setiap perlawanan sejak kebelakangan ini.”

“Itu memberi bayangan yang hebat tentang bagaimana mereka bertahan.”

Pada Januari lalu, Liverpool telah kehilangan Sadio Mane, Mohamed Salah dan Naby Keita yang beraksi bersama skuad kebangsaan masing-masing dalam saingan AFCON.

Walau bagaimanapun, aksi hebat Diogo Jota, Fabinho dan barisan pemain lain sepertinya berjaya membantu Liverpool untuk konsisten dan mencatatkan kemenangan demi kemenangan.

Liverpool juga turut berjaya menandatangani Luis Diaz dari Porto pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini dan hal itu jelas menaikkan lagi semangat skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Tidak dinafikan sememangnya skuad yang Liverpool ada pada ketika ini sememangnya antara skuad terbaiknya sejak lima tahun beliau berada di Anfield.

Walau bagaimanapun, Paolo Di Canio merupakan seorang lagi individu yang langsung tak teruja dengan skuad Liverpool pada ketika ini.

Beliau turut menghentam Liverpool terutama Alisson Becker dan menganggap penjaga gol Brazil itu kerap melakukan kesilapan selepas beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan.

“Alisson beraksi cemerlang di gawang, tapi setiap empat ke lima perlawanan, dia ada melakukan kesilapan-kesilapan mudah.”

Jelas Paolo Di Canio.

“Liverpool ada titik terlemah, setiap pasukan juga ada.”

Inter sama seperti Liverpool dengan mereka pada ketika ini turut berada di kedudukan kedua dalam saingan Serie A pada ketika ini.

Pada hujung minggu baru-baru ini, Inter Milan sekadar mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 sahaja bertemu Napoli.

Inter Milan turut mempunyai kelebihan baki satu perlawanan yang masih belum dimainkan berbanding seteru utama mereka AC Milan.

Liverpool kini berada 9 mata dibelakang pendahulu saingan liga, Manchester City, dengan mereka turut mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu pada ketika ini sedang dalam usaha memburu empat kejuaraan, Champions League, Premier League, Carabao Cup dan FA Cup.

Sudah tentu dari kesemua empat pertandingan tersebut, beliau akan menyasarkan setidak-tidaknya dua darinya akan berjaya dimenangi oleh anak-anak buahnya.

Pertembungan antara kedua-dua pasukan ini sudah tentu akan sangat menarik untuk disaksikan dan sukar untuk ramal siapa bakal mampu catat kemenangan.

Tidak pasti siapa yang akan muncul sebagai pemenang, namun satu hal yang pasti perlawanan ini akan menyajikan aksi menarik untuk para peminat.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pandangan Pakar: Manchester United Sebenarnya Sengaja Kalah Kepada Liverpool