Isu Penangguhan Liga Mengganggu Perpindahan Dan Kontrak Pemain

Isu penggantungan dan pembatalan Liga bola sepak jelas bakal memberi masalah dan kesan buruk melibatkan urusan perpindahan pemain dan kontrak.

Premier League, FA, EFL dan WSL sebulat suara telah bersetuju untuk menggantung kesemua perlawanan bola sepak profesional di England.

Penangguhan ini dibuat sehingga 4 April dan bergantung kepada nasihat kesihatan dan keadaan pada waktu itu.

Chief Executive Premier League, Richard Masters berkata:

“Pertama sekali, kami berharap Mikel Arteta dan Callum Hudson-Odoi dan mereka yang dijangkiti Covid-19 ini cepat sembuh.”

“Dalam situasi yang tidak pernah terjadi sebelum ini, kami berkerjasama rapat dengan kelab, kerajaan, FA dan EFL bagi menjaga kesihatan dan kebajikan pemain, staf dan penyokong yang merupakan keutamaan kami.”

“Dalam cabaran yang dihadapi kini, Premier League mensasarkan untuk menjadualkan semula perlawanan yang ditangguh termasuklah perlawanan pasukan akademi apabila situasi kembali selamat.”

Penangguhan ini termasuk semua perlawanan dalam keempat-empat liga profesional, serta semua perlawanan akademi dan pasukan remaja.

Keputusan yang sama telah dibuat oleh pengurusan dari Serie A, La Liga dan Bundesliga dengan menangguhkan liga masing-masing akibat wabak Covid-19 ini.

Sekiranya Liga akan bersambung semula pada musim panas nanti ia akan menjejaskan banyak perkara. Beberapa agensi telah melaporkan kepada football.london bahawa keadaan kontrak pemain bakal menjadi masalah paling besar dan paling teruk terjejas.

Sekiranya kempen yang ditangguhkan ini masih diteruskan pada Julai nanti, Mana-mana pemain yang sudah tamat kontraknya pada 30 Jun tidak akan dapat bermain kecuali ada perjanjian baru yang dibuat.

Contohnya seperti Willian, David Silva, Jan Vertonghen, Olivier Giroud dan Adam Lallana antara beberapa pemain berprofil tinggi di Liga Perdana yang kontrak mereka bakal tamat pada 30 Jun.

“Dari perspektif kontraktual yang telus, Selain dari pemain berstatus pinjaman, jika kontrak pemain tamat pada 30 Jun, saya tidak dapat melihat apa-apa yang boleh dikuat kuasakan untuk mengubahnya lebih dari itu.”

Ujar wakil daripada Football.london ketika diminta untuk mengulas mengenai perkara ini.

Perjanjian pra-kontrak dan perpindahan yang telah dipersetujui akan berlaku seperti biasa pada 1 Julai.

Jadi kita boleh lihat senario seperti Hakim Ziyech bakal menyertai Chelsea ke Liga Perdana seperti perjanjian mereka berkuat kuasa musim panas nanti.

Adakah Chelsea akan membenarkan Ziyech untuk terus beraksi di Ajax menghabiskan baki perlawanan sebelum menyertai mereka?

Sama seperti penyerang pinjaman Manchester United, Odion Ighalo yang sepatutnya dipinjamkan ke United hingga habis musim ini sahaja.

Jadi perlukah beliau menandatangani perjanjian baru untuk beraksi hingga tamat penangguhan?

Keadaan ini bakal dikaji semula bulan depan tetapi dua pasukan dari Liga Perdana, West Ham dan Tottenham telah meminta agar Liga dibatalkan dan dianggap tidak sah.

Maksudnya hentikan liga tanpa pemenang dan menganggap tiada aksi liga musim ini lalu sambung sahaja Liga baru musim hadapan.

BACA:  Highlight Kesemua Perlawanan Minggu Pertama EPL 2021-22