Pemain penyerang Brentford, Ivan Toney telah dikenakan 30 pertuduhan tambahan lagi oleh (Football Association) FA atas dakwaan perlanggaran peraturan pertaruhan atau berjudi.
Pertuduhan tambahan ini ke atas Ivan Toney telah menjadikan pemain itu telah melakukan kesalahan pertaruhan sebanyak 252 kali berbanding tuduhan asal 232 kali pada November lalu.
Pertuduhan terbaru ini telah diupdate oleh FA melalu platform rasmi mereka dan memberikan Ivan Toney tempoh sehingaa tahun hadapan untuk memberikan maklum balas:
“Kemas kini Peraturan dan Tatatertib:
–
“Ivan Toney telah didakwa atas salah laku berhubung dakwaan pelanggaran Peraturan Pertaruhan FA.
–
“Selain pertuduhan terdahulu, penyerang Brentford FC itu didakwa melanggar Peraturan FA E8 sebanyak 30 kali lagi antara 14 Mac 2017 dan 18 Februari 2019.”
–
“Ivan Toney mempunyai masa sehingga Rabu 4 Januari 2023 untuk memberikan respons.”
— FA Spokesperson (@FAspokesperson) December 20, 2022
Brentford FC yang semakin pening dengan situasi ini juga telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai isu ini:
“FA telah memaklumkan kepada Brentford FC bahawa Ivan Toney telah didakwa berhubung dakwaan tambahan pelanggaran peraturan pertaruhan mereka.
Perbincangan peribadi kami dengan Ivan dan wakil undang-undangnya mengenai perkara ini diteruskan.”
–
“Ivan mempunyai masa sehingga Rabu 4 Januari 2023 untuk memberikan respons.”
–
“Kami tidak akan membuat ulasan lanjut pada peringkat ini.”
Club Statement: Ivan Toney
— Brentford FC (@BrentfordFC) December 20, 2022
Menurut laporan, Ivan Toney telah disiasat FA sejak 7 bulan yang lalu bagi pertuduhan perlanggaran peraturan pertaruhan kerana melakukan aktiviti perjudian bola sepak sebelum bermain bersama Brentford.
Ia menambah tiada dakwaan bahawa dia telah bertaruh pada pasukannya sendiri untuk kalah dalam perlawanan.
Ivan Toney Mengejutkan Semua
November lalu, Ivan Toney mengejutkan dunia bola sepak selepas kontroversi Ronaldo apabila telah didakwa oleh FA dengan 232 dakwaan pelanggaran peraturan pertaruhan.
Bukan satu tuan-tuan sekalian tetapi 232.
Minggu lalu, Ivan Toney mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan dia membantu badan induk itu dalam siasatan selepas dilaporkan bahawa dia telah berjudi dalam permainan bola sepak.
“Saya sedar akan cerita mengenai saya di akhbar kebangsaan hari ini. Saya telah membantu Persatuan Bola Sepak dengan siasatan mereka dan tidak akan membuat sebarang komen sehingga siasatan itu mencapai kesimpulannya.”
–
“Saya seorang Inggeris yang bangga dan sentiasa menjadi impian zaman kanak-kanak saya untuk bermain untuk negara saya di Pusingan Akhir Piala Dunia .”
— Ivan Toney (@ivantoney24) November 5, 2022
Dalam satu kenyataan, FA berkata Ivan Toney telah didakwa melakukan salah laku kerana didakwa melanggar peraturan FA E8 sebanyak 232 kali secara berasingan.
“Ivan Toney telah didakwa atas salah laku berhubung dakwaan pelanggaran Peraturan Pertaruhan FA.”
–
“Penyerang Brentford FC itu didakwa telah melanggar Peraturan FA E8 sebanyak 232 kali antara 25 Februari 2017 dan 23 Januari 2021. Ivan Toney mempunyai masa sehingga Khamis 24 November 2022 untuk memberikan maklum balas.”
— FA Spokesperson (@FAspokesperson) November 16, 2022
Pelanggaran yang didakwa berlaku dalam tempoh empat tahun antara 25 Februari 2017 sehingga 23 Januari 2021, iaitu sebelum Ivan Toney bermain dalam Liga Perdana bersama Brentford.
Butiran pertaruhan yang didakwa belum didedahkan tetapi peraturan FA melarang pemain dalam Liga Perdana, Liga Bola Sepak Inggeris, Liga Kebangsaan dan Liga Super Wanita FA dan Kejohanan Wanita FA daripada bertaruh pada mana-mana perlawanan bola sepak.
The FA have charged Ivan Toney with 232 separate breaches of their betting rules. pic.twitter.com/JgnGz7gcvr
— ESPN UK (@ESPNUK) November 16, 2022
Brentford mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu, menulis:
“Brentford FC telah dimaklumkan bahawa Ivan Toney telah didakwa kerana melanggar Peraturan FA E8.”
–
“Kelab telah berbincang dengan Ivan Toney dan wakil undang-undangnya. Perbualan itu akan diteruskan secara tertutup.”
–
“Kami tidak akan membuat sebarang komen lanjut sehingga perkara itu selesai.”
Club Statement: Ivan Toney
— Brentford FC (@BrentfordFC) November 16, 2022
Ivan Toney pada awalnya kelihatan berada dalam perancangan untuk bersama skuad Piala Dunia England tetapi ditinggalkan oleh Gareth Southgate, yang memilih Harry Kane, Callum Wilson dan Marcus Rashford.
Dakwaan dari FA ini telah menjelaskan mengapa Toney diketepikan untuk kejohanan di Qatar itu yang menjadi dambaan setiap pemain bola sepak.
Ivan Toney, yang menolak lamaran untuk mewakili Jamaica, dipanggil oleh England buat kali pertama pada September tetapi tidak turun ke padang dalam perlawanan menentang Itali dan Jerman.