Jack Grealish telah memadam tweet lama beliau yang memuji Real Madrid selepas aksi kekalahan Man City di tangan skuad Los Blancos itu awal pagi tadi.
Selepas mendahului Real Madrid 4-3 ketika aksi leg pertama di Etihad, Manchester City dilihat bakal mengesahkan tempat ke aksi perlawanan akhir bertemu Liverpool.
Dan ketika Riyad Mahrez meledak gol pertama The Citizens di Santiago Bernabeu, ramai peminat Man City yang percaya mereka sudah sah akan beraksi di pentas perlawanan akhir.
Jack Grealish has deleted his Hala Madrid tweet but Stillllllllllllll, we have receipts 😹😹😹😹#AporLa14 pic.twitter.com/hNV3amhLPs
— Raphael A. Adjoke 🇬🇭 (@Silent_Wolf10) May 4, 2022
Tiada siapa sangka kelebihan dua gol secara aggregate yang City miliki berjaya dileburkan oleh Real Madrid dalam tempoh satu minit sahaja.
Rodrygo meledak dua gol pada minit ke-90 dan 91 permainan untuk membantu Real Madrid mengikat Man City 5-5 secara aggregate seterusnya membawa perlawanan ke aksi tambahan masa.
Karim Benzema kemudiannya berjaya meledak gol kemenangan Real Madrid pada masa tambahan permainan menerusi sepakan penalti.
Kemenangan itu membawa Real Madrid ke pentas perlawanan akhir dan menyingkirkan Manchester City di peringkat separuh akhir.
Penandatanganan termahal Manchester City, Jack Grealish telah dibawa masuk pada aksi babak kedua dengan beliau turut memiliki dua kesempatan emas untuk meledak gol ketika Real Madrid masih ketinggalan 1-0.
Ok but Jack Grealish cancelling his Hala Madrid tweet and forgetting that nothing ever dies on the Internet is so funny to me 😭😭😭 pic.twitter.com/V5fO5eWnVd
— Desy 💙🇮🇹 (@dwdeservesalife) May 4, 2022
Salah satu percubaan beliau berjaya diselamatkan oleh Ferland Mendy sebelum Thibaut Courtois kemudiannya mempamerkan aksi penyelamatan berkelas dunia menyelamatkan percubaan dari bekas bintang Aston Villa itu.
Selepas tamat perlawanan tersebut, ada satu tweet lama Grealish yang pernah dimuat naik lapan tahun lalu, telah tular di media sosial.
Ramai peminat yang memberi tanda suka pada status yang telah dimuat naik pada 23 April 2014 itu yang mana Grealish ketika itu memberikan sokongan padu kepada Real Madrid yang turun beraksi bertemu Bayern Munich di peringkat separuh akhir saingan Champions League.
Beliau ketika itu menulis:
“Hala Madrid!!!”
Tulis Grealish sebagai tanda sokongan kepada The Los Blancos yang ketika itu turun beraksi bertemu Bayern Munich.
Muat naik itu kemudiannya segera dipadam oleh Jack Grealish selepas tamat aksi kekalahan 3-1 mereka awal pagi tadi.
Grealish jelas sekali berdepan kesukaran untuk memberi impak setanding dengan nilai £100 juta yang Man City bayar untuk mendapatkan khidmatnya.
🗣️ 100m Flop Grealish had predicted 4 yrs ago with a Tweet "Hala Madrid" 🙄 he knew this day would finally come and he missed two chances to see it happen 🤗
Hala Madrid 🇪🇦🇪🇦🇪🇦Ajax| 2UCL| Sir Alex| Ferguson| Aguero| Jack Grealish|Benzema#ChampionsLeague pic.twitter.com/b6dolMPDui
— Felix_Andrea 😎 (@FlexxKE) May 5, 2022
Beliau bahkan turut menerima kritikan pedas dari bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger atas kekalahan bertemu Real Madrid.
“Ketika kamu lihat pada 1-1, ketika Grealish berdepan Dani Carvajal, dia mudah dilepasi, terlalu mudah. Dia sepatutnya berhabis-habisan menghalang hantaran silang dari dilakukan.”
Jelas Wenger kepada beIN SPORTS.
Jack Grealish has deleted his Hala Madrid tweet but Stillllllllllllll, we have receipts 😹😹😹😹#AporLa14 pic.twitter.com/hNV3amhLPs
— Raphael A. Adjoke 🇬🇭 (@Silent_Wolf10) May 4, 2022
“Kamu tak akan mahu bola itu berada di dalam kotak, segalanya boleh berlaku ketika semua orang naik ke atas.”
Melihat kegagalan Manchester City untuk layak ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League, ada peminat bahkan turut menggesa pihak kelab supaya memecat Pep Guardiola.
Peminat Man City minta Pep Guardiola dipecat
Salah seorang penyokong Manchester City tampil menggesa pihak kelab supaya memecat Pep Guardiola selepas kegagalan mereka di pentas saingan Champions League musim ini.
Guardiola gagal membantu Man City untuk memenangi gelaran Champions League sejak dari awal beliau dilantik pada tahun 2016 yang lalu.
Skuadnya gagal untuk memenangi gelaran terbesar Eropah itu dan pencapaian terbaik mereka adalah layak ke pentas perlawanan akhir pada musim lalu.
🚨 "The board need to re-evaluate. We need a manager that wins at this level."
"We’ve done everything at the domestic level, but we can’t do it in the Champions League… we need a manager who can perform."
There are calls for Pep Guardiola to be SACKED! 😳 pic.twitter.com/pM94rYQJ3C
— SPORTbible (@sportbible) May 5, 2022
Musim ini mereka sebenarnya selangkah sahaja lagi untuk sekali lagi layak ke perlawanan akhir, namun malang sekali mereka terpaksa akur tersingkir di peringkat separuh akhir.
Walaupun sudah mendahului 5-3 secara aggregate dengan perlawanan sudah masuk ke minit yang ke-89, Man City tetap gagal untuk mengukuhkan kedudukan mereka layak ke perlawanan akhir.
Rodrygo berjaya menjaringkan dua gol di minit akhir permainan sebelum Karim Benzema cemerlang menyempurnakan sepakan penalti untuk Real Madrid mencatat kemenangan 3-1 menewaskan The Citizens.
Bagi Man City yang sekali lagi gagal di pentas Eropah, jelas sekali para penyokong mereka akan sangat kecewa dengan hal tersebut.
Salah seorang penyokong mereka tampil menegaskan supaya pimpinan kelab melakukan sesuatu dalam usaha mereka untuk menjuarai saingan Champions League.
Penyokong yang dikenali sebagai Sam itu telah menghubungi talkSPORT dan meminta agar pihak kelab memecat Pep Guardiola.
1.3 billion spent on transfers in 6 years, bottled CL 5 times. Pep guardiola, comfortably the most overrated coach of all time. pic.twitter.com/rK8bSNLwlC
— Beef (@Alayonimiii) May 4, 2022
“Pimpinan kelab perlu lakukan sesuatu. Kita perlukan pengurus yang boleh bantu kita menang di tahap ini.”
Jelas Sam kepada talkSPORT.
“Kita sudah lakukan segalanya di pentas domestik, tapi kita tak boleh lakukan hal sama di pentas Champions League.”
“Kita perlukan pengurus yang boleh perform.”
“The board need to re-evaluate. We need a manager that wins at this level.”
“We’ve done everything at domestic level, but we can’t do it in the #UCL.”
“We need a manager who can perform.”
Sam the #MCFC says the club may need to change manager to seal Champions League success… pic.twitter.com/zUpuqKydI5
— talkSPORT (@talkSPORT) May 4, 2022
Manchester City pada musim ini boleh berbangga dengan gelaran Premier League yang hampir mereka menangi, namun Guardiola tetap mengaku yang beliau kecewa dengan kegagalan mereka di pentas Champions League.
Bukan hanya peminat Man City, bahkan seluruh dunia turut terkejut melihat apa yang berlaku dengan Lionel Messi sendiri turut terkejut dengan situasi yang berlaku di Santiago Bernabeu itu.
Legenda Argentina itu telah menghantar mesej kepada Sergio Aguero untuk meluahkan rasa tidak percaya beliau melihat apa yang terjadi.
Aguero dedah Messi kirim mesej kepadanya
Sergio Aguero telah mendedahkan yang beliau ada menerima mesej dari legenda Barcelona, Lionel Messi tidak lama selepas Real Madrid memperoleh gol ketiga mereka bertemu Manchester City.
Walaupun mempunyai kekurangan dari segi aggregate selepas mencatatkan kekalahan 4-3 di Etihad, Real Madrid berjaya melakukan come back dan layak ke perlawanan akhir.
Mereka bahkan turut ketinggalan ketika aksi leg kedua dengan aggregate 5-3 sebelum Madrid comeback mencatatkan kemenangan 6-5 untuk menyingkirkan skuad kendalian Pep Guardiola itu.
Manchester City legend Sergio Aguero has suggested Paris Saint-Germain forward Lionel Messi was in awe of Real Madrid's UEFA Champions League comeback against his former side on May 4. https://t.co/5NI9TSSi5d
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) May 5, 2022
Rodrygo meledak dua gol pada minit ke-90 dan 91 permainan untuk mengikat kedudukan menerusi aggregate 5-5 seterusnya membawa perlawanan ke aksi tambahan masa.
Karim Benzema kemudiannya tenang menyempurnakan sepakan penalti pada aksi tambahan masa seterusnya mengesahkan penyingkiran skuad kendalian Pep Guardiola itu dari kejohanan pada tahun ini.
Ia merupakan satu lagi kisah duka Pep Guardiola dalam saingan Champions League selepas mereka gagal untuk menjulang Piala tersebut walau sudah mara ke perlawanan akhir musim lalu.
Sama seperti peminat yang menonton di rumah, Aguero dan Messi sendiri turut tidak percaya melihat apa yang berlaku di atas padang pada hari ini.
Dalam tempoh satu minit sahaja semuanya berubah dan jelas sekali tiada siapa pun yang tidak terkejut melihat hal tersebut berlaku.
Aguero:
Messi sent me after Real Madrid's third goal.
" Stop your stupid banter, that can't be true! pic.twitter.com/XgPmt69ML3
— Faśt GøaIs | 🏟 (@i6astv) May 4, 2022
Ikon Manchester City itu kini telah berkongsi mesej yang beliau terima dari sahabat karib dan juga rakan senegaranya, Lionel Messi dan ia sangat menarik untuk dibaca.
Ketika sedang bersiaran langsung bersama legenda Argentina, Carlos Tevez, Aguero menyatakan:
“Leo (Messi) hantar mesej kepada saya selepas gol ketiga Real Madrid: ‘Ia satu gurauan, ia mustahil untuk berlaku.”
Messi jelas sekali sudah berpisah dengan kelab kesayangannya, Barcelona namun kebencian yang beliau ada pada Real Madrid sepertinya langsung tidak pudar.
Beliau jelas sekali langsung tidak gembira melihat Real Madrid mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut, apa lagi layak ke perlawanan akhir saingan Champions League.
Bagi Aguero pula, melihat dari riak wajah beliau ketika bersiaran langsung itu saja sudah cukup untuk mengetahui apa yang beliau rasakan melihat bekas kelabnya tersingkir.
Lebih sakit lagi Manchester City sebenarnya sudah terlalu hampir untuk layak ke perlawanan akhir namun disingkirkan di minit-minit akhir permainan.
🎙 Sergio Agüero: "Leo [Messi] sent me a message after Real Madrid's third goal: 'It's a joke, it's not possible’.” #UCL pic.twitter.com/R2tUcnDVfA
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) May 4, 2022
Untuk peminat neutral, aksi kedua-dua leg separuh akhir yang menemukan Real Madrid dan Manchester City itu sebenarnya sangat menarik untuk disaksikan.
Walau bagaimanapun, nasib Man City yang benar-benar terdesak mahu memenangi gelaran Champions League itulah yang paling sedih untuk difikirkan.
Mereka sudah sangat hampir, poster perlawanan akhir pun sudah disiapkan ketika perlawanan masuk ke minit yang ke-85 permainan, mana nak letak muka?
Pep Guardiola baru sahaja melalui satu lagi musim yang sangat mengecewakan dengan The Citizens dah habis hampir satu billion namun masih gagal untuk memenangi gelaran terbesar Eropah itu.
Walaupun mereka sudah hampir pasti untuk dinobatkan sebagai Juara saingan Premier League musim ini, namun Pep Guardiola sendiri jelas sekali sangat kecewa dengan penyingkiran mereka dari saingan Champions League musim ini.
“Saya pernah rasa kalah di pentas saingan Champions League, saya pernah berdepan kekalahan sukar di Barcelona ketika kami tak layak ke perlawanan akhir.”
Jelas Pep Guardiola.
“Tapi ia sangat sukar untuk kami, saya tak boleh nafikan itu. Kami sudah sangat hampir untuk ke perlawanan akhir saingan Champions League.”
Leo Messi telling Aguero "can't believe it". Aguero looks ruined 😂 bro you grew up a Liverpool fan pic.twitter.com/9EhchKxgrU
— Moby (@Mobyhaque1) May 4, 2022
“Kami tidak bermain dengan baik, pada babak pertama, kami tak jumpa rentak permainan kami. Aksi babak kedua lebih baik dan selepas gol itu, kami dapat kawal permainan.”
“Kami jumpa rentak kami tapi sayangnya kami tak dapat habiskan. Para pemain sudah berikan segalanya. Kami sudah sangat hampir.”
Sumber: SPORTbible