James Bengang Selepas Beliau Dikeluarkan Sebaik Wales Jaringkan Gol Penyamaan

Daniel James dilihat sangat bengang selepas beliau dikeluarkan sebaik Wales berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika bertemu Switzerland dalam aksi saingan Euro semalam.

Pemain sayap Manchester United itu merupakan antara pemain yang paling berfungsi ketika aksi bertemu Switzerland semalam, dan pengurus pasukan, Robert Page mengeluarkan beliau sebaik Kieffer Moore menjaringkan gol penyamaan.

Beliau yang dipanggil untuk keluar dan digantikan dengan David Brooks menunjukkan reaksi bengang dan tidak gembira.

James kelihatan sangat marah ketika beliau berjalan meninggalkan padang bahkan turut menunjukkan kemarahannya ketika kembali ke tempat duduk pemain simpanan.

Legenda Wales, Dean Saunders yang juga bertugas sebagai pengulas untuk talkSPORT, turut bengang dengan keputusan Robert Page mengeluarkan Dan James.

“Saya hanya akan memuji Rob Page kerana memilih untuk menurunkan Moore berbanding Harry Wilson, tapi apa yang cuba dia buat dengan mengeluarkan James? Saya harap dia tak cedera. Dia pemain terbaik dalam perlawanan ini bagi saya.”

Jelas Saunders.

“Dia langsung tak gembira ketika dia dikeluarkan, tapi dia terus saja pergi menuju ke terowong. Dia merupakan pemain yang sering menciptakan bahaya untuk Wales gugat gawang Switzerland, sepanjang perlawanan.”

“Dia mesti cedera, pasti. Selain dari tu, kenapa perlu dia dikeluarkan? Dan James telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh menakjubkan, dia sentiasa beri ancaman ke kubu lawan.”

Page selepas tamat perlawanan mengesahkan yang James tidak mengalami kecederaan, dan alasan mengapa beliau mengeluarkan pemain United itu adalah untuk perubahan taktikal.

“Ia merupakan satu hal yang terbaik untuk pasukan.”

Jelas Page kepada BBC.

“Kita akan ada tiga perlawanan secara berturut-turut, dan dia dilihat sudah tak larat. Ini semua tentang skuad.”

Ketika awal perlawanan berlangsung, Saunders telah memberikan pujian yang melambung ke atas pemain sayap setan merah itu.

“Dan James sepertinya mampu untuk berlari selama satu hari disini. Dia nampak seperti atlet Olympic.

Dan ketika selepas tamat perlawanan, beliau telah menyatakan:

“Dan James mencetuskan havoc dan dia akan terus lakukan itu walau berdepan dengan pertahanan terbaik dunia.”

Wales dan Switzerland sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan ini dan masing-masing sudah bersedia untuk hadapi perlawanan kedua peringkat kumpulan A pada 17 Jun nanti.

BACA:  Chiellini Dedah Beliau Gemar Melihat Gaya Permainan James