Kisah perjalanan karier lagenda pasukan Leicester City, Jamie Vardy yang bermula dari bawah sehingga menjadi antara penyerang yang digeruni, kekal menjadi salah satu kisah klasik untuk masa depan.
Ketajamannya di depan gol telah mencipta satu sejarah di mana Leicester muncul sebagai juara liga Inggeris pada tahun 2016. Malah Vardy juga cukup digemari peminat bola sepak sama ada penyokong Leicester atau tidak, dek gaya yang ditonjolkan ketika meraikan jaringan.
Bermula daripada mengepak kepa di Selhurst Park sehinggalah kepada bermain gitar selepas jaringan menentang Liverpool, dan ini menunjukkan Vardy tahu bagaimana caranya untuk menghiburkan penonton.
Jamie Vardy's having a party 🥳 pic.twitter.com/uOXQFtdf4a
— ESPN FC (@ESPNFC) May 15, 2021
Akan tetapi, ramai yang tidak tahu pada tahun 2013, Vardy pernah terfikir untuk bersara awal daripada bermain bola sepak dan berpindah dan bekerja di bandar yang cukup terkenal sebagai pusat hiburan malam, Ibiza, Sepanyol.
Pada waktu itu Vardy adalah seorang anak muda yang berusia pertengahan 20-an, suka berparti dan baru sahaja menyertai Leicester dari Fleetwood Town.
Suka berparti di sini bemaksud parti yang berpesta dengan iringan muzik yang kuat, sambil meminum minuman keras sampai ke pagi, bukan berparti politik 24 di Facebook dan WhatsApp macam korang tu.
Bermain di Liga Kejuaraan, Vardy menunjukkan belang awal di mana dia telah menjaringkan 3 gol dan 3 bantuan gol dalam 10 perlawanan pertama liga, tetapi prestasi ini tidak kekal lama.
Prestasinya merudum dengan begitumalalu dan dia hanya bermain sebanyak 27 minit dalam 16 perlawanan terakhir Leicester pada musim tersebut, lantas membuatkkanya berfikir untuk menukar karier.
Jamie Vardy: "I'm going to Ibiza on holiday and I'm never coming back" pic.twitter.com/aNlc6YCr0x
— Tom Worville (@Worville) April 9, 2016
“Pindah ke Ibiza adalah satu idea yang bagus masa tu. Rasa macam idea yang sangat bagus. Syukur pada Tuhan aku tak buat macam tu,” kata Vardy ketika ditermuramah Daily Mail.
“Ye lah, masa tu aku tak pernah berada dalam suasan tu – bermain di Liga Kejuaraan, berhempas pulas pula tu, prestasi dan gol duk kering lagu tu dan benda ni buat kau fikir banyak benda.
“Aku sempat sembang dengan Nigel Pearson ada satu masa tu dan aku minta supaya dia pinjamkan aku semula ke Fleetwood, sebab aku berjaya kat situ.
“Lepas tu dia pun cakap ‘Kau dengar ni, kau bagus dooo, cuma kena serius sikit, kau boleh bermain di peringkat lagi tinggi’.
“Masa tu aku boleh rasa yang dia percaya kat aku dan selepas tu, kami terus ngam. Kira benda ni adalah satu pengajaran la.
“Perubahan tu berlaku lambat sikit nak biasakan diri dan musim lepas tu kami berjaya naik liga.”
Hasilnya, Vardy berjaya menjulang Liga Perdana pada tahun 2016 dan juga Piala FA pada tahun 2021.
Pada musim ini Vardy agak kurang menyengat, dek dirantai dengan rapi oleh pertahanan lawan namun tugas menjaringkan gol telah diambil alih oleh Kelechi Iheanacho sekaligus meletakkan Leicester di jalan terbaik untuk layak ke UCL musim depan.
Bercakap kepada wartawan sebelum perlawanan akhir Piala FA, Vardy masih mahu membantu Leicester memenangi seberapa banyak piala pada tahun-tahun mendatang.
“Kalau aku tak main bola, mungkin aku masih lagi bekerja di kilang buat barang perubatan.
“Kalau kami menang Piala FA aku tak nak benda ni berhenti kat situ je. Aku nak datang balik musim depan dan cuba menang lagi,” katanya dengan penuh semangat.
Sumber : Givemesport