Nampaknya jersi keramat No.7 Manchester United bakal memiliki pemilik baharu, dan kelab seteru Premier League sepatutnya rasa gentar dengan perkhabaran terbaru ini.
Laporan dari Manchester mengesahkan United kini sedang mempertimbangkan secara serius untuk menyerahkan jersi No.7 kepada bintang muda dari Argentina, Alejandro Garnacho.
Pemain sayap itu baru berusia 18 tahun, dan melakukan debut bersama skuadsenior United pada April tahun lalu.
Sejak daripada itu, Garnacho tanpa sebarang keraguan telah menjadi permata baharu United era Erik ten Hag.
🚨 Manchester United are considering making Alejandro Garnacho the club's new no. 7️⃣
(Source: @ManUtdMen) pic.twitter.com/VwDS9WdukH
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 23, 2023
Pada masa ini pemain itu menggunakan jersi No.49. Musim lalu pemain itu menghasilkan tiga gol di Premier League dan menjadi pemain pilihan utama dimasukkan sebagai pemain gantian untuk perlawanan-perlawanan penting.
Namun demikian tidak dapat dipastikan Garnacho akan bersetuju untuk menggunakan nombor baharu yang pernah disarung oleh ramai legenda di Old Trafford.
Manchester Evening News dalam satu laporan berkata Garnacho yang baru-baru ini menyerahkan masa depannya kepada United apabila menandatangani kontrak baharu selama 5 tahun melihat tawaran itu sangat istimewa dan menganggap ia sebagai satu penghormatan.
18-year-old Alejandro Garnacho has now played alongside both Messi and Ronaldo 🐐
Living the dream 💭 pic.twitter.com/5IDHBgBk3V
— ESPN FC (@ESPNFC) June 15, 2023
Jika perkara itu berlaku ini bermakna Garnacho akan menjadi pemain remaja pertama diberikan jersi No.7 sejak Cristiano Ronaldo pada 2003.
Walaupun dikenali sebagai nombor keramat di Old Trafford kerana pernah digunakan oleh ramai legenda kelab, nombor tersebut turut dianggap badi kepada si pemakai.
Michael Owen, Angel Di Maria, Memphis Depa, Valencia dan Alexis Sanchez adalah antara yang bergelut dengan prestasi apabila menyarung jersi No.7 bersama United.
Jersi dengan nombor tersebut kemudiannya diberikan kembali kepada Ronaldo apabila bintang Portugal itu kembali ke Old Trafford sebelum ini, dan sekali lagi ia juga tidak berakhir dengan baik.
Pemain muda Argentina itu menyertai United daripada Atletico Madrid pada usia 16 tahun pada 2020 dan pantas menyerlah di dalam skuad remaja kelab itu.
Alejandro Garnacho made his debut for Argentina in their 2-0 win vs. Australia ✨ pic.twitter.com/lKsBTPCCoD
— B/R Football (@brfootball) June 15, 2023
Malah pada musim 2021/22, Garnacho dinamakan sebagai penerima Anugerah Pemain Muda Tahunan Jimmy Murphy – anugerah peringkat kelab yang mengiktiraf kemampuan pemain daripada akademi.
Di peringkat antarabangsa, Garnacho turut mendapat perhatian Lionel Scaloni dan melakukan debut untuk Argentina dalam perlawanan menentang Australia di China baru-baru ini apabila dimasukkan pada 15 minit terakhir perlawanan sebagai pemain gantian.