Jim Beglin secara tak sengaja telah terlepas menggelar stadium Manchester City sebagai ‘The Emptyhad’ ketika mengulas aksi The Citizens bertemu Chelsea malam semalam.
Menggelar Etihad sebagai Emptyhad bukanlah satu hal yang diterima dengan baik oleh para penyokong Manchester City, apa lagi ia disebut secara terang-terangan di TV negara.
Pendahulu saingan Premier League, Manchester City melayan kunjungan Chelsea ke bumi Etihad dalam aksi saingan Premier League malam semalam.
Jim Beglin just said emtyhad on live TV 😭😭😭😭 pic.twitter.com/pVhaMgKieH
— Peres_MUFC (@LindeGoat_) January 15, 2022
Just fax, Jim. Chill out pic.twitter.com/bVeDdttGgG
— Govinda (@GofleDon) January 15, 2022
Skuad kendalian Pep Guardiola itu berjaya mencatatkan kemenangan 1-0, seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka di puncak saingan liga.
Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan persembahan yang agak hambar dari para pemain kedua-dua pasukan.
Namun ada hal lain yang lebih mencuri perhatian peminat telah berlaku, namun ia bukanlah datang dari para pemain, pengurus, penyokong mahupun pengadil perlawanan.
Jim Beglin mencuri perhatian peminat kerana beliau terlepas menggelar stadium Manchester City dengan gelaran yang tak sepatutnya disebutkan ketika bersiaran langsung.
Their fans can't fill the screen 😂 pic.twitter.com/Sg0TpUi7CA
— أحمد مبارك (@Ahmad_time) January 15, 2022
“Kamu boleh dengar kegusaran di sekitar Emptyhad kerana…”
Jelas Jim Beglin sebelum beliau sedar yang beliau telah menyebut sesuatu yang tak sepatutnya beliau sebut.
Beglin kemudiannya membetulkan semula dengan menyebut Etihad, namun ia sudah tidak berguna lagi kerana peminat sudah mendengar secara jelas beliau menyebut Emptyhad.
Manchester City sememangnya dari dahulu lagi sering dihina oleh para penyokong pasukan seteru kerana stadium mereka kerap kosong.
Atmosphere dalam stadium juga agak hambar bahkan lebih hambar dari stadium mini yang ada di sekitar England.
Sir Jim Beglin 😂😂😂😂 pic.twitter.com/zDFGFrsWI5
— Shaun (@LfcShaunjudge) January 16, 2022
Ketika mereka beraksi dalam saingan Eropah, Etihad kebiasaannya akan lebih sendu berbanding ketika mereka beraksi dalam saingan Premier League.
Para penyokong Man City jelas tidak gembira dengan tindakan Jim Beglin itu, namun sebaliknya pula dengan para penyokong pasukan seteru, dengan mereka benar-benar terhibur dengan ayat ‘The Emptyhad’ itu.
Jim Beglin just called the Etihad 'the emptihad' live on the telly😂😂😂
Legend👍#MCICHE
— everton Basher (@EvertonRshite) January 15, 2022
Jim Beglin just said “EMPTYHAD” instead of Etihad live on TV 😂😂😂😂
— • (@The_Gerrard_Era) January 15, 2022
Jim Beglin actually used the word Emptyhad and then had to correct himself lmaoo
— Anand (@Xhakaal) January 15, 2022
Jim Beglin just said ‘You can hear the noise around the Emptihad… Corrected to The Etihad’ 😭😂
— George Benson (@MrGeorgeBenson) January 15, 2022
Jim Beglin actually used the word Emptyhad and then had to correct himself lmaoo
— Anand (@Xhakaal) January 15, 2022
“Saya rasa dia memang panggil Etihad sebagai Emptyhad sebab tu dia boleh terlepas cakap ketika sedang mengulas secara langsung.”
“Saya rasa detik Jim Beglin menggelar Etihad sebagai Emptyhad merupakan antara detik terhebat dalam perlawanan ini, selain dari gol cantik jaringan Kevin De Bruyne.”
“Saya rasa orang-orang sekitar dia tentu ketawa besar ketika dengar dia sebut Emptyhad, tapi mujur dia tak habiskan ayat dan sempat meminta maaf terlebih dahulu.”
“Boleh tercalon sebagai detik paling kelakar tahun 2022, saya benar-benar terhibur.”
“Saya rasa penyokong Man City pun akan ketawa dengar Jim Beglin tersilap sebut Emptyhad.”
Beaten in Manchester. #MciChe pic.twitter.com/bUkdOCtXfG
— Chelsea FC (@ChelseaFC) January 15, 2022
City turun beraksi tanpa kehadiran Ruben Dias di posisi pertahanan mereka, dengan pemain kebangsaan Portugal itu sekadar memanaskan bangku simpanan sahaja dalam perlawanan ini.
John Stones dan Aymeric Laporte diturunkan dalam kesebelasan utama, dengan Jack Grealish dan Phil Foden juga sudah kembali diturunkan semula.
Chelsea juga masih lagi gagal untuk menurunkan skuad terbaik mereka, selepas beberapa pemain terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan dan C0V-19.
Malang Sarr, Thiago Silva dan Antonio Rudiger beraksi sebagai pertahanan utama dalam perlawanan ini, dengan ketiga-tiga mereka telah mempamerkan aksi persembahan yang cukup menakjubkan.
Joe Cole has criticised the performances of both Christian Pulisic and Hakim Ziyech during Chelsea’s 1-0 defeat to Manchester City on Saturday. pic.twitter.com/16RR5ltK4N
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) January 16, 2022
Mason Mount yang sedang dalam rentak persembahan terbaiknya pada ketika ini tidak diturunkan dalam kesebelasan utama The Blues, dengan Christian Pulisic dan Hakim Ziyech turun beraksi membantu Lukaku di bahagian jentera serangan.
Kedua-dua pasukan juga turut kehilangan pemain utama yang kini sedang berada di Cameroon, untuk aksi dalam saingan AFCON.
Chelsea tanpa Mendy, sementara City pula turun tanpa Mahrez dengan kedua-dua mereka beraksi bersama skuad kebangsaan Senegal dan Algeria.
City memperoleh kesempatan emas untuk membuka tirai jaringan pada aksi babak pertama permainan menerusi Jack Grealish yang berdepan situasi satu lawan satu bertemu Kepa Arrizabalaga.
Romelu Lukaku had the fewest touches of any player in the first-half of Manchester City vs Chelsea (9).
Anonymous. 😶 pic.twitter.com/8wgMrMzRbN
— Squawka Football (@Squawka) January 15, 2022
Pemain kebangsaan England itu cuba melepaskan bola dari kawalan Kepa, namun penjaga gol Sepanyol itu berjaya menafikan percubaan Grealish menggunakan kakinya.
Kevin De Bruyne berjaya melepaskan diri dari kawalan Kante dan kemudian melepaskan rembatan super padu untuk mengesahkan kemenangan 1-0 Man City menewaskan Chelsea.
Kemenangan ini membantu Manchester City untuk terus menjarakkan diri dari dikejar oleh Chelsea dan Liverpool, dengan mereka memimpin carta liga dengan kelebihan 13 mata.
Sumber: SPORTbible