Itali mara ke perlawanan akhir EURO 2020 dan akan bertemu England. Jorginho antara pemain tunjang membantu Itali melakukan kemaraan tersebut.
Ia merupakan final ke-9 Itali dalam kejohanan major iaitu Piala Eropah dan Piala Dunia. Sementara itu England merekod final kedua selepas Piala Dunia 1966.
Maurizio Sarri percaya Jorginho perlu dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan kali jika Itali berjaya menjadi juara.
“Dia seorang pemain yang berpendirian jelas, mungkin tidak semua orang memahaminya,” kata Sarri.
“Anda perlu memberikan tumpuan anda kepada dia dan hanya melihat dia bermain di dalam perlawanan.
“Dia pemain yang sangat baik dan bijak, di mana dia membuatkan semua perkara nampak sangat mudah, jarang sekali ada sesuatu yang luar biasa yang akan kekal dalam pandangan anda. Itu adalah kehebatannya.”
Jorginho merupakan pemain penting Roberto Mancini sejak beliau mengambil alih tugas sebagai jurulatih skuad kebangsaan Itali pada tahun 2018.
Pemain tengah Chelsea itu menjadi komponen penting dalam kempen kelayakan EURO 2020 yang dijalankan pada tahun 2019.
Jorginho juga tidak pernah disisihkan ketika Itali mengharungi UEFA Nation League sepanjang tahun 2020 seterusnya kelayakan Piala Dunia 2022 dan pusingan akhir EURO 2020.
Jorginho, Marco Verratti dan Nicola Barella adalah nadi Itali yang melakar 30+ perlawanan tanpa kalah.
“Hari ini, harga Jorginho adalah sekitar €50 juta (£42.8 juta). Jika terdapat pasukan yang datang… yang jelas dia telah berjaya ke banyak perlawanan akhir,” kata Santos kepada Radio Marte.
“Ya, tetapi perancangan awal kami adalah untuk bercakap dengan Marina Granovskaia mengenai pembaharuan kontrak.”
“Tentu sahaja ini merupakan detik penting dalam kerjayanya, dia telah menunggunya selama 20 tahun (perlawanan akhir Euro).”
Karier profesional Jorginho bermula di Hellas Verona yang bermain di Serie B. Pada usia 21 tahun, Joginho dipinjamkan ke kelab lower division Sambonifacese untuk diberi lebih pendedahan.
Dua tahun selepas itu Jorginho membantu Hellas Verona meraih promosi ke Serie A.
Setengah musim di Serie A Jorginho menarik minat Napoli dan kelab tersebut membawanya ke sana dengan harga €9.5 juta. Selama 5 musim bersama Napoli Jorginho memenangi 2 trofi iaitu Coppa Italia dan Supercoppa Italiana.
Jorginho tampil 160 kali bersama Napoli dan mula memecah masuk ke dalam skuad kebangsaan sebanyak 3 kali.
Karier Jorginho terus berkembang apabila menyertai Chelsea pada musim 2018/19 dengan tanda harga €57 juta. Perpindahan tersebut berlaku pada tahun dimana Mancini menjawat jawatan penting skuad Itali.
Mancini mula memberi kepercayaan kepada Jorginho bagi membina Itali yang lebih baik dibawah Gian Piero Ventura. Ventura menjadi satu-satunya jurulatih yang gagal membawa Itali ke kejohanan utama.
Dari hanya 3 penampilan pada tahun 2016 dan 2017 dibawah Ventura, Jorginho tampil 19 kali pada tahun 2018 dan 2019 bersama Itali dibawah bimbingan Mancini.
Sejak itu Itali mula melakarkan sejarah tidak kalahnya sehingga hari ini.
🇮🇹 Last night, Jorginho made eight interceptions against Spain in their #EURO2020 semi-final victory.
🎖️ A new record in European Championship history. pic.twitter.com/LlS3tzHSNJ
— Sporting Index (@sportingindex) July 7, 2021
Ketika kejohanan EURO 2020 sedang berlangsung terdapat, ejen Jorginho, Joao Santos telah mendedahkan terdapat 2 kelab mahu mendapatkan khidmatnya. Namun tidak memberitahu kelab mana.
Jorginho meletakkan keutamaan kekal di Chelsea tetapi mahu menyemak semula kontraknya. Sudah semestinya berkaitan gaji.
Kontrak Jorginho di Chelsea akan tamat pada tahun 2023 dan Chelsea membayar gajinya sekitar £120 ribu seminggu atau £6.3 juta setahun.
Gaji tersebut lebih rendah dari Cesar Azpilicueta, Danny Drinkwater dan Christian Pulisic yang kurang memberi impak kepada Chelsea.
Kejayaan Jorginho di Chelsea membantu kelab tersebut menjulang Champions League telah meningkatkan nilainya.
Jorginho’s best finishes in every competition he’s played since joining Chelsea:
Champions League: Winner
FA Cup: Final
League Cup: Final
Europa League: Winner
EURO’s: Final
Premier League: 3rdElite. pic.twitter.com/TRUH8ON5AI
— LDN (@LDNFootbalI) July 7, 2021
Jika Jorginho berjaya membantu Itali menjuarai EURO 2020 dan menang Ballon d’ or, Chelsea tidak boleh mengelak untuk menyemak semula kontraknya.