Direject Chelsea Pada Mac Lalu, Kante Bawa Diri Ikuti Benzema Sertai Al Ittihad

N’Golo Kante bakal menjadi seorang lagi bintang dari Eropah yang bakal memperkuatkan kelab Arab Saudi, Al Ittihad.

Perkhabaran Kante bakal meninggalkan Premier League dan beraksi di Liga Arab Saudi tiba selepas Al Ittihad mengesahkan ketibaan Karim Benzema dari Real Madrid dengan kontrak bernilai €200 juta semusim selama dua tahun.

Tidak cukup dengan itu, Al Ittihad tidak membuang masa untuk mendapatkan rakan senegara Benzema, Kante yang turut diintai oleh Al Nassr, kelab yang sudah memiliki Cristiano Ronaldo.

Menurut wartawan bola sepak Fabrizio Romano, wakil dari Ittihad kini sudah tiba di London untuk berbincang dengan pemain itu.

Malah kem Ittihad yang diketuai oleh pengarah kelab itu sendiri kini dilaporkan sedia untuk memuktamadkan kontrak untuk Kante dengan pendapatan berjumlah €100 juta semusim sehingga 2025.

Kontrak Kante bersama Chelsea bakal tamat pada penhujung Jun ini. Sebelum ini Kante pernah berkata beliau sentiasa memberi keutamaan untuk terus kekal di Stamford Bridge.

Namun demikian masa depan pemain itu sudah pun dimuktamadkan oleh pengurusan baharu Chelsea pada Mac lalu yang menyatakan tidak akan menyambung kontrak beliau.

N’Golo Kante berjaya mencipta sejarah menjadi pemain keempat yang mampu memenangi Premier League, Champions League, FIFA Club World Cup dan Piala Dunia.

Beliau merupakan sebahagian dari pemain yang berjaya membawa Leicester City muncul sebagai Juara saingan Premier League pada musim 2015/16.

Beliau kemudiannya sekali lagi memenangi gelaran sama bersama Chelsea, setahun selepas beliau meninggalkan Leicester City.

Kante juga merupakan nadi penting dalam sistem kendalian Didier Deschamps yang berjaya untuk memenangi gelaran Piala Dunia di Rusia pada tahun 2018 yang lalu.

Pemain antarabangsa Perancis itu turut memainkan peranan yang cukup penting dalam membentu Chelsea untuk menjuarai saingan Champions League pada 2021.

Pemain midfield terhebat dunia itu secara rasminya kini telah berjaya memenangi kesemua empat Piala terbesar itu sepanjang kariernya.

Selain Kante, siapa lagi yang pernah menang kesemua empat Piala tersebut?

BACA:  FA Cup 2020/21 Semi Final: Chelsea 1-0 Manchester City