Pemain pertahanan Sevilla, Jules Kounde benar-benar bengang dengan kelab dari Sepanyol itu selepas rundingan berkait perpindahannya ke Stamford Bridge bertemu kegagalan.
Beliau meletakkan sepenuh kesalahan ke atas kelabnya yang gagal melakukan rundingan dengan Chelsea walau sudah berminggu-minggu rundingan tersebut berlangsung.
Pemain centre-back yang kini berusia 22 tahun itu telah mempamerkan aksi yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Los Nervionenses sejak menyertai kelab dari Bordeaux pada tahun 2019 yang lalu.
Jules Kounde with some wise words aimed at certain people at the club he is at currently. pic.twitter.com/uaM9cmBp4d
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) September 3, 2021
Beliau pada musim panas ini hangat dikaitkan dengan bakal ditandatangani oleh Chelsea yang sanggup mengeluarkan dana bernilai £42.8 juta untuk mendapatkan khidmatnya.
Walau bagaimanapun, bidaan yang dilakukan oleh Chelsea telah ditolak oleh perunding dari Sevilla, yang mana mereka dilaporkan tetap dengan tanda harga £68.5 juta untuk pemain muda itu.
I'd be extremely shocked if Chelsea agreed to pay the release clause of Jules Kounde at this stage. They want him….but not at any price #cfc
— Matt Law (@Matt_Law_DT) August 31, 2021
Kelab dari Premier League itu memutuskan untuk menghantar satu lagi bidaan lain dalam usaha mereka mendapatkan pemain pertahanan itu, namun ia tetap tidak diterima oleh Sevilla.
Memandangkan rundingan tersebut tidak pernah menjadi kenyataan, pemain kebangsaan Perancis itu dilaporkan bengang dengan pimpinan kelab yang menguruskan rundingan perpindahannya.
Bahkan, Kounde turut tidak mahu menjawab panggilan telefon dari Director kelab, mahupun dari pengurusnya, Julen Lopetegui.
Jules Kounde reportedly absolutely furious at Sevilla for not selling him to Chelsea. Apparently not answering the phone to Monchi or Lopetegui.
— The Spanish Football Podcast (@tsf_podcast) September 2, 2021
Sporting director Sevilla, Monchi baru-baru ini telah menjelaskan secara terperinci tentang situasi melibatkan masa depan Kounde.
“Kebanyakkan tawaran ditolak oleh pemain sendiri tapi ada satu kelab yang dia minat, yang mana ia adalah Chelsea.”
Jelas Monchi.
“Satu-satunya tawaran rasmi yang dibuat oleh Chelsea adalah pada hari Rabu, sekitar jam 5 petang, dengan tawaran yang tidak memuaskan hati kami dan melihat bagaimana keadaan Chelsea menjual pemain mereka.”
“Ia merupakan tawaran yang penting, memandangkan dalam dunia sekarang yang mana ramai yang bekerja keras, tapi tawaran mereka tak menepati permintaan, keadaan atau kuantiti yang kami tetapkan.”
Jules Kounde is not happy!!! pic.twitter.com/IMZfQ9Uvxu
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) September 2, 2021
“Saya bercakap dengan ejen pemain beberapa hari dulu, yang mana semakin lama masa berjalan, semakin sukar untuk dia pergi meninggalkan kelab. Kami meletakkan tarikh akhir pada 20 haribulan dan kami lanjutkan sehingga 25 haribulan.”
“Kami membalas dengan tawaran balas dengan hari terakhir jendela perpindahan sebelum ditutup pada hari jumaat dan mereka tidak balas. Sejak itu kami sudah tidak berhubung. Tawaran rasmi Chelsea, jawapan rasmi Sevilla, itu sahaja.”
You know the price of everything but the value of nothing #CLB
— Jules Kounde (@jkeey4) September 3, 2021
Memandangkan jendela perpindahan sudah tutup, maka harapan dan impian Jules Kounde untuk beraksi bersama The Blues pada musim panas ini tidak akan menjadi kenyataan.
Suka atau tidak, selagi ada kontrak, beliau harus menghormati kelabnya dan tidak menunjukkan sikap tidak profesional seperti ini.
Chelsea mungkin boleh menunggu jendela perpindahan seterusnya untuk sekali lagi menghantar bidaan rasmi, dan berunding untuk mendapatkan pemain pertahanan muda itu.
Kounde pula, beliau seharusnya perlu mula menjawab panggilan dari pengurus dan kembali menjalani sesi latihan seperti biasa kerana beliau masih lagi pemain Sevilla.
Chelsea 'to return for Jules Kounde in January transfer window' with star sold on switchhttps://t.co/mEQ8hjlpkH #CFC pic.twitter.com/x15a6OLcHq
— Express Sport (@DExpress_Sport) September 1, 2021
Beliau juga perlu bersabar menanti jendela perpindahan seterusnya dibuka, agar boleh mencapai hasratnya untuk ke Stamford Bridge dan meninggalkan kelabnya sekarang.
Sumber: SPORTbible