Jurgen Klopp Sokong Sekatan Ke Atas Roman Abramovich

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menjadi pengurus pertama yang memberikan pandangan tentang sekatan yang dikenakan ke atas pemilik Chelsea yang berasal dari Russia, Roman Abramovich, baru-baru ini.

Abramovich dikenakan sekatan dan segala harta bendanya di negara tersebut dibekukan kerana dia disyaki sebagai orang rapat dengan peresiden Russia, Vladimir Putin, yang telah melancarkan operasi ketenteraan ke atas negara jiran mereka, Ukraine.

Bagi Klopp, tindakan kerajaan UK tersebut adalah tepat dan bersesuaian sebagai satu jawapan balas kepada keganasan yang dilakukan oleh Putin. Menurut Klopp lagi, dia bersimpati dengan nasib staf Chelsea di atas apa yang berlaku tapi menuduh Putin sebagai punca.

“Ada sorang je yang bertanggungjawab ke atas semua ini – Vladimir Putin.

“Aku tak kenal Roman Abramovich tapi memang nampak sangat dia rapat dengan Putin dan aku rasa tindakan kerajaan British ni betul.

“Memang nampak sangat la dari mana duit tu datang. Semua orang tahu, tapi kami terima je.

“Itu silap kita. Itu silap masyarakat dan kita pun terima je.

“Sekarang ni kita dah tak boleh terima jadi kita hukum mereka.

“Ini bukan salah Chelsea tau. Bukan salah diorang langsung.”

Klopp percaya bahawa terdapat keperluan untuk kajian yang lebih mendalam dijalankan terhadap pemilik kelab di mana semakin banyak kelab dibeli oleh mereka yang berkuasa di sesetengah negara dan dibeli oleh mereka yang sangat kaya. Malah ada juga kelab bola sepak yang dibeli oleh negara tertentu menerusi syarikat pelaburan luar negara mereka.

Pengurus yang berasal dari Jerman itu memberikan contoh bukan sahaja di Chelsea – yang mempunyai bukti bahawa mereka terlibat dengan duit kotor dari Russia, malah situasi di Newcastle juga di mana terdapatnya hubungan kerajaan Arab Saudi dengan kelab ersebut.

“Kita tak fikir pun dari mana duit tu datang. Sekarang ni baru kita nak tengok dari mana sebenarnya sumber duit diorang,” ujar Klopp.

“Ada orang kisah tak masa Newcastle diambil alih? Penyokong diorang ada fikir tak? Ini adalah satu persoalan [yang perlu dijawab].”

Pun begitu, Klopp tetap menzahirkan rasa simpati kepada rakan sejawat dari Chelsea, Thomas Tuchel dan pasukannya, yang terperangkap di tengah-tengah ribut yang membantai kelab juara dunia tersebut.

“Pekerja di Chelsea bukan punca semua ni dan aku rasa kesian kat Thomas Tuchel dan para pemain sebab keadaan yang teruk bagi diorang semua,” terang Klopp lagi.

“Aku tak tahu macam mana pemeriksaan latar belakang dibuat tapi aku boleh cakap yang aku dah ada kat sini selama enam tahun setengah dan daripda hari pertama aku jejak kaki ke sini aku dan rasa gembira sangat dengan pemilik kelab dan sekarang ni aku lagi la senang dengan diorang.”

Dengan sekatan ke atas pemilik, Chelsea kini berdepan banyak masalah dan masa depan yang tidak pasti.

Chelsea tidak dapat menjana pendapat menerusi jualan cenderamata pasukan seperti jersi dan key chain, serta tidak dibenarkan untuk menjual tiket pada hari perlawanan selain hanya membenarkan penyokong yang sudah membeli pas semusim untuk hadir ke dalam stadium.

Selain itu, Chelsea juga dilarang untuk meberikan kontrak baru kepada para staf pasukan, termasuklah para pemain dan ini bermaksud kapten Cesar Azpilicueta, Antonio Rudiger dan Andreas Christensen akan tamat kontrak mereka pada musim panas nanti.

Christensen dijangka akan menyertai pasukan Barcelona selaku ejen bebas dan telah mengambil keputusan tersebut sebelum sekatan yang dikenakan kepada Encik Abramovich pada hari Khamis lalu.

Sebelum ini jenama 3 yang terpampang di bahagian perut di jersi pemain pasukan telah sah ingin membuang logo jenama mereka di jersi dan di dalam stadium pasukan dan kini Nike pula bercadang untuk tamatkan perjanjian penajaan bersama kelab yang baru sahaja mendonia menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA tersebut.

Perjanjian yang mula dimeterai pada tahun 2017 dengan nilai £900 juta tersebut, hanya akan tamat pada tahun 2032. Jika Nike menghentikan penajaan pada tahun yang penuh pancaroba ini, Chelsea bakal kehilangan £540 juta!

Walaubagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, kerajaan UK dikhabarkan akan memberikan lampu hijau untuk penjualan kelab ini.

Sumber : Mirror

BACA:  Sarri: Kepa Masih Lagi Jauh Untuk Capai Tahap Courtois