Jurgen Klopp Terus Menganjing Man Utd Sebaik Tiba Di Bangkok

Sambutan hangat yang diterima oleh kem Liverpool sebaik mereka tiba di Bangkok menyebabkan Jurgen Klopp sempat menganjing Manchester United yang tiba sehari lebih awal.

Jurgen Klopp bersama anak-anak buahnya mendapat sambutan yang sungguh luar biasa dasyat dari pelbagai pihak ketika mereka tiba di Thailand.

Para penyokong berkumpul di lapangan terbang dan di hotel untuk melihat sendiri para pemain kegemaran mereka secara langsung.

Pihak media juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan sidang media bersama Jurgen Klopp sebaik pengurus dari Jerman itu tiba.

Pengurus Liverpool itu dalam mood yang sangat gembira dan beliau turut sempat menganjing Manchester United ketika sesi temu bual tersebut.

“Soalan pertama yang saya ada… Adakah keadaan seperti ini semalam ketika Manchester United baru sampai?”

Pihak media yang ada dalam sidang media tersebut segera menjawab:

“Tidak, tidak.”

Sambil kesemua mereka ketawa besar bersama-sama.

Kedua-dua kelab terhebat dalam sejarah bola sepak itu akan turun beraksi bertemu sesama sendiri pada 12 Julai nanti.

Jurgen Klopp turut bercakap tentang prospek berdepan Manchester United yang akan beraksi buat pertama kalinya di bawah kendalian Erik Ten Hag.

“Kebiasaannya perlawanan bola sepak merupakan hal terpenting untuk kami. Tapi dalam kes yang sangat spesifik ini, ia lebih kepada untuk peminat.”

“Kita ada 37 pemain, dari semua generasi ada di sini. Dan kita perlu guna semua mereka. Pemain yang ada tugasan antarabangsa pada musim panas baru sampai hari ini. Mereka tak boleh bermain terlalu lama, tapi kita akan cuba berikan mereka minit permainan.”

Jurgen Klopp kemudiannya turut menambah lagi.

“Manchester United. Pengurus baru. Mereka berlatih lebih lama berbanding kami. Tak pasti, tapi mungkin mereka dalam situasi lebih baik pada ketika ini. Kita lihat ia sebagai ujian yang penting kerana ia bertemu United. Dan kami tak bermain perlawanan persahabatan.”

Perlawanan bertemu Manchester United jelas sekali akan memberi peluang kepada para penyokong untuk menyaksikan aksi debut penandatanganan terbaru kelab, Darwin Nunez.

Walau bagaimanapun, agak sukar untuk melihat beliau diturunkan, kerana beliau sebenarnya masih belum sempat menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukannya yang baru.

Liverpool jelas sekali sedang dalam usaha mereka untuk bersaing dalam saingan Premier League dan Champions League pada musim baharu nanti.

Mereka pada musim lalu dikecewakan oleh Manchester City dan Real Madrid yang menjuarai saingan Premier League dan Champions League.

Liverpool sebenarnya berpotensi untuk memenangi kedua-dua piala tersebut, namun sayangnya mereka tewas di saat-saat akhir.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga bertekad mahu mempertahankan gelaran FA Cup dan Carabao Cup yang mereka menangi pada musim lalu itu.

Untuk Manchester United pula, mereka akan turun buat pertama kali di bawah kendalian Erik Ten Hag yang kononnya akan memulakan era baru skuad setan merah itu.

Skuad setan merah jelas sekali sangat berharap agar bekas pengurus Ajax itu akan mampu menaikkan semula mereka dan menjadikan mereka sebagai pasukan paling digeruni di pentas bola sepak Eropah.

Tekanan sudah tentu dirasai oleh Ten Hag dan beliau juga jelas sekali akan menuntut anak-anak buahnya supaya memberikan yang terbaik.

Aksi bertemu Liverpool bakal menjadi medan pemanas badan untuk beliau bersama anak-anak buahnya, dengan Ten Hag sangat terdesak mahu anak-anak buahnya mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kad Merah Casemiero: Erik ten Hag Mempersoalkan VAR Yang Dayus Dan Tiada Pendirian