Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, Kehilangan Ayahanda Tercinta

Seluruh kem Harimau Malaya menerima berita duka apabila ayah kepada jurulatih, Tan Cheng Hoe, telah meninggal dunia sebentar tadi.

Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bapa Cheng Hoe, Tan CHooi Siak, telah menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 95 tahun di kediaman mereka di Taman Pelangi, Alor Setar, akibat sakit tua.

Dalam hantaran di laman Facebook rasminya, FAM menyatakan;

“FAM mengucapkan takziah kepada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe atas pemergian bapanya, Tan Chooi Siak, 95 pada hari ini, Jumaat 11 Jun 2021.

“Semoga pemain dapat balas kepercayaan dengan kemenangan malam ini.”

Cheng Hoe yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-53 pada 30 Mei lalu, kini berada di Dubai dan dalam persediaan untuk menentang Vietnam pada pukul 12.45 tengah malam ini.

Cheng Hoe juga difahamkan tidak akan pulang ke tanah air dan kekal bersama skuad kebangsaan sehingga tamat perlawanan menentang Thailand pada 16 Jun nanti.

Kami di The Sukan mengucapkan salam takziah buat Tan Cheng Hoe dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Belasungkawa.

BACA:  Rasmi: Tan Cheng Hoe Letak Jawatan