Tan Cheng Hoe Lebarkan Rekod 9 Perlawanan Tanpa Kalah Bersama Selangor

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe membuktikan dirinya masih berbisa apabila telah melebarkan rekod 9 perlawanan tanpa kalah bersama pasukan Selangor.

Kemenangan terbaharu Tan Cheng Hoe diraih di separuh akhir pertama Piala Malaysia 2022 di mana gergasi merah bangkit membenam Terangganu 3-1 selepas ketinggalan.

Selangor sejak beberapa musim yang lepas masih mencari rentak dan konsistensi dengan melantik jurulatih dari Jerman dengan harapan kononnya DNA dan kejuruteraan Jerman akan meresap ke dalam jiwa pemain.

Namun itu bukan proses yang mudah di tangan warga Jerman dan menjadi mudah pula di tangan Tan Cheng Hoe yang merupakan anak jati Kedah.

Statistik dari Tan Cheng Hoe kini agak padu sebenar buat Selangor yang hura-hura dan tidak keruan saban musim:

• 9 Perlawanan
• 7 Menang
• 2 Seri
• 0 Kalah
• 18 (2.0) Jaringan (purata)
• 4 (0.4) Bolos (purata)

Perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia 2022 menemukan Terengganu dan Selangor yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya selepas JDT menewaskan Sabah 1-0.

Terengganu mara ke separuh akhir selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC namun kejayaan itu telah disambut dengan kontroversi.

Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain telah menolak dan mempersoalkan tawaran kontrak setahun yang diberikan oleh pihak pengurusan TFC yang dilakukan tanpa sebarang perbincangan setelah ia turut mengandungi KPI yang perlu dicapai.

Pihak pengurusan TFC turut dikecam kerana dikatakan tidak profesional apabila menyerahkan surat tawaran tersebut melalui kitman ketika sesi latihan pasukan.

Selangor menjadi sebuah pasukan yang menyepi dari perhatian media dan agak misteri sejak Tan Cheng Hoe mengambil alih pasukan.

Tan Cheng Hoe seperti sedang mengtranformasi kembali Selangor untuk menjadi Gergasi Merah yang sebenar dengan prestasi yang membanggakan.

Lapan perlawanan Tan Cheng Hoe bersama Selangor menyaksikan mereka tidak pernah kalah dengan enam kemenangan dan dua seri di mana 15 gol dihasilkan dengan 3 bolos.

Dalam lapan perlawanan sebelum kehadiran Tan Cheng Hoe Selangor hanya menang sekali, seri sekali dan kalah enam dengan 8 gol sahaja dihasilkan dan 15 kali bolos.

Nafuzi Zain pula gemilang dengan rekod 100 peratus kemenangan dalam 8 perlawanan terakhir. Kedua-dua jurulatih telah membawa konsistensi dalam pasukan yang menjadi faktor menarik dalam perlawanan ini.

Tiket perlawanan Selangor dan Terengganu Sold Out dan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di banjiri penyokong kedua-dua pasukan yang seramai 14,554 orang.

Terengganu cuba untuk menekan Selangor terus dari sepak mula namun Selangor yang diresap semangat penyokong di tempat sendiri tenang mengawal situasi.

Kesilapan hantaran Mukhairi Ajmal memboleh kan Terengganu mendapat sepakan percuma selepas Tchetche Kipre dikasari namun tiada hasil.

Mukhairi Ajmal melakukan percubaan pertama buat Selangor dengan satu rembatan ke langit ketujuh. Tempoh 15 minit pertama menyaksikan permainan berhati-hati masih lagi dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.

Tchetche Kipre yang beberapa cuba untuk memecahkan kubu Selangor akhir meledak gol pembukaan pada minit ke-19 melalui sepakan percuma selepas Mukhairi menolak Faisal Halim.

Cantik dan bijak sepakan deras kaki kanan dari Kipre yang memilih untuk melakukan satu rembatan rendah yang berjaya melepasi benteng dan juga penjaga gol Terengganu.

Satu gol tidak cukup untuk Terengganu bawa ke Gong Badak untuk separuh akhir kedua dan Selangor terus ditekan.

Kapten Terengganu itu terus menyusahkan Selangor dengan lorong cantik kepada Faisal Halim yang memilih menghantar kepada Kpah Sherman walaupun ada ruang untuk menjaring tapi gagal disudahkan.

Pad minit ke-24 insiden panas telah tercetus ketika Mukhairi Ajmal bertembung dengan Sharulnizam Mustapha, hampir bertumbuk namun situasi berjaya dikawal.

Selangor memberi reaksi balas selepas ketinggalan satu gol dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36.

Gol berpunca dari sepakan penjuru Mukhairi Ajmal yang berjaya menemui kepala Richmond Ankrah yang terus melakukan satu sundulan tajam ke sebelah kanan.

Kemudian Selangor datang lagi apabila hantaran cantik Quentin Cheng gagal untuk disudahkan oleh Hein Aung untuk menggandakan kedudukan buat Selangor.

Pada minit ke-42 Selangor mendapat sepakan sudut lagi, kali ini dari sebelah kanan dan Mukhairi Ajmal sekali lagi menjadi penendang.

Tendangan Mukhairi Ajmal kali ini pantas disambar dengan satu sundulan terbang aras sederhana tinggi dari Caion menewaskan Suhaimi Husin buat kali kedua.

Mohd Norhakim bin Hassan melakukan satu larian solo dari kiri memotong masuk ke kotak Terengganu sebelum membuat cutback yang dihadang Abdoulaye Diakite yang hampir juga menghasilkan gol sendiri.

Bersambung separuh masa kedua, Terengganu terus mengasak untuk mencari gol penyamaan namun Selangor juga selesa dengan kelebihan satu gol sahaja.

Sepakan penjuru Mukhairi Ajmal dan tandukan nyata menjadi senjata berbisa Selangor dalam perlawanan dan ia terus membuahkan hasil.

Pada minit ke-53 gol yang lebih kurang sama terhasil buat kali ketiga kali ini datang dari kepala si rambut kembang yang telah diikat, Sharul Nazeem Zulpakar.

Bijak larian Sharul Nazeem Zulpakar yang mencari bola dari Mukhairi Ajmal yang telah mencipta hatrik assist dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-71 hataran cantik Caion mencari Hein Aung berjaya dipintas penjaga Terengganu, Suhaimi Husin untuk sepakan penjuru.

Sekali lagi sepakan penjuru Mukhairi hampir membuahkan gol keempat namun tandukan Brendan Gan dinafikan dan tindakan susulan Caion menghasilkan gol keempat namun dibatalkan kerana offside.

Terengganu segera melakukan serangan balas pantas, rembatan Kipre telah diselamatkan dengan aksi bertaraf dunia dari Khairulazhan Khalid.

Perlawanan terus rancak di mana kedua-dua pasukan masih mahu mencari gol sebanyak yang mungkin dan Selangor dilihat lebih mengancam.

Hujan turun dipenghujung perlawanan mengganggu kerancakan namun tidak memadamkan semangat para pemain dan kedudukan 3-1 kekal hingga tamat.

BACA:  Rasmi: Tan Cheng Hoe Letak Jawatan