Final Piala Malaysia 2022: JDT 2-1 Selangor

Di sebalik kehangatan Piala Dunia yang sudah memasuki perlawanan kedua peringkat kumpulan, di bumi Malaysia perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 telah berlangsung menemukan JDT dan Selangor.

Lantaran kesuntukan masa dan kegagalan mengatur jadual dengan baik format Piala Malaysia tidak dijalankan secara round robin seperti biasa di mana `16 akan dibahagikan kepada empat kumpulan.

Format kalah mati menjadi pilihan bagi mengejar masa singkat yang bebaki.

JDT adalah finalis musim lalu dan tahun ini sekali lagi memenuhi jangkaan ramai untuk mara ke final dan berada di laluan agak mudah dan jika sukar sekalipun JDT tetap ke final.

Kuala Lumpur City FC mengejutkan JDT musim lalu dengan kemenangan penuh bergaya hasil permainan penuh berdisiplin yang menjadi titik tolak membawa mereka ke final Piala AFC.

Perjalanan JDT ke Final

Pusingan 16 : PJ City 0-6 JDT

Suku Akhir 1 : Kelantan 0-3 JDT
Suku Akhir 2 : JDT 5-0 Kelantan

Separuh Akhir 1 : Sabah JDT
Separuh Akhir 2 : JDT Sabah

Pada awalnya Terengganu FC dijangka menjadi lawan JDT di final namun Selangor yang diam-diam ubi sejak diambil alih oleh Tan Cheng Hoe membuktikan kembali kenapa mereka digelar King of Malaya.

Selangor menewaskan Terengganu di separuh akhir dan bas mereka diserang oleh penyokong Terengganu selepas tamat perlawanan di Gong Badak.

Perjalanan Selangor ke Final

Pusingan 16 : Selangor 3-0 Kuala Lumpur City FC

Suku Akhir 1 : Selangor 2-0 Negeri Sembilan
Suku Akhir 2 : Negeri Sembilan 2-2 Selangor

Separuh Akhir 1 : Selangor 3-1 Terengganu
Separuh Akhir 2 : Terengganu 1-0 Selangor

Final : JDT Selangor

Seperti biasa perlawanan akhir Piala Malaysia masih lagi berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan full house seperti biasa dan Piala Dunia tidak mampu menggugat.

Selangor ternyata lebih garang dalam perlawanan akhir ini dan sepertinya mahu mencari gol seawal mungkin sebelum JDT berjaya mendapat rentak mereka.

Minit kedua Mukhairi Ajmal dan Caion sudah menguji kubu JDT dan satu rembatan ke langit dilepaskan Mukhari Ajmal.

Enam minit berlalu, Mukhari Ajmal sekali lagi mengancam dengan sepakan percuma yang sedikit melepasi gawang.

Leandro Velasquez melakukan percubaan pertama JDT dengan satu rembatan jarak jauh yang agak jauh tersasar pada minit ke-8.

Caion menghadirkan percubaan ketiga Selangor selepas 10 minit dan hampir menjaringkan gol pembukaan dengan satu sungkitan melepasi Farizal Marlias tetapi bola hanya meleleh melalui tiang sebelah luar.

Lain macam permainan Selangor dalam perlawanan akhir ini. Garang dan mengancam.

Hantaran cantik Caion mencari Hein Htet Aung hampir saja membuahkan hasil namun terbias sedikit kaki pertahanan JDT, Feroz Baharudin untuk sepakan penjuru.

Permainan JDT agak kurang lancar lantaran Selangor telah mengikat dan membataskan pergerakan Arif Aiman yang licik lagi menakutkan.

JDT mula mengimbangi kegarangan Selangor dan Caion terlepas peluang untuk menjaringkan gol apabila menanduk tinggi hantaran Mukhairi Ajmal.

Dua minit menuju penghujung separuh masa pertama, Selangor mendapat sepakan penalti selepas Matthew Davies menjatuhkan Caian ketika cuba mengejar hantran Mukhairi Ajmal.

Caion yang terlepas beberapa peluang sebelum ini tidak melakukan sebarang kesilapan untuk meletakkan Selangor di hadapan.

Farizal Marlias sudah berjaya membuat bacaan yang tepat tetapi rembatan Caion terlalu deras untuk ditepis.

JDT kemudiannya mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma yang betul-betul di luar kotak dan sepakan Leandro dikeluarkan benteng Selangor untuk sepakan penjuru pula.

Sepakan penjuru Arif Aiman dengan pantas telah disundul masuk dengan lutut oleh penyerang berbisa dari Brazil, Bergson da Silva.

Jaringan ketujuh Bergson da Silva di saingan Piala Malaysia, berkongsi kedudukan penjaring terbanyak bersama Kpah Sherman.

Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1, sentuhan penyudah menafikan Selangor untuk mendahului dengan selesa.

Bersambung permainan, JDT dilihat memperkemaskan permainan dan penguasaan mula dilakukan mereka namun Selangor masih mengancam.

Fernando Forestieri meletakkan JDT di depan selepas mengutip bola muntah percubaan Bergson yang dinafikan untuk gol kedua.

Pemain Selangor hanya membiarkan sahaja Forestieri tanpa di kawal dan memberi ruang dan masa yang cukup untuk percubaan dilepaskan.

Memasuki 15 minit terakhir dan ketinggalan satu gol, Tan Cheng Hoe mengeluarkan Caion dan Brendan Gan bagi merubah keputusan perlawanan.

Satu tindakan berisiko dan berani dari Tan Cheng Hoe jika diikutkan dari kata pengulas.

Ternyata separuh masa kedua menjadi milik JDT yang mencipta kebangkitan sensasi di perlawanan akhir. Selangor berjaya dineutralkan.

Tiada apa yang mampu dilakukan Selangor sepanjang 45 minit kedua dan kehebatan Selangor lenyap begitu sahaja.

JDT juara Piala Malaysia 2022 dan mencipta treble selepas mencatatkan kejuaraan Liga Super dan Piala FA sebelum ini.

BACA:  Piala Malaysia 2015 : Selangor, Felda, Kelantan, T-Team Dalam Kumpulan Maut