TRW Cipta Rekod Paling Memalukan Dalam Sejarah Liga Super

Segalanya bermula dengan sangat baik di Kota Bharu, dalam aksi menentang Selangor. Di mana TRW memulakan perlawanan dengan 2 gol awal menerusi gol sepakan penalti Natanael Saringo. Ini diikuti oleh gol Fazrul Amir Zaman pada minit ke-14.

Siapa sangka malam itu tak seindah yang disangka. Malah Kelantan FC mengharungi satu lagi malam penuh ranjau.

Pada akhir separuh masa kedua, Kelantan ketinggalan 2-4. Mereka membenarkan lawan mereka membalas 2 gol awal itu dengan 4 gol.

Selangor merapatkan jurang menerusi Yohadry Orozco dan kemudian meledak gol kedua menerusi Sharul Nazeem.

Ayron Del Valle memastikan Selangor 4-2 di hadapan menerusi 2 gol nya sebelum rehat.

Kelantan FC kini dalam masalah. Kerana dalam dua perlawanan sebelum ini mereka menjadi mangsa belasahan. Kalah kepada Terengganu 8-0 dalam aksi derbi Pantai Timur.

Dan kemudian kalah 10-1 di tangan JDT dalam aksi sebelum ini.

Pada separuh masa kedua, Kelantan FC terus hambar dan barai. Mereka melepaskan 7 lagi bolos dalam perlawanan ini.

Baokye menjaringkan gol kelima Selangir. Seterusnya pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim menjadikan kedudukan 6-2 pada minit ke-50 dan menambah satu lagi gol peribadi 3 minit kemudian. Kini Kelantan ketinggalan 2-7.

Selangor tidak menunjukkan sebarang simpati mereka di atas padang. Ayron Del Valle mencetak gol kelapan buat pelawat yang juga merupakan jaringan kedua peribadinya.

Boakye menambah 2 lagi gol selepas itu untuk memastikan dia mencetak hatrik dalam perlawanan ini. Menjadikan kedudukan 10-2 memihak pelawat.

Sebelum Ayron turut mencetak hatrik pada minit ke-87, iaitu seminit selepas Boakye mencetak hatriknya.

Dengan itu, Selangor FC mencipta rekod sebagai pasukan pertama mencetak 11 gol ke atas lawan mereka dalam Liga Super Malaysia.

Aksi itu akan dipahatkan dalam sejarah hitam bola sepak Kelantan yang sebelum ini pernah gah sebagai juara treble domestik.

Kelantan FC menjadi pasukan pertama yang bolos 8+ gol dalam 3 perlawnana berturut turut.

Juga pasukan pertama dalam sejarah Liga Super 29 gol dalam 3 perlawanan terakhir mereka.

Sebagai rekod, lebih melukakan apabila memikirkan Kelantan FC sebenarnya sudah bolos sebanyak 87 kali dalam 21 perlawanan setakat ini. Rekod terburuk pernah dicatatkan dalam Liga Super Malaysia.

Purata bolos mereka adalah lebih 4 gol dalam satu perlawanan pada masa ini. Mereka mencetak perbezaan jaringan -63 selepas 21 perlawanan.

Ternyata formula Boszam sebelum ini masih belum berjaya membangkitkan Kelantan FC. Dia sebelum ini bertekad akan memilih sendiri jurulatih dan pemain untuk pasukan itu.

BACA:  Piala Malaysia 2015 : Selangor, Felda, Kelantan, T-Team Dalam Kumpulan Maut