Berjoget dan Berguling Aras Baru Cara Untuk Buang Masa Perlawanan

Stadium Sultan Muhammad IV terus menjadi saksi dan tempat tercetusnya kontroversi buat minggu ketiga-tiga berturut-turut dan kesemuanya melibatkan perlawanan Liga Perdana.

Pergaduhan dengan pasukan adik-adik, pemain lawan hampir menumbuk pengadil, pergaduhan pemain sesama sendiri dan terkini aras baru cara untuk membuang masa perlawanan disajikan.

Pemain TRW Kelantan FC dan penyokong mereka hanya menjadi saksi melihat provokasi dari pemain lawan tanpa sebarang tindakbalas. Mereka masih tidak koyak.

Kejadian yang langsung tidak profesional terjadi dalam perlawanan bekas gergasi bola sepak Malaysia, ketika TRW Kelantan FC menentang Perak FC.

Semuanya bermula dengan kecederaan yang dialami Wan Zack Haikal ketika mengejar bola hantara Indra Putra Mahayuddin namun berjaya dikeluarkan oleh Khairul Helmi Johari untuk sepakan penjuru.

Wan Zack Haikal yang sudah berada di luar padang masuk kembali selepas bola dikeluarkan dan ketika pemain bersedia untuk sepakan penjuru Wan Zack Haikal terkulai.

Lalu bekas pemain Kelantan itu telah diberikan rawatan dan terpaksa diusung keluar dan ketika inilah sesuatu yang menarik terjadi.

Pemain import Perak, Sunday Kolawole Afolabi telah menari-nari berdekatan pemain Kelantan, Latif Suhaimi yang pada masa yang sama berhadapan dengan penyokong Perak yang hadir ke Stadium.

Sunday Kolawole Afolabi berjoget sakan mengangkat tangan kiri dan kanan tetapi Latif Suhaimi tenang sahaja melihat aksi tidak profesional dan berbentuk provokasi itu.

Ketika Sunday Kolawole Afolabi meneruskan tarian sambil meloncat-loncat kakinya tersentu kaki Latif Suhaimi dan pemain import Perak itu terus rebah.

Satu simulasi hebat dilakukan oleh Sunday Kolawole Afolabi dengan berguling-guling bergolek-golek di depan gawang Kelantan hampir 7-9 kali bergolek barulah berhenti.

Pemain Kelantan memerhati dengan pandangan kecik besar kecik besar sahaja aksi itu tanpa sebarang tindakbalas.

Sunday Kolawole Afolabi kemudian bangun dengan lakonan buruknya sambil memegang kaki seperti tercedera, selepas keadaan kembali tenang perlawanan kembali bersambung.

Sunday Kolawole Afolabi meneruskan provokasi dengan terus menari dihadapan pemain Kelantan.

Jurulatih Perak, Yusri Che Lah nyata tidak gembira dengan sikap Sunday Kolawole Afolabi dan memanggil pemain itu supaya fokus dan lebih profesional.

Pasukan penuh bermasalah dan kini sudah mempunyai pengurusan baru, Perak berjaya menghadirkan Kelantan kekalahan kedua musim ini dalam perlawanan ke-14 Liga Perdana.

Kelantan bermula garang dan terlebih dahulu berada di depan melalui jaringan Jasmir Mehat seawal minit kedua perlawanan.

Namun jaringan Jasmir Mehat tidak bertahan lama apabila apabila Perak melakukan aksi kebangkitan dan menyamakan kedudukan melalui Wan Zack Haikal pada minit ke-14.

Pada minit ke-20 Perak mendahului Kelantan apabila pemain pertahanan mereka, Khairil Helmi Johari menjaringkan gol sendiri.

Baki perlawanan kemudiannya dihiasi dengan aksi kecederaan dan lakonan untuk membuang masa terutamanya di separuh masa kedua yang hampir juga mencetuskan pergaduhan.

Kemuncak kepada aksi membuang masa ini adalah dari Sunday Kolawole Afolabi yang disertai dengan provokasi dan 7 minit masa kecederaan diberikan.

Kekalahan ini tidak menggugat kedudukan Kelantan dipuncak dengan 32 mata, 5 mata dihadapan JDT yang kurang satu perlawanan.

Perak mecatatkan kemenangan kelima mereka untuk berada ditangga ke-9 dengan 7 mata selepas mengalami pemotangan 9 mata.

Abu Kamara Cuba Serang Pengadil dan Hampir Bertumbuk Dengan Rakan Sepasukan

Kontroversi tercetus lagi dalam perlawanan antara TRW Kelantan FC menentang Kuching City FC di saingan Liga Perdana yang dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu Kelantan.

Kali ini tidak melibatkan pergaduhan antara pemain lawan tetapi disebabkan kekoyakan dialami oleh pemain import Kuching City FC, Abu Kamara dan rakan sepasukan.

Kerana tidak berpuas hati dengan penalti yang diberikan, Abu Kamara cuba menyerang pengadil perlawanan sebelum hampir bertumbuk pula dengan rakan sepasukan.

Tak memasal kad merah dilayangkan.

Kelantan dan Kuching City masing-masing turun untuk perlawanan ke-12 Liga Perdana dan selaku pendahulu sudah pasti Kelantan mahu meraih tiga mata untuk terus menjarakkan diri.

Perlawanan ini merupakan perlawanan ketiga Kelantan musim ini di tempat sendiri dan kehadiran penonton semakin tinggi dan hampir penuh.

Lantaran kehadiran penyokong yang tinggi tanpa perlu menentang pasukan dari Selatan pemilik pasukan Kelantan Norizam Tukiman atau ZamSaham mengumumkan Kelantan mengalami keuntungan buat pertama kali pada bulan julai.

Permainan berlangsung seimbang apabila kedua-dua pasukan kebal mempertahankan kubu masing-masing dari dibolosi.

Ketika perlawanan separuh masa pertama hampir tamat Kelantan telah dihadiahkan sepakan penalti.

Aylton Alemao telah melakukan kekasaran di dalam kotak apabila telah menjatuhkan Nixon Guylherme dan pengadil tidak teragak-agak untuk menghukum.

Sepakan penalti untuk Kelantan dan kad kuning untuk Aylton Alemao.

Abu Kamara tidak berpuas hati dan terus meluru ke arah pengadil untuk membantah bagi meminta penjelasan dan dia dilihat turut memberi penjelasan kepada pengadil itu bukan penalti.

Pengadil melayangkan kad kuning pula kepada Abu Kamara untuk meredakan bantahan.

Nixon Guylherme tidak berdepan masalah untuk meletakkan Kelantan di hadapan dengan satu sepakan leret dan meleleh yang sudah cukup untuk menjadi satu gol.

Selepas selesai meraikan penalti yang tergedik-gedik, pemain Kelantan kembali ke tengan untuk menyambung perlawanan kembali.

Ketika inilah tercetus insiden panas apabila pengadil telah melayangkan kad kuning kedua kepada Abu Kamara yang tidak berpuas hati sekaligus menjadi kad merah.

Dengan layangan kad merah Abu Kamara bertambah koyak dan cuba menyerang pengadil tetapi berjaya dihalang oleh rakan sepasukan.

Rakan sepasukannya mula marah dengan sikap Abu Kamara dan mengarahkan pemain itu segera meninggalkan padang.

Kapten Kuching City kelihatan memberi nasihat kepada Abu Kamara supaya tidak mudah koyak kerana sikap itu merugikan pasukan.

Abu Kamara mengalah dan mula meninggalkan padang sambil masih lagi membantah dan tiba-tiba datang seorang pemain simpanan menarik Abu Kamara supaya terus pergi.

Pemain itu melihat Abu Kamara masih keras kepala lalu menolak rakan sepasukannya itu dan staf kejuurlatihan Kuching City tampak hilang sabar dengan sikap Abu Kamara.

Abu Kamara cuba bertindak balas kepada pemain simpanan itu namun kecut melihat kemarahan yang membuak-buak pemain simpanan itu yang terpaksa ditenangkan.

Satu sikap terpuji yang ditunjukkan oleh pemain Kuching City yang langsung tidak terpengaruh atau menyokong tindakan tidak bijak Abu Kamara itu.

Malahan mereka sendiri kecewa dengan perbuatan yang merugikan pasukan mungkin kerana mereka yakin mampu meraih sesuatu dalam perlawanan ini jika Abu Kamara tidak koyak.

Kuching City FC setakat ini merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mengalahkan Kelantan.

Ternyata kekurangan pemain Kuching City memberi kelebihan besar kepada Kelantan selaku tuan rumah yang bermain dengan sokongan penuh penyokong sendiri.

Pada minit ke-74 Ikhwan Yazek menggandakan kedudukan selepas menyempurnakan satu lambungan yang cantik dan berkualiti tinggi.

Kedudukan 2-0 itu kekal hingga tamat perlawanan membolehkan kelantan mengukuhkan kedudukan dipuncak dengan kemenangan yang ke-9.

Kelantan kini 4 mata dihadapan JDT II yang kurang satu perlawanan dan 6 mata meninggalkan Terengganu 2 yang lebih satu perlawanan.

Pemain Kelantan United dan Skuad Projek FAM-MSN

Pada petang Rabu telah berlangsung perlawanan di antara dua pasukan Liga Perdana, Kelantan United dan Skuad Projek MSN di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Perlawanan yang berlangsung di dalam stadium kosong tersebut telah berakhir dengan aksi tumbuk menumbuk antara pemain kedua-dua pasukan, sehingga hampir mencetuskan Royal Rumble di tengah padang.

Terlebih dahulu, Kelantan United yang turun dengan jersi keramat merah putih pada awalnya dijangka akan mudah menguasai perlawanan. Iya lah, lawan budak sekolah, kan?

Tetapi bukan itu yang terjadi di mana Projek MSN berjaya memberikan saingan yang begitu kuat kepada pasukan tuan rumah.

Kesungguhan pasukan Projek MSN berhasil pada minit ketujuh apabila mereka berjaya menjaringkan gol pendahuluan. Gerakan bermula daripada sepakan percuma pendek dari tepi padang oleh Ubaidullah SHamsul, yang kemudiannya melorongkan bola kepada Hazwan Hassan.

Hazwan selepas itu melakukan satu hantaran lintang yang agak meliar ke dalam kotak penalti Kelantan United, dan ditanduk keluar oleh Faisal Rosli.

Bola tandukan tersebut sampai kepada Harith Najwan yang kemudiannya sekali lagi melakukan hantaran ke dalam kotak penalti Kelantan United.

Bola hantaran tersebut kalau ikutkan tidaklah bahaya mana tapi apabila Shuhei Fukai cuba menanduk keluar bola tersebut, dia secara tidak sengaja telah menanduk bola ke dalam gol sendiri, membuatkan penjaga gol, Fikri Che Soh tergamam.

Tersentak dengan gol awal tersebut, Kelantan United mula memperkemaskan permainan mereka dan cuba mengawal permainan, namun sering kali digagalkan oleh pemain Projek FAM-MSN yang berkampung di dalam kotak penalti tatkala diserang.

Satu masalah Kelantan United sebenarnya adalah apabila mereka melakukan serangan dan bola sampai berhampiran kotak penalti Skuad Projek FAM-MSN, mereka tidak mempuyai pemain yang cukup untuk menerima bola dalam kotak penalti.

Pemain yang digela Luca Modric Malaysia pula, Nik Akif Syahiran, gagal melakukan hantaran-hantaran berkualiti kepada pemain di bahagian serangan.

Pada minit ke-42, Kelantan United dihadiahkan sepakan percuma berhampiran dengan kotak penalti pasukan lawan. Pemain import, Njoku Jacob, mengambil sepakan tersebut dan tendangan lencongnya hampir tepat ke gawang Skuad Projek FAM-MSN dan sekadar melintasi palang.

Seminit kemudian, Njoku Jacob sekali lagi mencemaskan pintu gol Skuad Projek FAM-MSN apabila cubaan lencong kaki kirinya dari luar kotak penalti hampir menepati sasaran dan hampir menewaskan Aizat Aiman.

Itulah adat dalam bola sepak. Hampir ni tak dikira sebagai sesuatu yang soheh.

Separuh masa pertama tamat dengan pasukan tuan rumah ketinggalan satu gol kepada pasukan muda tersebut.

Masuk ke separuh masa kedua, Kelantan United dilihat mula mampu menyaingi dan mendominasi perlawanan.

Penantian Kelantan United untuk mendapatkan gol berakhir pada minit ke-52. Njoku Jacob sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada Skuad Projek FAM-MSN di mana dia berjaya menggelecek seorang pertahanan lawan sehingga tergolek kawan tu, lalu melakukan rembatan deras tepat ke arah Aizat Aiman.

Aizat Aiman dapat menepis bola tersebut pada mulanya, namun malang nasibnya apabila bola muntah di hadapan pemain Kelantan United, Asraf Aliffudin.

Tanpa membuang masa, dengan tenang Asraf menolak bola ke dalam gol tanpa dicabar oleh mana-mana pihak.

Pada minit ke-58, Kelantan United melakukan satu gerakan yang cukup baik. Gerakan bermula daripada Nik Akif yang melakukan satu killer pass di celah-celah pertahanan lawan dan berjaya diterima baik oleh Faisal Rosli.

Faisal kemudiannya melakukan drilled cross ke tengah kotak penalti namun bola dihadang oleh pemain pertahanan FAM-MSN.

Pemain Kelantan United menjerit mendakwa bola terkena tangan namun tidak diendahkan oleh pengadil.

Pada penghujung perlawanan, pemain Skuad Projek FAM-MSN melakukan serangan, cuba mencari gol kemenangan namun dapat dihadang oleh para pemain Kelantan United.

Bola dapat dicuri oleh Haziq Subri dan dia sepantas kilat cuba melakukan serangan balas pada minit ke-93.

Pemain Skuad Projek FAM-MSN ni bijak, tuan-tuan.

Apabila pasukan diserang balas, Farris Izdiham telah berindak menarik Haziq Subri dengan tujuan untuk melakukan foul dan menghentikan perlawanan, seterusnya memberikan peluang kepada rakan sepasukannya untuk berlari turun ke bawah.

Namun Haziq Subri yang ditarik itu ternyata tidak berpuas hati dan menghayun satu tumbukan ke arah Farris, namun hayunan tersebut hanya disambut oleh angin.

Saifuddin Abdullah yang berada di lokasi kejadian cuba menarik Haziq Subri yang dilihat tidak berpuas hati dengan Farris, namun dia pula yang ditumbuk pemain Kelantan United tersebut.

Tidak membuang masa, Saifuddin membalas tumbukan tersebut sambil memegang kepala pemain lawan.

Tidak lama kemudian, pemain lain mula tiba dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut sebelum bertukar menjadi Royal Rumble.

Pun begitu, rasa tidak puas hati pemain Kelantan United terhadap Farris masih belum padam di mana ada pemain mereka yang bertindak menolak kapten Skuad Projek FAM-MSN tersebut.

Pengadil kemudiannya melayangkan kad merah kepada Haziq Subri, namun menariknya pemain ini dilihat agak terkejut kerana menerima layangan kad tersebut.

Farris Izdiham pula dilayangkan kad kuning kerana menarik Haziq Subri.

Tidak lama kemudian, pengadil meniup wisel penamat, tanda penutup cerita kepada perlawanan yang melihatkan keputusan seri 1-1 antara kedua-dua pasukan.

BACA:  Vida Harap Magic Dan Pemain Kelantan Yakin Dengan Popov