Frank Bernhardt Kehabisan Wang, Terkandas Di Lembah Klang Dan Tidak Dapat Pulang Ke Jerman?

Menurut satu laporan dari Harian Metro, seorang jurulatih import dalam saingan Liga Super ketika ini hidup dalam keadaan tersepit di sekitar Lembah Klang sejak beberapa minggu lalu.

Petikan dibawah dari Harian Metro yang ditulis oleh Firdaus Hashim.

Difahamkan, pengendali yang baharu dipecat oleh pasukan di Liga Malaysia (Liga M) itu terpaksa tidur beberapa hari di dalam kereta selepas duit simpanannya habis.

Ketika ini individu terbabit terpaksa tinggal di sebuah stor milik rakannya sementara berusaha mencari dana untuk pulang ke negara asal.

Menurut beberapa sumber terdekat, jurulatih terbabit tidak terus pulang ke negaranya kerana masih menunggu tiket penerbangan yang dijanjikan oleh bekas majikannya sebelum ini.

Sebelum ini ketua jurulatih itu tinggal di hotel sehingga kesemua duit telah habis.

Dalam perenggan terakhir terdapat 3 pembayang lagi dan walaupun tidak menyebutkan namanya, jurulatih jelas ialah Frank Bernhardt.

Arena Metro cuba hubungi jurulatih itu namun gagal dihubungi. Status pengendali itu bukan biasa-biasa apabila pernah melatih sebuah pasukan kebangsaan dan juga pernah bergelar Pengarah Teknikal di luar negara.

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2023/08/997884/jurulatih-import-kena-pecat-kini-hidup-merana?fbclid=IwAR1b2vIGDhKtO16UKCNNsUbqZUE0t2w6YhzI9Ofzoe6U4TIv-lzkYcdNNkI

Analisis

1. Dia adalah jurulatih import di Liga Super.

Jawapan (7 orang); Esteban Solari (JDT), Bojan Hodak (KL City), Fandi Ahmad (Pahang), Tomislav Steinbruckner (Terengganu), Tomas Trucha (Kelantan United), Choi Moon-Sik (Kelantan) dan Frank Bernhardt (Kelantan)

2. Dia dipecat.

Jawapan (3 orang); Tomas Trucha (Kelantan United), Choi Moon-Sik (Kelantan) dan Frank Bernhardt (Kelantan). Sementara itu Bojan Hodak meletak jawatan.

3. Dia pernah melatih sebuah pasukan kebangsaan.

Jawapan (2 orang); tidak dinyatakan sama ada skuad senior atau junior hanya 2 dari 3 nama diatas pernah melatih skuad negara. Choi Moon-Sik (Korea Selatan B17) dan Frank Bernhardt (Estonia B19 dan B21/Malaysia B23).

4. Dia pernah menjadi pengarah teknikal skuad kebangsaan.

Jawapan (1 orang); Frank Bernhardt (Azerbaijan).

Merujuk kepada 4 pembayang yang disiarkan di Harian Metro cuma ada seorang sahaja yang memenuhi ciri-ciri tersebut iaitu Frank Bernhardt.

Bernhardt menyertai Kelantan dan dilantik sebagai pengarah teknikal kelab itu. Ketika itu hubungan Moon-Sik dengan pengurusan agak buruk.

Tidak lama selepas itu Moon-Sik dipecat dan Bernhardt dilantik sebagai ketua jurulatih baharu.

Dia diberi KPI tidak boleh kalah 5 kali berturut-turut. Bernhardt tewas dalam kesemua perlawanan liganya dan dipecat.

BACA:  Pemain Bola Sepak Malaysia Belum Faham Sepenuhnya Tentang Sukan Ini - Pemain Import Kelantan United