Bintang Piala Dunia Croatia Dan Pemain Import Selangor Meringkuk Di Penjara

Bekas penyerang Premier League dan pemain import Selangor dijatuhkan hukuman penjara selepas gagal membayar nafkah kepada bekas isterinya.

Basko Balaban beraksi 35 kali untuk Croatia di antara 2000 sehingga 2007 dan turut pernah beraksi di dua kejohanan Piala Dunia.

Pemain penyerang itu turut pernah beraksi bersama Aston Villa di Premier League selepas berhijrah dari Dinamo Zagreb dengan nilai perpindahan £5.8 juta.

Menerima bayaran £20,000 seminggu pada ketika itu, Balaban hanya tampil sembilan kali untuk Villa, dan tujuh daripada penampilan tersebut adalah sebagai pemain gantian.

Selepas dipinjamkan kembali ke Dinamo selepas itu, Balaban menyertai Club Brugge sebagai ejen bebas pada 2003.

Di penghujung kariernya, Balaban beraksi di Liga Malaysia bersama pasukan Selangor pada 2012. Jasa terbesarnya bersama pasukan Red Giants itu adalah ketika membantu pasukan itu layak ke pertandingan Piala AFC pada 2013.

Namun kini Balaban dilaporkan akan meringkuk di dalam penjara kerana gagal melunaskan bayaran nafkah kepada bekas isterinya.

Balaban berkahwin dengan Iva Radic, seorang model yang mendapat gelaran Miss Croatia pada 1995 dan kedua-duanya memiliki tiga cahata mata selepas lebih sedekad bersama.

Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 2017, dan Balaban diberikan tempoh selama dua tahun untuk melangsaikan nafkah seperti yang dimuktamadkan berjumlah £70,000.

Mahkamah di Zagreb baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara setahun selain tambahan empat tahun di dalam tempoh pemerhatian.

Balaban yang kini berusia 45 tahun pada 2017 berdegil enggan membayar jumlah tersebut kepada bekas isterinya.

Kini dia mungkin menyesal kerana walaupun jika Balaban mempunyai segala kekayaan di dunia, keputusan hukuman penjara tersebut adalah muktamad.

Sejak bersara Balaban bekerja sebagai ejen bola sepak dan mewakili pemain seperti Andrej Kramarc yang kini beraksi bersama Hoffenheim.

Balaban turut melibatkan diri di dalam pelaburan hartanah di Zagreb dan Rijeka di Croatia.

Bekas isterinya Radic pula terus aktid di dalam industri fesyen dan memiliki 113,000 pengikut di akaun Instagram.

BACA:  Hazwan Bakri, Penjaring Final Piala Malaysia 2015 Dan 2016