[VIDEO]: Anggota Polis Cedera Parah Dibakar Penyokong Legia Warsaw Di Villa Park

Aston Villa kecewa dengan keganasan yang berlaku sehingga menyebabkan tiga pegawai polis mengalami kecederaan selepas pertempuran berlaku dengan penyokong Legua Warsaw sebelum sepak mula perlawanan Europa Conference League pada awal pagi tadi.

Malah ada di kalangan anggota dilaporkan mengalami kecederaan parah kerana kebakaran yang dicetuskan penyokong pasukan lawan.

Sebelum perlawanan, nyalaan suar dan bahan letupan dibaling ke arah pihak polis selepas penyokong Legia yang kebanyakkannya tanpa tiket perlawanan mula berarak ke Villa Park.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 2-1 kepada pasukan tuan rumah, dan kejadian tersebut menyebabkan tidak seorang pun penyokong Legia memasuki stadium.

Pihak polis Birmingam melalui satu kenyataan berkata: “Kami tidak boleh membenarkan penyokong Legia memasuki stadium selepas kejadian di luar stadium di mana bahan letupan dibaling ke arah anggota.

Sebelum perlawanan jumlah tiket diperuntukkan kepada kelab dari Poland itu hanya dihadkan kepada 1,000 keping kerana potensi berlakunya kekacauan.

Walaupun mengetahui arahan tersebut penyokong Legia tanpa tiket tetap menghadirkan diri ke Villa Park.

Berikutan kejadian tersebut UEFA kini tidak membenarkan penyokong Legia hadir menyaksikan perlawanan di Mostar apabila pasukan itu menentang HSK Zrinjski selepas ini.

Walaupun mengetahui potensi berlakunya kekecohan daripada penyokong mereka sendiri, Legia Warsaw turut dikritik kerana tidak mengambil langkah diperlukan untuk menghalang kejadian keganasan seperti ini daripada berlaku.

Video yang mulai tular di media sosial menunjukkan penyokong Legia berkumpul di jalanan bersama botol dipercayai bom petrol sebelum berarak ke stadium sebelum mengakibatkan kecederaan kepada anggota polis bertugas.

BACA:  Kelab Elit Mahu UEFA Perkenalkan Slot 'Pasukan Bersejarah' Dalam Kelayakan ke UCL