TMJ Dedah JDT Tak Mampu Penuhi Permintaan Falcao

Penyerang antabangsa Colombia, Radamel Falcao terus kekal bersama Rayo Vallecano untuk saingan musim 2023/24 walaupun sebelum ini bertiup kencang pemain itu bakal beraksi di Liga Malaysia bersama JDT.

Melalui pendedahan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Falcao sememangnya telah hadir ke Iskandar Putri pada bulan lalu untuk melakukan perbincangan dengan juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu.

Bagaimanapun TMJ berkata JDT gagal mencapai kata sepakat untuk mengikat bekas penyerang Manchester United dan Chelsea itu kerana bayaran yang terlampau tinggi dipinta oleh pemain berusia 37 tahun itu.

“Masa beliau datang berjumpa dengan saya, memang betul kami ada perbincangan untuk membawa Falcao kesini, tetapi kelab tidak mampu,” jelas TMJ.

5

“Kami tidak mampu dengan harga yang beliau inginkan kerana harga itu terlampau mahal. Kami ingin menggunakan bajet yang ada untuk beli dua tiga pemain yang lain untuk pertingkat prestasi pasukan.”

“Jadi dalam strategy wise, untuk commercial wise adalah bagus, susah tentu beliau adalah pemain yang superstar, tapi kita juga perlu realistik.”

“Kerana itulah beliau sudah datang dan berjumpa tetapi kami tidak tandatanganinya,” ujar TMJ.

Tidak dapat dipastikan berapakah bayaran yang dipinta oleh Falcao untuk menyertai JDT.

Namun melalui laporan El Deportivo sebelum ini, JDT dikatakan perlu membayar sekitar USD 1 juta, atau bersamaan dengan RM4.45 juta selama semusim merangkumi pelbagai bayaran lain termasuk bonus.

Beberapa sumber daripada luar negara turut mendedahkan Falcao sebenarnya turut memberi keutamaan untuk kekal beraksi di Eropah untuk berada dekat dengan keluarganya, terutama isterinya yang sedang sarat hamil pada ketika ini.

BACA:  AFC Champions League 2020: JDT 2-1 Suwon Bluewing