Lena Pemain Selangor Dikejutkan Dentuman Bunga Api Menjelang Perlawanan Menentang JDT

Menjelang perlawanan separuh akhir Piala FA, pemain dan pegawai Selangor FC nyata tidak dapat tidur lena pada malam tadi.

Bukan kerana takut dengan juara bertahan Piala FA itu, tetapi malam skuad Selangor di hotel penginapan mereka dikejutkan dengan dentuman bunga api pada jam 3 pagi.

Berdasarkan perkongsiand di media sosial, skuad Selangor dipercayai menginap di tingkat 10 di salah sebuah hotel di Johor Bahru.

Pasukan itu tiba di Johor sehari lebih awal untuk perlawanan separuh akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada malam tadi.

Video dentuman bunga api itu dikongsikan oleh doktor perubatan skuad The Red Giant, Dr. Hazwan Khair dengan kapsyen: “Bagaimana nak tidur dengan keadaan begini?

“Dah seperti jam alarm. [Dentuman] betul-betul berlaku di luar tingkap hotel.”

Tidak dapat dipastikan berapa lamakah kejadian tersebut berlaku sebelum pemain dan pegawai Selangor boleh kembali lena.

Perbuatan bermain bunga api di luar hotel penginapan Selangor itu dipercayai dilakukan oleh penyokong JDT.

Taktik tersebut, kebiasaannya dilakukan di bola sepak Eropah bertujuan untuk menganggu tidur dan fokus pemain lawan.

Antara contoh kejadian yang pernah berlaku di Eropah ialah apabila penyokong Liverpool turut menyalakan bunga api di luar hotel penginapan skuad Real Madrid sebelum pertemuan di antara kedua-dua pasukan di peringkat di Merseyside pada Februari lalu.

Taktik tersebut bagaimanapun tidak berkesan apabila Liverpool tewas 5-2 di Anfield, setelah turut tewas 1-0 di perlawanan pertama di Estadio Santiago Bernabeu.

Perlawnan di antara JDT dan Selangor pada malam ini menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan untuk menentukan lawan yang akan mara menentang KL City FC di perlawanan akhir nanti.

Stadium Sultan Ibrahim turut dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA pada musim ini, kerana Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih di dalam proses baik pulih.

BACA:  JDT Invincibles Lagi dan Terengganu Mencilok Untuk Slot Piala AFC