“Kami Seperti Real Madrid”- Penyokong Arsenal Kagum Rekaan Jersi Serba Putih

Ramai penyokong Arsenal kagum dengan rekaan terbaru jersi serba putih yang dipakai buat kali pertama oleh pasukan itu di perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Liverpool pada awal pagi tadi.

Arsenal tidak memakai jersi kebiasaan berwarna merah yang dipakai selama ini untuk menyokong kempen ‘No More Red’ oleh Adidas.

Kempen yang dimulakan pada 2022 oleh syarikat pengeluar barangan dan pakaian sukan terkemuka berpengkalan di Jerman itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada golongan muda daripada jenayah melibatkan pisau dan keganasan di kalangan remaja.

Tatkala tujuan kempen tersebut sangat jelas, penyokong turut memuji rekaan terbaru jersi pasukan kesayangan mereka itu di media sosial.

Malah ramai di kalangan penyokong Arsenal berharap jersi tersebut dipakai secara lebih kerap untuk perlawanan mendatang.

“Biasanya saya benci set jersi keluaran khas, tetapi jersi serba putih Arsenal tampak menawan dan ia memberikan mesej penting yang sangat relevan,” kata salah seorang daripada mereka.

“6 percubaan dalam tempoh 15 minit [ke arah gawang Liverpool], jersi ini menjadikan Arsenal seolah-olah seperti kami ini Real Madrid,” kata seorang lagi.

Malang sekali buat Arsenal apabila mereka tewas 2-0 dengan jersi serba putih mereka. Walaupun tampak seperti skuad Los Blancos, penyudah tumpul skuad kendalian Mikel Arteta jauh sekali berbeza berbanding kualiti yang dimiliki oleh pasukan kendalian Carlo Ancelotti.

Dalam perlawanan yang berlangsung di stadium Emirates ini Arsenal mendominasi perlawanan sejak wisel sepak mula dengan serangan bertali arus dan menggila namum tiada gol kunjung hadir.

Tanpa pemain pertahanan terbaik dunia dulu kini dan selamanya, Virgil Van Dijk ternyata Liverpool goayang dik goyang memaksa Alisson Becker bekerja keras.

Diawal minit permainan, penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale hampir saja mencetak nama pencipta bantuan gol apabila hantaran bola panjangnya berjaya menemui Reiss Nelson.

Reiss Nelson berjaya melepasi melepasi pertahanan Liverpool dan memperdayakan Alisson yang meluru keluar namun Reiss Nelson memilih jaring luar sebagai sasaran dari sudut sempit.

Kai Havertz yang mengetuai jentera serangan tanpa kehadiran Gabriel Jesus yang cedera cuba menewasakan Alisson dengan percubaan lencong namun gagal pada minit ke-11.

Serangan menggila babi terus dilancarkan Arsenal dan peluang terbaik hadir dalam situasi kelam kabut apabila Bukayo Saka berjaya merampas bola dari Joe Gomez.

Saka menghantar bola kepada Havertz yang tidak dikawal lalu menolak kepada Nelson yang pantas dicabar Ibrahima Konate dengan satu hadangan. Bola sampai kepada Martin Odegaard namun rembatan deras Martin Odegaard menyinggah palang.

Liverpool bertahan dengan baik dan hanya berjaya mempunyai peluang melakukan percubaan dipertengahan permainan babak pertama melalui Darwin Nunez dan sengat serangan Arsenal mula berkurang berkadaran dengan masa permainan.

Segala percubaan Arsenal berjaya digagalkan Alisson, peluang terbaik Liverpool hadir melalui Trent Alexander Arnold yang sekali menggegar palang mengimbau kenangan dalam perlawanan hujung tahun lalu.

Bersambung permainan selepas rehat, Liverpool berjaya mengimbangi permainan dan serangan Arsenal semakin tawar dan sendu seperti biasa, garang tetapi tidak menyengat.

Tindakan Odegaard mengasari Gravenberch di luar kotak penalti menghadirkan sepakan percuma yang diambil Trent Alexander Arnold yang menyaksikan gol pertama perlawanan terhasil.

Disangkakan Luis Diaz berjaya melakukan tandukan rupanya malang buat Jakub Kiwior yang telah tertanduk ke gawang sendiri cukup untuk menewaskan Ramsdale.

Arsenal yang bermain di hadapan penyokong sendiri tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan dan Luis Diaz terus mematikan usaha Arsenal dengan gol kedua di masa kecederaan.

Tanpa dikawal, Luis Diaz yang menerima hantaran dari Diogo Jota melepaskan rembatan kencang ke penjuru atas menewaskan Ramsdale buat kali kedua dan menendang keluar Arsenal dari Piala FA.

BACA:  Van Dijk: "Ingatlah Semua Betapa Bagusnya Kita"