KJ Bakal Jadi CEO JDT 24 Jam Selepas Dipecat UMNO?

Bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau mesra dengan panggilan KJ bakal menjadi Chief Executive Officer (CEO) Johor Darul Ta’zim (JDT)? selepas 24 jam dipecat sebagai ahli The United Malays National Organisation (UMNO).

Untuk makluman semua yang tidak tahu UMNO atau PEKEMBAR ini bukanlah sebuah pasukan bola sepak atau kelab sukan serta rekreasi tetapi merupakan sebuah parti politik yang pernah memerintah Malaysia selama 60 tahun.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar bukanlah nama asing dalam acara sukan dan bola sepak apabila pernah menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta seorang yang aktif bersukan.

Idea Program pembangunan bola sepak negara (NFDP) telah direalisasikan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar sewaktu bertugas dan dari situlah wujudnya Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan KJ pernah menyertai uji bakat My Team yang terkenal suatu ketika dahulu.

Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail (TMJ) melalui Instagram storynya telah memuat naik gambar bersama KJ dengan kapsyen:

“Bakal CEO JDTFC dan Penasihat Belia Negeri Johor.”

Kredibiliti dan hasil kerja serta prinsip Khairy Jamaluddin Abu Bakar sangatlah diakui mantap dan terbaik serta merupakan antara ahli politik yang dihormati pihak lawan dan disenangi ramai.

Pergolakan politik di dalam parti sarkis UMNO dan penentangannya terhadap Presiden parti menyebabkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah dipecat dari parti kesayangannya.

Dengan reputasinya banyak parti politik sedia menerima Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan selepas dipecat tidak pasti ke mana hala tuju kariernya selepas ini dan pengumuman TMJ ini disambut baik oleh orang ramai. Dua insan hebat bergabung.

JDT kini dalam rangka persiapan pra musim di Dubai berdepan dengan beberapa kelab dari Eropah. JDT dalam misi mempertahankan kesemua piala domestik pada musim hadapan. Ini selepas pencapaian gemilang mereka menamatkan musim dengan Treble serta trofi sumbangsih.

JDT sudah mengumumkan beberapa muka baharu di dalam pasukan mereka termasuk ketua jurulatih. Nampaknya JDT masih lagi pasukan pilihan utama untuk menjadi juara Liga Super musim hadapan walaupun liga Malaysia tidak tahu bila bermula.

Selain daripada aksi di peringkat domestik, JDT juga sekali lagi akan beraksi bersama kelab handalan Asia yang lain dalam Liga Juara Juara Asia / AFC Champions League dan ada kebarangkalian untuk bertemu pasukan Cristiano Ronaldo, Al Nassr.

Khairy Jamaluddin pernah mencetuskan sensasi apabila mewakili pasukan Polo Malaysia di Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur dan berjaya menewaskan Brunei yang diketuai oleh Putera Abdul Mateen Bolkiah yang menjadi idaman gadis-gadis di tepi padang.

Di Sukan Sea 2017 juga KJ menjadi igauan gadis-gadis Indonesia kerana isu bendera di majlis pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 lantaran kekacakannya yang sinonim dengan tall.dark.handsome.

Disebalik keradangan warga Indonesia atas kelalaian ini, media Indonesia telah melabelkan sesetengah warga mereka sebagai salah fokus apabila terpanan dengan sosok Khairy Jamaluddin yang memilik paras rupawan.

Begitulah kehebatan KJ ketika menjadi Menteri yang menggunakan kekacakan untuk meredakan serangan dari negara jiran.

BACA:  JDT Menang Tipis Ke Atas Sabah Dalam Perlawanan Penuh Kontroversi