TMJ Tempelak Laporan Bergson Da Silva Bakal Sertai Kedah Tak Logik Dan Tiada Asas

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menempelak laporan tidak berasas oleh sebuah portal tempatan yang mengaitkan perpindahan ayam tambatan pasukan itu, Bergson da Silva ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC) baru-baru ini.

Melalui laporan tersebut, Bergson dikatakan akan dipinjamkan ke KDA FC dan perpindahan tersebut perlu dilakukan oleh JDT untuk memberi laluan kelab itu mendaftarkan penyerang Colombia, Radamel Falcao.

Khabar angin tersebut bagaimanapun dilabel oleh TMJ sebagai tidak logik dan munasabah kerana JDT sentiasa menjadi kelab impian mana-mana pemain kerana struktur yang diamalkan oleh kelab itu.

“Logic? Sapa sapa yang keluarkan cerita dan inginkan content or traction perlu mention JDT.

“Sapa pula yang percaya lagi jahil dari yang keluarkan cerita. Apa yang ada di JDT? Apa yang ada di pasukan lain?” Persoal TMJ.

“So letak diri anda di tempat players JDT menagapa perlu mereka keluar? Game time? Di JDT “quality” games.

“Bukan setakat main setiap game tetapi lawan pasukan apa? Di JDT friendly sahaja berkualiti tinggi. Contoh lawan Dortmund, Zenit, FC Moscow dan lain lain.

“Game di ACL semua players terlibat setiap tahun main Quality Matches. Safawi pergi loan akhirnya balik ke JDT sendiri dan nak stay dengan JDT.

“Kenapa? Duit, pencapaian, facilities, “Quality Matches dan Pertandingan, high chance mencipta sejarah dan record dalam CV career.

“So lagi sekali logic atau tidak mana mana pemain nak keluar JDT? Jikalau keluar pun misti ada perancangan tertentu oleh club.

“JDT adalah destinasi terbaik untuk mana mana permain bolasepak. So rumors macam ni semata mata nak traction dan baseless,” jelas TMJ.

Bergson adalah penjaring terbanyak Liga Super pada musim lalu, namun kecederaan yang dialaminya pada musim ini sedikit sebanyak menjejaskan jumlah jaringan yang mampu dicapainya pada musim ini.

KDA FC pula kini sedang giat mencari pengganti kepada William Lira yang dilepaskan secara persetujuan bersama baru-baru ini setelah gagal menampilkan prestasi yang diharapkan sepanjang separuh musim Liga Malaysia setakat ini.

BACA:  JDT Juara Piala FA 2022