Piala Malaysia 2021 Separuh Akhir Kedua : Melaka United 1-1 Kuala Lumpur (Agg. 2-2, Pen. 5-3)

Aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021 menemukan dua pasukan underdog, Melaka United dan Kuala Lumpur akan diketahui siapa pemenangnya untuk mara ke perlawanan akhir.

Dua pasukan pilihan yang berentap sesama sendiri, JDT atau Terengganu FC bakal menjadi lawan kepada pemenang perlawanan Melaka United dan Kuala Lumpur FC.

Pada peringkat separuh akhir begini sukar untuk diramal siapa yang akan layak kerana setiap pasukan berada dalam prestasi terbaik.

Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengesahkan pemain tengahnya, S. Kumaahran terpaksa diketepikan dalam perlawanan ini kerana kecederaan.

Kejutan awal menanti Kuala Lumpur FC di Melaka apabila berlaku ‘blackout’ menjelang perlawanan bermula di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.

Perlawanan terpaksa ditangguhkan dari masa sebenarnya, mengikut jadual perlawanan akan berlangsung pada jam 9 malam.

Akhirnya masalah teknikal melibatkan gangguan elektrik tersebut berjaya diselesaikan selepas beberapa jam bergelap dan perlawanan bermula pada pukul 10 malam.

Perlawanan dimulakan seperti yang dirancang walaupun lewat selama sejam dan JDT perlu sedikit sabar menunggu bagi mengetahui siapa lawan mereka di final.

J. Partibhan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-9 yang berpunca dari sepakan penjuru, situasi kelam kabut depan gol di manfaatkan sepenuhnya J. Partiban.

Gol ini telah memadamkan kelebihan Melaka United yang mempunyai gol tempat lawan apabila menjaringkan satu gol ketika perlawanan di Cheras.

Tempoh 45 minit pertama tiada perubahan yang dari segi jaringan dan perlawanan berlangsung tidak berapa menarik. Tidak cukup rempah untuk perlawanan separuh akhir.

Pemain kontroversi ketika menentang Sabah yang telah memijak Amri Yahyah yang sudah cedera, Ahmad Syamim Yahya telah menjadi wira Melaka United dengan gol penyamaan pada minit ke-65.

Gol ini juga berpunca dari sepakan penjuru yang ditanduk Akmal Zahir jatuh betul-betul didepan gol Kuala Lumpur lalu mudah ditolak Ahmad Syamim Yahya.

Tamat masa perlawanan sebenar kedudukan masih lagi terikat 1-1 dan secara agregatnya 2-2, pemenang akan ditentukan di masa tambahan.

Kekuatan mental dan stamina pemain jelas teruji dan pemain jelas kepenatan apabila terpaksa menunggu beberapa jam untuk perlawanan bermula kerana blackout.

Menunggu itu satu penyiksaan. Melepasi jam 12 malam perlawanan diheret 30 minit lagi. Kalau penalti lagi panjang.

Tamat 15 minit pertama masa tambahan kedudukan semasa dan agregat masih lagi terikat. Beberapa peluang yang ada gagal disudahkan.

Permainan di masa tambahan ini menyaksikan Melaka United lebih bernafsu untuk menang dengan percubaan demi percubaan tetapi Kuala Lumpur masih kebal.

Wan Zahrul Nizam memperoleh peluang terbaik namun chip sedikit lemah dan gagal disambar rakan sepasukan, pertahanan Kuala Lumpur pantas mengeluarkan bola.

Ketika Kuala Lumpur melancarkan serangan terakhir pengadil perlawanan meniup wisel penamat dan ini mengundang kemarahan Bojan Hodak.

Paulo Josue, Adriano Narcizo, Romel Morales, Manuel Ott dan Indra Putra Mahayuddin tiada masalah untuk menjaringkan penalti.

Pemain tengah Melaka United, Giovane Gomez gagal menyempurnakan sepakan ketiga Melaka dengan rembatan kencang ke tengah terkena palang.

Hadin Azman tenang menjaringkan sepakan keempat dan memberi tekanan kepada Sony Norde yang membuat rembatan kencang ke kanan atas.

Giancarlo Gallifuoco mengambil sepakan kelima dan berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menyentuh bola namun tidak cukup.

Kuala Lumpur City FC 5-3 Melaka United. Penantian 32 tahun Kuala Lumpur untuk ke final Piala Malaysia akhirnya berakhir dan akan bertemu JDT.

Piala Malaysia 2021 Separuh Akhir Pertama : Kuala Lumpur 1-1 Melaka United

Kuala Lumpur FC yang mempamerkan aksi konsisten sepanjang saingan Piala Malaysia 2021 ini menepati jangkaan ramai untuk mara ke separuh akhir dengan lancar sekali.

Sang Gergasi Merah, Selangor FC yang menjadi lawan Kuala Lumpur di suku akhir bukanlah lawan dan mudah ditumbangkan dalam kedua-dua perlawanan.

Kuala Lumpur menang 2-0 di stadium Selayang dan membawa kelebihan gol tempat lawan untuk perlawanan kedua dan menang satu kosong.

Kememangan dengan agregat 3-0 membawa Kuala Lumpur bertemu Melaka United yang menewaskan Sabah dengan agregat 3-1.

Kontroversi tercetus selepas perlawanan apabila penyokong Kuala Lumpur FC telah menceroboh padang sekaligus melanggar standard operating procedure (SOP).

Kuala Lumpur FC terpaksa bermain tanpa penyokong mereka untuk perlawanan menentang Melaka United di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Melaka United menang perlawanan pertama 1-0 di Likas dan turut mencatatkan kemenangan 2-1 di laman sendiri, di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.

Ini merupakan pertama kali Melaka United mara ke separuh akhir Piala Malaysia sejak tahun 1983.

Pada ketika itu skuad Melaka dibarisi pemain bertaraf legenda seperti Datuk Soh Chin Ann, Wong Kou Fou, Ramli Junit, Rahim Abdullah, Hashim Marman, Lim Chuan Chin dan Akop Itam.

Melaka United dan Kuala Lumpur FC merupakan pasukan underdog dalam saingan Piala Malaysia kali ini jika diukur kepada prestasi mereka di Liga Super.

Perlawanan bermula seimbang, Roman Morales terlebih dahulu mencuba dengan satu tandukan pada minit pertama yang sedikit tinggi.

Sony Norde membalas dengan percubaan luar kotak penalti yang mengelirukan yang juga sedikit sahaja melewati palang. Namun Melaka United terlebih dahulu berada dihadapan pada minit ke-8.

Adriano Narcizo menjaringkan gol pembukaan melalui satu sepakan percuma deras yang cantik jauh menjangkaui benteng dan juga penjaga gol Kuala Lumpur, Kevin Ray Mendoza.

Penjaga gol Kuala Lumpur, Kevin Ray Mendoza terus diuji dengan percubaan dari pemain Melaka United tetapi tidak tertewas lagi.

Pada minit ke-26 Zhafri Yahya menyamakan kedudukan dengan satu tandukan yang sangat manis tetapi tajam menyempurnakan umpanan cantik Paulo Josue.

Gol berpunca dari Zhafri Yahya yang merampas pengusaan bola melalui body contact dan bola terus sampai ke kaki Paulo Josue.

Zhafri Yahya terus melakukan larian tanpa bola ke dalam kotak dan terus menyambut umpanan ketua pasukan Kuala Lumpur menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Kedudukan separuh masa pertama kekal dengan keputusan terikat seri 1-1.

Separuh masa kedua menyaksikan tiada gol tambahan sehingga tamat perlawanan segala percubaan telah dinafikan oleh penjaga gol kedua-dua pasukan.

Melaka United membawa bekalan gol tempat lawan untuk separuh akhir kedua. Kuala Lumpur melebarkan rekod tanpa kalah mereka di Cheras kepada 21 perlawanan.

BACA:  Mehmet Bangga Dengan Semangat Juang Anak Buah Ketika Tumpaskan Terengganu