Kad Merah Casemiero: Erik ten Hag Mempersoalkan VAR Yang Dayus Dan Tiada Pendirian

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag telah menyelar pengunaan VAR dalam kancah bola sepak Liga Premier sebagai tiada pendirian, dayus selepas pemain tengah pasukan itu, Casemiro dilayangkan kad merah dan digantung perlawanan buat kali kedua dalam sejarah penampilan beliau bersama Manchester United.

Pada perlawanan Liga Premier yang berlangsung semalam, Manchester United gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang kelab yang berada di zon penyingkiran iaitu Southhampton. Mungkin kerana terkesan dengan program CSR “Jom Sedekah Mata Kepada Kelab Bawahan” yang dibawa Liverpool, maka hari ini Manchester United turut sama berbesar hati menyumbangkan satu mata buat kelab bawahan. Sungguh mulia.

Tambahan mulia lagi, apabila Manchester United sengaja bermain 10 orang menentang Southampton apabila pemain tengah mereka, Casemiro dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan kasar ke atas pemain Southampton, Carlos Alcaraz. Pada awalnya pengadil hanya memberikan kad kuning kepada Casemiro, namun selepas dilihat kembali ulang tayang menerusi VAR, pengadil Anthony Taylor menukar kuning kepada merah kerana kedudukan kaki Casemiro yang tinggi sewaktu melakukan terjahan kasar.

Erik ten Hag kelihatan berang dengan keputusan pengadil selepas semakan oleh VAR, terutamanya selepas pemain Leicester City, Ricardo Pereira yang melakukan terjahan yang sama keatas pemain Chelsea, Joao Felix pada sabtu lalu, namun terlepas dari hukuman yang sama.

Erik ten Hag juga merasakan yang sepatutnya Manchester United dihadiahkan sepakan penalti apabila pertahanan Southampton, Armel Bella-Kotchap didakwa terkena tangan dari bola hantaran lintang oleh pemain Manchester United, Marcus Rashford didalam kotak penalti.

“Apa yang bermain di benak fikiran saya saat ini hanya tentang ketidakjituan, para pemain tidak ngerti lagi soal polisi VAR,” ulas Erik ten Hag yang diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. “Saya merasakan, jika kamu liat perlawanan antara Leicester City menetang Chelsea, VAR tidak kelihatan membantu soal semakan perlawanan.”

“Tetapi hari ini, disaat ketika ini, VAR begitu aktif membuat semakan perlawanan, tetapi ketika dua situasi di mana berada dalam keputusan yang jelas penalti, VAR tidak pula kunjung tiba melakukan semakan. Saya merasakan terutamanya situasi yang pertama, ia sangat jelas serta terang lagi bersuluh adalah terkena tangan. Jadi sebetulnya apa polisi VAR?”

Untuk rekod, ini adalah kali ke 32 Manchester United merekodkan keputusan seri tanpa jaringan kosong kosong kosongggg semenjak pemergian pengurus lagenda Manchester United, Sir Alex Ferguson pada tahun 2013, yang juga pasukan paling banyak merekodkan keputusan seri kosong kosong kosongggg sejak musim 2013-14.

Pemain kebangsaan Brazil, Casemiro telah dibuang padang sebanyak dua kali, selepas pertama kali dibuang padang kerana bertengkar dengan pemain tengah Crystal Palace, Will Hughes pada Februari yang lalu. Casemiro dijangka akan terlepas empat perlawanan domestik mewakili Manchester United, tetapi didalam bual bicara usai perlawanan, pengurus Erik ten Hag dilihat mempertahankan pemain berusia 31 tahun yang juga bekas bintang kelab Real Madrid.

“Terdapat kekeliruan lain dalam polisi VAR, pada awal musim pihak pengadilan datang dengan polisi: ‘Kami adalah Liga Premier; kami akan bertambah kuat dan mahukan intensiti yang lebih laju dalam permainan,” tambah Erik ten Hag. “Casemiro adalah pemain yang dah bermain hampir 500 perlawanan di serata Eropah dan beliau belum pernah mendapat sebarang kad merah [secara terus], dan sekarang beliau dah mengumpul dua koleksi kad merah. Beliau bermain keras, tapi secara adil. Juga pada perlawanan kali ini beliau bermain dengan adil, begitu juga pada perlawanan menentang Crsytal Palace. Keputusan ini sangat dipersoalkan.”

“Sesiapa yang tahu berkenaan sukan bola sepak, bila melihat rakaman yang terhenti akan melihat ia adalah terjahan yang kasar — tetapi jika seseorang itu benar benar tahu berkenaan sukan bola sepak, mereka boleh menilai terjahan yang mana kasar dan mana yang adil. Casemiro adalah seorang pemain yang sangat bermain dengan adil, bermain keras tapi adil. Rekod yang becakap hal ini, beliau bermain lebih dari 500 perlawanan besar, tidak pernah sekali pun dibuang padang.”

Pada tamat perlawanan tersebut juga boleh dilihat, peminat Manchester United tetap utuh protes “Glazer Out” dikawasan terowong sementara pemain memasuki bilik persalinan usai perlawanan.

Rating pemain Manchester United:  De Gea 8 Wan Bissaka 7 Varane 8 Martinez 8.5 Shaw 7.5 Casemiro 3 Fernandes 6 Sancho 6 Antony 5 Rashford 5 Weghorst 5 SUBS: McTominay 8.5 Garnacho 6 Pellistri 6 Fred & Maguire N/A

MOTM: Scott McTominay

BACA:  Penyokong Liverpool Beri Sokongan Padu Kepada Setan Merah, Tetapi Maguire Paling Tenang