Kai Havertz menderita patah jari kelengkeng selepas kejayaan beliau meledak gol pembukaan ketika aksi kemenangan 2-0 Chelsea menewaskan Tottenham Hotspur awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Jerman itu meletakkan Chelsea satu gol di hadapan dalam aksi perlawanan peringkat separuh akhir (leg pertama) saingan Carabao Cup bertemu Spurs.
Beliau berjaya meledak gol selepas Japhet Tanganga mudah memberikan bola kepadanya, dan Havertz cemerlang tidak mensia-siakan kesempatan tersebut untuk menghasilkan gol.
Kai Havertz and slapstick Tottenham defending give Chelsea first-leg victory https://t.co/xRRAwcMG3B
— The Guardian (@guardian) January 5, 2022
Marcos Alonso memainkan peranan penting dalam membuka ruang untuk Havertz yang kemudiannya melepaskan rembatan lalu bola rembatan beliau terbias terkena kaki Davinson Sanchez sebelum menerjah jaring gawang gol.
Walau bola terkena kaki Davinson Sanchez sebelum masuk ke dalam gawang gol, namun gol tersebut tetap diberikan kepada Havertz kerana percubaan beliau on target.
Sebaik menjaringkan gol, para pemain Chelsea meluru ke arah Havertz untuk meraikan gol tersebut, namun beliau pada ketika itu sepertinya tidak berminat untuk terlibat dengan keraian.
Kai Havertz was made for big games. ⚡️ pic.twitter.com/ELyq7XGj6f
— 90min (@90min_Football) January 5, 2022
Beliau nampak benar-benar tidak selesa dan kerap memegang tangannya seolah-olah beliau berada dalam kesakitan yang teramat sangat.
Hakikatnya beliau sememangnya sedang menderita kesakitan kerana jarinya pada ketika itu sudah patah selepas terjatuh dan berlaga dengan Hugo LIoris.
Beliau walau bagaimanapun tetap terus bermain walau dalam keadaan jarinya yang sudah patah, dah berjaya menghabiskan aksi 45 minit pertama dalam perlawanan ini.
Para peminat di media sosial memberikan pujian yang menggunung kepada Havertz, kerana merasakan beliau sangat berhak untuk dipuji.
— Amr (@Amr21DS) January 5, 2022
Havertz broke his finger jeez pic.twitter.com/CfUoJuqjt5
— CFCNoBias ⭐⭐ (@CFCNoBias) January 5, 2022
Havertz playing with a broken finger 😥😥 pic.twitter.com/3cGlxJqxYB
— Njabulo (@Njabulo_rx) January 5, 2022
⚠️ Bit Graphic! ⚠️
Right 5th finger (pinky) injury for Chelsea’s Kai #Havertz.
Need another angle but seems swan neck type deformity by this image. Was being manipulated on pitch. Whether truly soft tissue vs dislocation/fracture yet TBD.#CFC #EPL #CHETOT #CarabaoCup pic.twitter.com/RU9sRzlzE0— InjuryMechanisms (@IMechanisms) January 5, 2022
“Dia terus bermain walau jari dia sudah patah dan saya boleh nampak dia langsung tak selesa. Tapi demi lencana di dada dia tetap bermain.”
“Dia layak untuk jadi pemain kesayangan peminat, jari dah patah dia masih terus bermain dan tidak memilih untuk keluar di awal permainan.”
“Ini yang dinamakan sebagai pengorbanan, dia berkorban demi skuad, kalau dia keluar dari awal perancangan asal akan berubah dan ia akan mengganggu persembahan.”
“Dia sedar ini perlawanan penting, kerana itu dia tetap bermain walau sedang bergelut dengan kesakitan. Saya terharu melihat usaha dan sumbangan dia.”
“Walau dia masih muda, tapi apa yang dia tunjukkan saya rasa pemain senior pun tak mampu lakukan, pemain macam ini kalau kelab bayar £100 juta pun berbaloi.”
Selepas kejayaan beliau menjaringkan gol itu, para petugas kesihatan Chelsea segera memberi rawatan kepada bekas bintang Bayer Leverkusen itu.
Antes da partida entre Chelsea e Tottenham, Kai Havertz conversou com o ex presidente Lula e prometeu fazer uma homenagem ao político no jogo. A intenção era ter o dedo mindinho arrancado após marcar um gol. O gol veio, mas acabou não dando certo e o Kai ficou com o dedo fodido. pic.twitter.com/LpkHqEgoCT
— havertz depre (@kaihavertzdepre) January 5, 2022
Beliau nampak sangat tidak selesa dan berada di bawah kesakitan yang teramat sangat.
Beliau sekadar meminta petugas kesihatan untuk membalut jarinya, lalu memakan paint killer sebelum beliau masuk untuk meneruskan permainan seperti biasa.
Havertz was about to go back on but Tuchel insisted his two fingers were strapped – looks like a broken finger but can’t be entirely sure.
— Carrie Brown 💙 (@CarrieBrownTV) January 5, 2022
Havertz sebelum ini berjaya mencatatkan hat-trick ketika bertemu Barnsley dan turut menjaringkan satu gol ketika beraksi bertemu Southampton di pusingan awal dalam saingan Carabao Cup di Stamford Bridge.
Dalam perlawanan separuh akhir ini beliau sekali lagi berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol, sebelum dikeluarkan pada babak kedua permainan kerana beliau sudah tidak mampu untuk bertahan.
Sebaik bermula aksi babak kedua, Thomas Tuchel segera mengeluarkan Kai Havertz, dan memasukkan rakan senegaranya, Timo Werner.
Chelsea sebelum tamat aksi babak pertama sudah berjaya menggandakan kedudukan menjadi 2-0 selepas Ben Davies menjaringkan gol sendiri.
Kai Havertz's record in EFL Cup:
⚽️⚽️⚽️vs Barnsley
⚽️vs Southampton
⚽️vs TottenhamAt home in the competition.🏠 pic.twitter.com/p3cQiul5WS
— Squawka Football (@Squawka) January 5, 2022
Aksi babak kedua, tanpa Havertz di atas padang, The Blues gagal untuk menambah jaringan, seterusnya mengesahkan kemenangan 2-0 Chelsea menewaskan Spurs.
Para pemain Tottenham Hotspur gagal untuk mencipta walau satu percubaan tepat pada aksi babak pertama dalam perlawanan ini.
Kai Havertz #CHETOT pic.twitter.com/UyNdLKdjOb
— ً (@Mohxmmad) January 5, 2022
Antonio Conte jelas sangat kecewa dengan persembahan anak-anak buahnya dan terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 di bumi Stamford Bridge ini.
Sumber: SPORTbible