Kane Tolak Pinangan PSG Dan Hanya Mahukan Bayern Munich

Harry Kane tidak berminat dengan tawaran yang dikemukakan oleh Paris Saint-Germain (PSG) dan hanya mahukan perpindahan ke Bayern Munich pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ini bermakna impian PSG untuk menggandingkan penyerang antarabangsa England itu dengan Kylian Mbappe tidak akan menjadi kenyataan.

Laporan tersebut tiba tidak lama selepas kelab Ligue 1 itu menaikkan usaha untuk bersaing dengan Bayern Munich untuk mendapatkan tandatangan Kane.

Malah pada minggu lalu wakil daripada PSG, Jan-Christian Dreesen telah mengadakan pertemuan dengan pengerusi Tottenham, Daniel Levy untuk berbincang mengenai potensi perpindahan tersebut.

Melalui pertemuan itu PSG menawarkan bayaran secara tunai beserta pemain muda Xavi Simons untuk mendatangkan Kane ke Parc des Princess.

Walaupun terdapat minat daripada PSG Kane hanya memberikan fokus kepada minat daripada Bayern โ€“ setakat ini telah melakukan dua bidaan yang ditolak Levy yang bertegas mahukan tawaran tidak kurang daripada ยฃ100 juta untuk penyerang itu.

Tawaran terakhir yang dilakukan oleh Bayern setakat ini bernilai ยฃ70 juta telah ditolak oleh kelab London itu.

Bayern bagaimanapun tetap yakin Kane mahukan perpindahan ke Bundesliga dan kelab Bavarian itu masih yakin mampu mendapatkan sasaran utama mereka itu di jendela perpindahan musim panas ini.

Dan sekiranya Bayern dan Tottenham mampu mencapai kata sepakat untuk perpindahan Kane, Levy dilaporkan mahu mendapatkan penyerang Juventus, Dusan Vlahovic sebagai pengganti.

Di sebalik pelbagai spekulasi mengenai masa depannya, Kane sudah pun melaporkan diri untuk latihan bersama Spurs di bawah kendalian pengurus baharu, Ange Postecoglu.

Postecoglu sudah melakukan pertemuan dengan Kane dan berkata beliau tidak melihat atau mendengar apa-apa mengenai perpindahan pemain itu ke Bayern pada musim panas ini.

โ€œAda lebih ramai individu yang lebih mengenali Kane daripada saya tetapi pemain itu tidak akan dipengaruhi oleh apa pun.

โ€œDia kini berada di sini dan memberikan komitmen kepada apa yang kami sedang usahakan untuk pasukan.

โ€œItulah yang saya lihat pada masa ini. Pada saya [berita perpindahan] tidak memberikan kesan kepada saya. Tidak ada sesiapa pun berbicara kepada saya mengenai Munich.

โ€œJika ada kelab lain mahu bercakap mengenai pemain yang memiliki kontrak bersama kami, maka itu hal mereka, dan ia tidak menjadi isu kepada kami,โ€ kata Postecoglu.

Ditanya wartawan mengenai perbincangan beliau bersama Kane, pengurus dari Australia itu berkata: โ€œHanya perbualan yang baik. Tidak ada perkara yang menggemparkan atau perbualan yang membawa maksud apa-apa.

โ€œSaya perkenalkan diri saya, dan kami bercakap mengenai kelab dan pendapat beliau di mana kami boleh menambah baik pasukan.

โ€œLebih kepada perbualan secara kolektif dan apa yang saya sedang usahakan. Saya dan Harry [Kane] mempunyai pendapat yang sama mengenai apa yang dibualkan, iaitu sama-sama mahu melihat kejayaan untuk pasukan pada tahun ini.โ€

BACA:ย  Wakil PSG Sudah Temui Ejen Rashford Secara Rahsia, Plot Perpindahan Musim Panas Ini