Kebangkitan Gila City Selepas Ketinggalan 2 Gol vs Spurs, Mahrez 2 gol dan Assist

Manchester City telah mencipta satu kebangkitan yang gila selepas ketinggalan dua gol ketika menentang Tottenham Hotspur, Riyad Mahrez menjadi dalang dengan menjaringka dua gol dan mencipta satu assist.

Stadium Etihad bergema dengan sorakan yang puas dan tiada apa lagi yang terpaling puas apabila pasukan sokongan melakukan comeback, antara kepuasan sebenar dalam bola sepak.

Kebangkitan dari Manchester City ini bukanlah hanya disebabkan ketinggalan dua gol tetapi mereka bangkit dari aksi buruk mereka disepanjang separuh masa pertama.

Pada separuh masa pertama yang mencabar buat Manchester City yang bermain di bawah tahap sebenar, dah la main teruk buat silap bodo pulak tu dan Spurs memanfaatkan dua kesilapan buruk City itu.

Dejan Kulusevski dihadiahkan bola selepas hantaran buruk dari Rodri, pemain sayap Sweden itu kemudiannya dengan tenang memasukkan bola melepasi penjaga gol City, Ederson.

Seminit kemudian Spurs menjadikan kedudukan 2-0 dengan Emerson Royal menyambar bola tuan rumah. Pemain City kelihatan terperanjat kerana terpaksda berdepan dengan ejekan penyokong sendiri yang tidak berpuas hati selepas wisel tamat separuh masa ditiup.

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua, skuad kendalian Pep Guardiola tampil dengan pasukan yang berbeza dan membalasnya dengan segera. Mungkin kena basuh dan kena taruk kaw-kaw di bilik persalinan.

Julian Alvarez menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-1 selepas aksi yang dipersoalkan boleh dipersoalkan oleh badan pencegahan rasuah yang ditunjukkan oleh kapten Spurs, Hugo Lloris.

Dua minit kemudian pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan berkat hasil usaha Erling Haaland, yang berjaya menanduk masuk untuk menjaringkan gol pertamanya pada 2023 hasil bantuan gol Riyad Mahrez yang mula menjadikan perlawanan ini sebagai pentas persembahannya.

Suasana di dalam Stadium Etihad telah berubah secara drastik ejekan telah bertukar menjadi sorakan yang kembali menyokong dalam beberapa minit apabila City terus berusaha untuk mencari gol bagi mendahului permainan.

Akhirnya, kemunculan semula yang menakjubkan itu disempurnakan oleh pemain bernama Riyad Mahrez, yang berjaya menggelcek bola melepasi Hugo Lloris di tiang dekat. Dari ketinggalan 2-0, City mendapati diri mereka 3-2 dengan baki setengah jam untuk bermain.

Tiga gol itu diperoleh dalam tempoh 12 minit sahaja yang terus membuatkan Spurs yang melawan kini kelu dan kaku hanya mampu melakukan tiga percubaan sahaja tanpa sebarang percubaan tepat di sepanjang babak kedua.

Riyad Mahrez menambah gol keempat pada minit ke-90 untuk memastikan kemenangan penting 4-2 ketika City mengurangkan jurang antara mereka dan pendahulu liga Arsenal kepada lima mata.

Pep Guardiola nyata berang dengan aksi pemainnya dan tidak terkecuali dengan penyokong, berkata selepas perlawanan:

“[Kekurangan] Keberanian, keghairahan, semangat, keinginan untuk menang dari minit pertama. Begitu juga dengan peminat Manchester City, mereka diam selama 45 minit. Saya mahu peminat saya kembali!”

“Saya mahu reaksi daripada seluruh organisasi – bukan hanya pemain. Saya di sini dan saya hanya mendengar peminat Spurs… Ada kecenderungan dengan manusia apabila anda telah menang banyak… Kita perlu memberikannya kepada mereka.”

Kesebelasan Utama Manchester City : Ederson, Lewis, Stones, Akanji, Ake, Rodrigo, Gundogan, Grealish, Mahrez, Alvarez, Haaland.

Pemain Simpanan : Ortega Moreno, Walker, Dias, Phillips, Cancelo, Laporte, De Bruyne, Bernardo, Foden.

Kesebelasan Utama Tottenham Hotspur : Lloris, Emerson, Dier, Romero, Davies, Hojbjerg, Perisic, Bentancur, Son, Kane, Kulusevski.

Pemain Simpanan : Forster, Sanchez, Doherty, Sessegnon, Tanganga, Matar Sarr, Lenglet, Bissouma, Richarlison.

BACA:  Premier League 2022/23: Tottenham Hotspur 0-2 Arsenal